PERHATIAN :

JIKALAU ADA FILEM BARU YANG DIPERTONTONKAN, SILA SHARE KE FACEBOOK ATAU TWITTER SEBELUM VIDEO INI DIDELETE..
JIKA ADA VIDEO YANG SUDAH DIPADAM SILA LAPORKAN DEKAT RUANGAN KOMEN.. NANTI NOLOVE GANTIKAN DENGAN YANG BARU.. JIKA ADA.. HIHIHIHI

Saturday, 23 July 2011

PENJAGAAN RAMBUT

Posted by Perantau Sepi Nolove On 02:25 0 Komen Anda Di Sini
Share




KELEMUMUR AMAT MENYUSAHKAN RASANYA GATAL MENYEBABKAN MANSANYA SENTIASA TIDAK SELESA. SEKIRANYA ANDA MENGALAMI MASALAH INI, CUBA AMALKAN PETUA-PETUA INI:

KHASIAT NENAS MUDA:

dapatkan dua biji nenas muda. parut dan perahkan airnya. lumurkan air perahan ini ke serata bahagian kepala. biarkan selama 15 minit dan cuci seperti biasa. petua ini amat mujarab dan diamalkan oleh orang orang dahulu kala.

LIMAU NIPIS PERAPI RAMBUT:

limau nipis juga boleh digunakan dalam mengatasi masalah ini. ambil kira kira tiga biji dan potong nipis nipis. rendamkannya di antara air panas selama 5 minit. setiap kali anda membasuh rambut, jadikan air ini sebagai bilasan. selepas itu basuh sekali lagi rambut anda dengan air biasa. amalkan sehingga kelemumur hilang. ia bukan sahaja mencegah kelemumur malahan mewangikan dan menghitamkan rambut.

PANDAN PEWANGI RAMBUT:

daun pandan seperti mana diketahui umum menjadi bahan utama kuih-muih. disamping itu ia juga mampu menghidarkan kelemumur. langkahnya, tumbukkan atau kisar sehingga lumat 10 helai daun pandan dan campurkan dengan 2 gelas air. kemudian diperahkan airnya selama beberapa minit dan bilas seperti biasa. seelok-eloknya lakukan pada sebelah petang atau pun malam. ia juga mampu mewangikan rambut selain mencegah rambut dari beruban.

RAMUAN DAPUR:

satu gelas santan kelap, satu inci kunyit hidup dan secubit garam. kunyit hidup dan garam ditumbuk sehingga lumat dan di campurkan ke dalam santan kelapa. lumur ke seluruh kepala dan dibiarkan selama 15 minit. kemudian syampu rambut seperti biasa. lakukan dua kali seminggu. petua ini bukan sahaja boleh mencegah kelemumur malah ia menyegarkan kulit badan.

DAUN BUNGA RAYA:

ambil beberapa helai daun bunga raya. ramas di dalam air sehingga keluar lendirnya. dan sapu ke kepala. kemudian balut dengan rapi menggunakan taula bersih. dibiarkan selama setengah jam barulah dicuci seperti biasa. sebaik-baiknya lakukan petua ini sebanyak 2 kali seminggu. kelemumur tidak akan berulang lagi.

MASALAH KUTU KEPALA:

masalah kutu kepala di zaman moden ini amat memalukan siapa sahaja. jangan risau. ia mudah diatasi. caranya lumurkan minyak tanah keseluruh kepala dan balut dengan tuala bersih serta biarkan 10 atau 15 minit. kemudian cuci lah seperti biasa. lakukan dua atau tiga hari berturut-turut, hasilnya kutu akan mati.

0 Komen Anda Di Sini:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular