PERHATIAN :

JIKALAU ADA FILEM BARU YANG DIPERTONTONKAN, SILA SHARE KE FACEBOOK ATAU TWITTER SEBELUM VIDEO INI DIDELETE..
JIKA ADA VIDEO YANG SUDAH DIPADAM SILA LAPORKAN DEKAT RUANGAN KOMEN.. NANTI NOLOVE GANTIKAN DENGAN YANG BARU.. JIKA ADA.. HIHIHIHI

Tuesday, 13 September 2011

Dara, janda asuh siang malam

Posted by Perantau Sepi Nolove On 15:51 0 Komen Anda Di Sini
Share

ALOR GAJAH: Siang mengasuh anak, sebelah malam mengulit buah hati masing-masing menjadi rutin harian dua wanita penjaga taman asuhan kanak-kanak (Taska) di sebuah taman perumahan di Kuala Sungai Baru, sebelum dicekup berkhalwat, awal pagi semalam.
Difahamkan kedua-dua wanita terbabit, seorang masih bujang manakala seorang lagi janda, berasal dari sebuah negeri di pantai timur manakala pasangan mereka, lelaki bujang dan suami orang berasal dari kampung berlainan di Durian Tunggal.

Ketua Kampung Lubok Redan, merangkap Sidang Adat, Md Said Ali berkata, serbuan jam 1.30 pagi itu dilakukan selepas pihaknya menerima aduan penduduk.

Beliau berkata, tujuh penduduk taman serta seorang imam dan dua anggota polis mengepung rumah taska dan dihuni dua wanita itu bersama pasangan mereka, semuanya berusia 24 tahun.



“Setiba di lokasi, didapati pintu rumah serta jeriji berkunci dan kami memberi salam, namun tidak berjawab.

sumber : http://www.hmetro.com.my/

0 Komen Anda Di Sini:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular