PERHATIAN :

JIKALAU ADA FILEM BARU YANG DIPERTONTONKAN, SILA SHARE KE FACEBOOK ATAU TWITTER SEBELUM VIDEO INI DIDELETE..
JIKA ADA VIDEO YANG SUDAH DIPADAM SILA LAPORKAN DEKAT RUANGAN KOMEN.. NANTI NOLOVE GANTIKAN DENGAN YANG BARU.. JIKA ADA.. HIHIHIHI

Thursday, 21 July 2011

TIP TIP MENGHALUS, MELEMBUT DAN MELICINKAN KULIT MUKA

Posted by Perantau Sepi Nolove On 00:46 4 Komen Anda Di Sini
Share



KULIT MUKA YANG KASAR dan kering amat merimaskan. Pelbagai bagai cara moden telah digunakan. Namun hasilnya tetap kadang kadang mengecewakan. Mengapa anda tidak mencuba petua tradisional? Perbelanjaannya murah, bahan bahannya pula mudah didapati. Di antara perawatanya ialah:


KUNING TELUR MENGHALUSKAN KULIT MUKA:

cuba amalkan menyapu campuran kuning telur ayam dengan minyak zaitun. biarkan selama 3atau 4 jam di wajah anda. bersihkan dengan menggunakan air suam diikuti alusan ketulan ais secara perlahan lahan. jadikan ini petua sebagai amalan  seharian. pasti hasilnya mengembirakan anda.

KHASIAT PETAI CINA:

pernahkah anda mendengar petai cina? cuba dapatkan daunnya yang muda. bersihkan dan ramas ramaskannya di tapak tangan anda, seterusnya sapukan ke seluruh bahagian muka anda. sebaiknya baiknya lakukan sebelum anda mandi. setelah beberape minit, basuh dengan air sejuk yang bersih.

TOMATO, MENTIMUN PENYERI MUKA:

untuk mencegah muka anda dari ditumbuhi jerawat anda boleh mencuba menggunakan buah buahan (sayuran), seperti tomato dan mentimun. potong buah buahan tersebut nipis nipis dan tampalkan ke wajah. biarkan untuk seketika. seelok eloknya jangan gerak gerakkan sewaktu anda melakukan rawatan ini. biarkan sahaja ia melekat di wajah. barulah dibilas dengan menggunakan air sejuk. hasilnya, pasti tidak mengecewakan anda.

PULUT HITAM MENGHALUS KULIT:

selain boleh dijadikan pengat, pulut hitam jugak merupakan ramuan tradisi yang boleh menghaluskan kulit. jemurkan sekitar dua genggaman dan kisar sehingga menjadi tepung. campurkan bahan ini kedalam campuran kuning telur ayam dan perahan air limau nipis. sapukan 'mask' ini keseluruhan wajah kecuali bahagian mata. setelah kering, bilas menggunakan air sejuk.

TEH MELEMBUTKAN MUKA:

air teh bukan hanya sebagai bahan minuman semata mata, namun ia juga mempunyai rahsianya yang tersendiri di dalam perawatan wajah. caranya, rendamkan beberape sudu serbuk teh kedalam 2 gelas air. embunkan semalaman. sapukan ke selurh muka pada ke esokan pagi sambil berselawat tiga kali. nescaya muka yang kasar akan berubah menjadi halus dan bersih berseri seri.

KACANG SOYA PENYERI MUKA:

satu lagi petua zaman silam ialah menggunakan susu kacang soya untuk memenuhi keinginan anda itu, sila rendam, kisar dan didihkannya. masukan ke dalam loyang dan wabkan wajah anda didalam kepulan asapnya. lebih lebih lagijika balut terlebih dahulu wajah anda dengan tuala bersih. buatlah cara ini sekerap yang mungkin jika anda inginkan perubahannya dalam jangka waktu yang singkat.

MASK SAGU UBI MENYEGARKAN WAJAH:

jangan terkejut jika sagu ubi boleh dijadikan 'mask'. caranya, bancuh kira kira 2 sudu tepung sagu ubi dengan kepekatan yang sederhan. sapukan keseluruh wajah anda kecuali bahagian sekitar mata. amalkan cara ini pada setiap 2 minggu berturut turut dan lihat hasilnya.

KULIT TELUR MERAWAT KULIT:

kumpul, bersih dan jemukan beberapa biji telur. kisarkan ia sehingga halus. bancuh dengan air suam dan bedak sejuk. sapu dan urutkan ke wajah secara pelahan lahan. biarkan selama 15 minit ataupun sehingga kering sendiri. setelah itu basuh dengan air suam diikuti dengan air sejuk. lakukan selalu jika inginkan perubahannya dalam jangka waktu yang singkat. petua ini adalah sesuai untuk merawat kulit muka yang kasar.

MENTIMUN PERAPI BEDAK:

wanita yang mempunyai kulit muka yang kasar akan merasa rimas apabila memakai bedak. bedak kelihatan tidak rata dan nampak berdebu diwajah. bagi wanita yang mengalaminya. dapatkan hujung mentimun dan parutkan. ambil airnya dan gaulkan dengan sedikit tepung jagung. sapukan ke muka setiap malam sebelum masuk tidur. lihatlah sendiri hasilnya. tentu memuaskan hati.

ASAM GELUGUR PENGHAPUS MINYAK:

masalah kulit muka yang berminyak memang merimaskan. pelbagai masalah sampingan. umpamanya jerawat terlalu mudah menyerang. satu cara yang berkesan untuk merawatinya ialah mengunakan sedikit madu lebah yang dicampur dengan perahan air limaupurut atau asam gelugur. sapukan bahan itu rata rata ke wajah dan biarkan ia kering dengan sendirinya. akhir sekali, basuhkan dengan menggunakan air yang bersih. hasilnya, kulit muka anda tidak akan berminyak lagi disamping bertambah lembut dan licin. cubalah.

RAHSIA KULIT PISANG:

anda tentunya berbangga sekiranya kulit wajah sentiasa tegang, bersih dan lembut. untuk kearah yang diinginkan itu. cuba ambil kulit pisang dan lembut. kikis dan tumbuk sehingga halus. gaulkan bersama dengan putih telur kemudian lumurkan bancuhan ramuan itu ke wajah. biarkan ia kering dengan sendirinya, kemudian basuh menggunakan air bersih. lapkan sehingga kering. lakukan 3 atau 4 kali seminggu.

RAMUAN PEWANGI BEDAK:

dapatkan sejambak bunga tanjung, 9 batang serai wangi, 7 helai daun limau nipis. didihkan seperiuk kecil air, masukan bunga tanjung dan serai wangi yang di potong sejengkal- sejengkal panjangnya. biarkan bahan bahan ini sebentarbarulah masukkan pula daun limau nipis. kemudian masak kembali bahan ini selama 5 minit dengan menambah 3 kali ganda air biasa. pada peringkat ini, air mendidih sudah sedia. air ini khusus untuk mandi di waktu pagi sahaja. lakukan selama 2 bulan. didapati, kulit anda lebih putih, licin dan berseri seri. juga mewangi tubuh badan.

p/s: ia sesuai dilakukan pada umum.. tak kira lelaki atau perempuan..

4 Komen Anda Di Sini:

ad x petua yg boleh jdikan wajah seperti kulit muka orang2 jepun yg halus dan mulus

guna je kayu manis.. gosok dekat batu asah, nanti ia kuar lendirnya yang berwarna coklat, dan terus lap kat pipi.. tu je yang mrnolove tahu..

Terima kasih atas petuanya...nanti saya cuba buat kat rumah....

perkongsian yg sangat menarik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular