PERHATIAN :

JIKALAU ADA FILEM BARU YANG DIPERTONTONKAN, SILA SHARE KE FACEBOOK ATAU TWITTER SEBELUM VIDEO INI DIDELETE..
JIKA ADA VIDEO YANG SUDAH DIPADAM SILA LAPORKAN DEKAT RUANGAN KOMEN.. NANTI NOLOVE GANTIKAN DENGAN YANG BARU.. JIKA ADA.. HIHIHIHI

Wednesday, 27 July 2011

PETUA MENGATASI PENYAKIT BISUL

Posted by Perantau Sepi Nolove On 22:18 1 Komen Anda Di Sini
Share




BISUL MERUPAKAN SATU PENYAKIT YANG TUMBUH DITEMPAT-TEMPAT SEPERTI BETIS, PEHA DAN LAIN LAIN ANGGOTA BADAN. BISUL YANG BESAR LEBIH MENYAKITKAN DAN MENGHALANG PENGERAKKAN SEHARIAN. INI AMAT MERUNGSINGKAN. SEKIRANYA ANDA MENGHADAPINYA, PETUA INI MAMPU MENGATASINYA.

KAPAS DAN CUKA:

sediakan sedikit cuka makan dan segumpal kapas bersih. celupkan kapas tersebut di dalam bekas cuka dan biarkan seketika supaya dapat meresap dengan sempurna. setelah itu sapukan disekeliling bisul. lakukan pada waktu malam. nescaya bisul yang membesar akan susut dan sembuh seperti biasa.

GETAH POKOK SAGU:

anda kenal pokok sagu? potong pada bahagian dahan dan ia akan mengeluarkan getah. sapukan disekeliling bisul anda dengan cermat dan rapi. kaedah ini dapat menghalang bisul dan mengatasi kesakitan.

KHASIAT DAUN KELEDEK:

dapatkan beberapa helai daun keledek. basuh sampai bersih dan tumbuk sehingga lumat. tampalkan di sekeliling kecuali di bahagian mata bisul. hasilnya, bisul akan pecah pada hari berikutnya.

RAHSIA DAUN SIRIH:

kunyahlah beberapa helai duan sirih. setelah lumat, tempelkan kunyahan (hampas) tadi ke mata bisul. lakukan beberapa kali sehari. anda dapati bisul akan memecah dengan sendirinya. bersihkan darah bisul dan nanah. setelah itu letakkan serbuk arang dan tempurung kelapa. bisul akan cepat sembuh dan tidak akan meninggalkan parut.

1 Komen Anda Di Sini:

Wah..tq sharing...banyak petua ni...

Ada masa free..lawatla blog saya

www.sihatnatural.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular