PERHATIAN :

JIKALAU ADA FILEM BARU YANG DIPERTONTONKAN, SILA SHARE KE FACEBOOK ATAU TWITTER SEBELUM VIDEO INI DIDELETE..
JIKA ADA VIDEO YANG SUDAH DIPADAM SILA LAPORKAN DEKAT RUANGAN KOMEN.. NANTI NOLOVE GANTIKAN DENGAN YANG BARU.. JIKA ADA.. HIHIHIHI

Wednesday, 14 September 2011

Faezah sedia terima anak tiri

Posted by Perantau Sepi Nolove On 01:58 0 Komen Anda Di Sini
Share



HeyKal mencium dahi Faezah selepas selesai akad nikah.



PELAKON Noorfaezah Md. Elai, 29, yang sah menjadi isteri kepada pengarah drama Mohammad Heykal Mohd. Hanifah, 38, pada 8 September lalu bersedia menerima kehadiran tiga orang anak tiri.
Pelakon yang dikenali dengan panggilan Faezah ini tiada masalah untuk menjalin hubungan itu kerana sejak dari awal lagi dia sudah bersedia menerima kehadiran mereka.
“Sepertimana saya menerima suami, maka begitu jugalah saya menerima kehadiran mereka (anak tiri) kerana saya bersedia menerima seadanya,” kata Faezah ketika ditanya tentang hubungannya dengan anak-anak Heykal.
Bagaimanapun, pada hari bersejarah Heykal dan Faezah yang berlangsung di dewan Kondominium Platino, Glugor, Pulau Pinang, anak-anak pengarah itu tidak hadir kerana bersekolah.
Namun Heykal berkata, anak-anaknya bakal memeriahkan majlis resepsi mereka pada 4 Disember nanti di Hotel Tanjung Bungah dan sehari sebelum itu, majlis yang sama bakal diadakan di Dewan Bankuet Kem Tun Abdul Razak, Bukit Gedung, Pulau Pinang, di sebelah pihak perempuan.
Heykal yang mahu menjadikan keruntuhan rumah tangganya yang lalu sebagai panduan dan iktibar berharap masa depannya bersama Faezah akan kekal sehingga ke akhir hayat.
“Perkahwinan ini sudah ditentukan oleh Allah dan bukannya untuk menutup spekulasi yang heboh sebelum ini. Malah, perkahwinan ini juga tidak ada istilah mahu meruntuhkan rumahtangga sesiapa pun.
“Mungkin sudah jodoh dan sebelum melangkah ke tahap ini kami dapat merasai keserasian antara satu sama lain. Kita tidak pernah tahu apa yang diatur oleh-Nya,” kata Heykal yang memberi mas kahwin sebanyak RM1,001 kepada Faezah.
Heykal yakin mahligai yang dibina dengan hanya sekali lafaz pada pukul 3.35 petang di hadapan Juru nikah Kawasan A Timur Laut, Abdullah Yahya, berjalan lancar.
Tambahnya mereka yang kebetulan berasal dari negeri yang sama lebih memudahkan perhubungan yang telah dibina itu.
“Mula-mula kenal Faezah, saya tidak kekok. Mungkin disebabkan kami senegeri jadi mudah untuk berkomunikasi. Begitu juga bab makan, selera kami sama.
“Bagi saya, dia seorang yang istimewa dan apa yang membuatkan saya tertarik, dia rapat dengan keluarga saya. Kami mula kenal sewaktu penggambaran drama Asmara dan mula rapat ketika Asmara 2,” ceritanya yang membawa tujuh dulang hantaran termasuk beg tangan Gucci, jam tangan Tag Heuer, iPhone4 dan al-Quran digital.
Bagi Faezah pula, dia jatuh cinta kepada pengarah drama itu kerana Heykal seorang yang penyayang, memahami dan bersedia menerima dirinya dalam apa jua situasi.
Anak sulung daripada tiga beradik yang mengenakan busana rona putih, rekaan Hatta Dolmat itu berkata, dia dinasihatkan oleh mertuanya, Bibi Hasnah Mohammad, 56, agar menjaga keharmonian rumahtangganya.
“Mak mertua pesan pada saya agar menjaga rumahtangga kerana dia tidak mahu apa yang berlaku pada anaknya berulang semula. Insya-Allah, saya akan ingat pesanan itu,” katanya yang akan meneruskan kerjaya lakonannya pada 23 September ini.
Dalam pada itu, Heykal yang juga anak sulung daripada tiga beradik berkata, bapa mertuanya, Md. Elai Fazil Elai, 55, pula berpesan padanya agar sentiasa melindungi dan memberi kasih sayang kepada Faezah.
Kata Heykal, amanat daripada mertuanya itu akan dilaksanakan dengan sebaik mungkin dan sebagai suami, dia juga tidak akan menghalang Faezah untuk terus berlakon.
“Dia akan terus berlakon dan saya juga terus mengarah. Disebabkan masing-masing sibuk, kami tidak sempat berbincang untuk pergi berbulan madu di mana.
“Mungkin selepas majlis resepsi nanti barulah difikirkan secara serius untuk ke mana. Setakat ini yang terlintas di fikiran saya adalah mengerjakan umrah,” katanya ketika ditanya destinasi berbulan madunya.
Meskipun Heykal tidak menghalang Faezah untuk terus berlakon, namun dia tidak akan mengambil isterinya berlakon dalam drama arahannya jika tidak ada watak yang bersesuaian.
Katanya, tawaran kepada Faezah hanya akan diberi jika ada watak yang bersesuaian sahaja.
“Sikit-sikit ambil isteri berlakon cukuplah, takut dikata orang pula nanti. Lagipun kalau watak itu tidak bersesuaian dengannya baik tidak payah. Lainlah kalau ia bersesuaian, barulah dia diberikan watak tersebut,” jelasnya.
Dalam pada itu, pasangan pengantin yang mendapat tajaan bernilai RM85,000 untuk majlis berinai, foto pra-perkahwinan, pelamin, akad nikah dan persandingannya kelak, dia tidak kisah jika menerima kehadiran cahaya mata dalam waktu terdekat ini.
Kata Faezah, sebaik melangkah ke alam rumah tangga, dia juga telah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.
“Kami tidak membuat sebarang perancangan keluarga, kalau Allah beri rezeki awal, kami bersyukur. Kalau belum masanya, kami akan lalui apa yang ada dengan sebaik-baiknya,” katanya lagi.

0 Komen Anda Di Sini:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular