PERHATIAN :

JIKALAU ADA FILEM BARU YANG DIPERTONTONKAN, SILA SHARE KE FACEBOOK ATAU TWITTER SEBELUM VIDEO INI DIDELETE..
JIKA ADA VIDEO YANG SUDAH DIPADAM SILA LAPORKAN DEKAT RUANGAN KOMEN.. NANTI NOLOVE GANTIKAN DENGAN YANG BARU.. JIKA ADA.. HIHIHIHI

Thursday, 21 July 2011

MENGHAPUSKAN PARUT JERAWAT

Posted by Perantau Sepi Nolove On 20:26 2 Komen Anda Di Sini
Share



JERAWAT? IANYA SUNGGUH MEMALUKAN. PASTI ANDA TERTANYA TANYA BAGAI MANE UNTUK MERAWATNYA. BIASANYA, IA MENYERANG SEWAKTU USIA MENINGKAT REMAJA. MERAWAT SECARA TRADISIONAL ADALAH MURAH DAN MUDAH. CUBA PETUA PETUA YANG BERIKUT INI:

PANTANG LARANG JERAWAT BATU:

sebaik baiknya biarlah sahaja jerawat yang tumbuh di pipi. jangan sesekali anda memicitnya. memicit sebelum tiba sewaktu matangnya, ia akan meninggalkan kesan hitam yang menghodohkan. ia bukan sahaja menambahkan kerumitan merawat sebaliknya menggalakkan lagi pertumbuhan jerawat. ape bila ia sudah benar-benar masak, baru lah dipicit dengan berhati hati menggunakan kapas yang bersih. sebaik dibasuh dan lapkan sehingga kering.

KHASIAT PUCUK JAMBU BATU:

pucuk jambu batu mampu menyembuhakan jerawat. caranya dapatkan beberapa helai dan gilingkan atau tumbuk sehingga halus. pakailah selalau. untuk menjadikan lebih mujarab, pakailah bersama sama dengan bedak sejuk. insya-allah hasilnya tidak mengecewakan anda.

RAHSIA BELERANG DAN AIR MAWAR:

satu lagi petua mudah orang tua tua kita ialah dengan menggunakan belerang dan air mawar. sekiranya anda tidak mempunyai air mawar ia boleh diganti dengan asam jawa. gaulkan sehingga sebati dan sapukan di tempat yang ditumbuhi jerawat. lakukan selalu, hasilnya begitu memeranjatkan.

RAHSIA PUTIH TELUR:

mudah dan murah belanjanya. tetapi anda mesti pastikan bahawa putih telur yang anda gunakan itu telur ayam kampung. sapukan dengan rapi ke wajah dan biarkan kira kira 20 minit. sewaktu melakukan perawatan ini, jangan bercakap atau pun gerakkan mane mane bahagian wajah (muka), kerana ia akan mempercepatkan proses  kedutan di wajah anda. jangan terkejut jika wajah anda terasa tegang sewaktu menyapunya. cara membersihkannya, bilas dengan air suam diikuti air biasa. lapkan wajah dengan tuala kering yang bersih.

TEPUNG UBI DAN ASAM JAWA:

rawatan dengan bahan ini di panggil "mask". sediakan beberape sudu tepung ubi yang di bancuh dengan air asam jawa. bancuhannya biarkan pekat sedikit agar senang untuk disapukan. sapukan dengan rapi kecuali bahagian sekitar mata dan mulut. biarkan sehingga kering dan tanggalkan perlahan lahan, seperti biasa.

RAHSIA KULIT BUNGA TANJUNG:

bunga tanjung bukan sahaja cantik untuk dijadikan hiasan di halaman rumah, tetapi ia juga berguna dan banyak khasiatnya. ambil kulit bunga tanjung dari bahagian akar hingga ke batangnya. tidak perlu mengorek dalam tanah, cukup lah dua tiga inci dari pangkalnya sahaja. dan ambil juga 10 helai daunnya kemudian rebus bersama kulit batang tadi. minumlah air nya yang berwarna kuning itu. hasilnya insya-allah wajah anda akan lebih berseri seri serta menjauhkan jerawat.

PUTIH TELUR DAN AIR LIMAU:

terlalu mudah untuk anda menyediakan petua ini. anda hanya memerlukan putih telur dan air limau nipis. campurkan kedua dua bahan ini ke dalam satu bekas kering. sebelum anda menyapukan ke muka, sabaiknya bersihkan terlebih dahulu muka anda. setiap kali anda hendak tidur, sapu lah dengan bahan itu. amalkan dua atau tiga minggu berturut turut anda akan mengentahui hasilnya yang mengkagumkan.

AIR KELAPA MUDA CEGAH PARUT:

petua ini juga mudah. basuh sahaja muka anda dengan air kelapa muda. jangan lapkan sebaiknya biarkan ia kering sendiri. cucikan dengan menggunakan air sejuk yang bersih. sekiranya rajin, pastikan segala parut dan kesan jerawat dimuka anda akan hilang sedikit demi sedikit.

2 Komen Anda Di Sini:

bgz laa...blog nie!!

time kch..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular