PERHATIAN :

JIKALAU ADA FILEM BARU YANG DIPERTONTONKAN, SILA SHARE KE FACEBOOK ATAU TWITTER SEBELUM VIDEO INI DIDELETE..
JIKA ADA VIDEO YANG SUDAH DIPADAM SILA LAPORKAN DEKAT RUANGAN KOMEN.. NANTI NOLOVE GANTIKAN DENGAN YANG BARU.. JIKA ADA.. HIHIHIHI

Thursday, 21 July 2011

PETUA AWEK MUDA

Posted by Perantau Sepi Nolove On 04:22 0 Komen Anda Di Sini
Share







SERING KALI KITA TERSEREMPAK DENGAN WANITA ATAUPUN LELAKI YANG KELIHATAN LEBIH TAU DARIPADA USIA YANG SEBENARNYA. MEREKA KELIHATAN PUCAT DAN TIDAK BERSERI SERI. SEKIRANYA ANDA MENGALAMINYA, CUBALAH AMALKAN PETUA PETUA BERIKUT.

AIR DAUN PEGAGA:

sediakan daun pegaga dua genggam. bersihkan dan tumbukannya sehingga lumat. perahkan dengan menggunakan sedikit air. minumlah air perahan ini 3 atau 4 kali dalam seminggu. pengamal tidak dimakan usia.

KHASIAT AIR KELAPA TUA:

kulit muka yang kering menyebabkan wajah tidak bermaya dan cepat berkedut. untuk mengelakkannya, cuba amal membersihkan muka dengan menggunakan air kelapa itu. biarkan ia kering dengan sendiri atau dibiarkan selama 10 hingga 15 minit. basuh dengan air yang bersih. disamping mengawet mudakan wajah, ia juga bertindak sebagai moisterizer.

RAHSIA LENDIR DAUN LIDAH BUAYA:

kenalkan anda daun lidah buaya? ALOE VERA nama saintifiknya. ambillah satu atau dua pelepah dan basuh dengan bersih. kikis lendirnya dan masukkan ke dalam bekas bancuhan bedak sejuk. di gaul rata rata dan sapukan ke wajah dengan rapi. ulangi memakainya 2 kali sehari.

KOBIS, MADU LEBAH PELEMBAB MUKA:

ambilkan beberapa lebar daun kobis, sesudu madu lebah dan sedikit air. kisarkan daun kobis hingga halus dan gaulkan dengan kedua dua bahan tersebut. sapukan kewajah hingga ke leher dan biarkan selama 20 minit. cara membersihkannya dengan menggunakan kapas lembab. bersihkan dengan lembut. pastikan kulit anda akan sentiasa lembab dan tegang.

URUTAN WAJAH:

didapati muka anda berminyak-minyak terutamanya selepas bangun daripada tidur. inilah masanya yang sesuai untuk melakukan urutan wajah. gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan. mula-mula, letakkan keduanya dibawah mulut (dagu). pusing-pusingkan jari ke pipi, pipi ke hidung seterusnya ke bahagian dahi. perlu diingat, jangan sesekali mengurutnya secara menurun kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan di wajah. buatlah setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi.

DAUN INAI PENAIK SERI:

wajah yang cantik berseri membuatkan orang tidak jemu memandang. sesungguhnya wajah jelita harus dimiliki oleh setiap orang terutamanya wanita. caranya mudah sahaja. dapatkan segenggam daun inai yang tua dan rebuskan kira kira 3 cawan air. minum lah air rebusan ini sebanyak 3 kali seminggu. pasti wajah anda berseri.

KHASIAT KUNYIT MUDA:

mungkin tidak sesiapa pun menyangka, kunyit muda boleh menaikkan seri wajah seseorang. dapatkan yang segar, bersih dan potongkan nipis nipis. jadikan ia ulam sewaktu anda makan nasi. sekiranya tidak biasa dengan baunya yang mentah, insya-allah, sekiranya anda rajin mengamalkannya wajah akan berseri dan menawan.

0 Komen Anda Di Sini:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular