PERHATIAN :

JIKALAU ADA FILEM BARU YANG DIPERTONTONKAN, SILA SHARE KE FACEBOOK ATAU TWITTER SEBELUM VIDEO INI DIDELETE..
JIKA ADA VIDEO YANG SUDAH DIPADAM SILA LAPORKAN DEKAT RUANGAN KOMEN.. NANTI NOLOVE GANTIKAN DENGAN YANG BARU.. JIKA ADA.. HIHIHIHI

Friday, 22 July 2011

PETUA MENGHILANGKAN KESAN PARUT (JERAWAT) DI MUKA

Posted by Perantau Sepi Nolove On 00:13 0 Komen Anda Di Sini
Share



PARUT SESUNGGUHNYA MENGHODOHKAN. IA BOLEH MEMPENGARUHI PENAMPILAN SESEORANG. MESKIPUN PELBAGAI CARA PERUBATAN MODEN DIGUNAKAN, NAMUN HASILNYA MENGECEWAKAN. OLEH ITU CUBA ANDA AMALKAN SLAH SATU PETUA DIBAWAH INI, MANA TAHU SALAH SATU DARIPADANYA AKAN MUJARAB KEPADA ANDA.

RAHSIA KULIT JAMBU BATU:

ambil 3 atau 4 biji jambu batu muda dan kisar sehingga halus (bahagian kulitnya sahaja). cara rawatannya ialah dengan menyapu kisaran tersebut ke bahagian parut jerawat serta biarkan semalaman. basuhkan seperti biasa dengan air suam. lakukan cara yang sama sehingga kesan parut pulih seperti wajah asal selain kulit muka kelihatan lebih halus dan licin.

KEGUNAAN KULIT PISANG:

jangan buangkan kulit pisang masak begitu sahaja selepas anda makan isinya. ia berguna untuk menghilangkan kesan parut  berpunca dari kudis mahupun luka di anggota badan terutama sekali bahagian muka. apa yang perlu dilakukan sapukan sahaja bahagian dalam kulit pisang (selaput dalamnya) perlahan-lahan selama beberapa minit pada bahagian yang berparut. kemudian basuh seperti biasa. amalkan selalu, jangan jemu. kesan parut akan hilang.

AIR BERAS:

jangan buangkan air bilasan beras setiap kali anda memasak nasi. sebaiknya buatlah ia sebagai air pembasuh muka. pastikan ia bukan air basuhan yang pertama. biarkan air tersebut kering dengan sendirinya barulah dibasuh dengan air biasa. seandainya anda rajin mengamalkannya, pasti perubahannya kelihatan ketara dalam jangka waktu yang singkat.

UBI KENTANG:

dapatkan sebiji ubi kentang. kupas kulitnya dan parutkan. sapukanlah parutan ini ke wajah dan biarkan sehingga 10 atau 15 minit. sebelum melakukan perawatan ini, pastikan wajah anda bebas daripada kekotoran. cuci dengan menggunakan air suam. hasilnya, bintik bintik hitam akan segera hilang dan wajah kembali bersih putih berseri umpama bidadari.

0 Komen Anda Di Sini:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular