PERHATIAN :

JIKALAU ADA FILEM BARU YANG DIPERTONTONKAN, SILA SHARE KE FACEBOOK ATAU TWITTER SEBELUM VIDEO INI DIDELETE..
JIKA ADA VIDEO YANG SUDAH DIPADAM SILA LAPORKAN DEKAT RUANGAN KOMEN.. NANTI NOLOVE GANTIKAN DENGAN YANG BARU.. JIKA ADA.. HIHIHIHI

Sunday, 4 September 2011

Penunggu istana [full movie] berdasarkan kisah benar

Posted by Perantau Sepi Nolove On 12:31 1 Komen Anda Di Sini
Share




Dikategorikan sebagai filem dokumentari, Penunggu Istana memaparkan kisah benar pencarian kumpulan paranormal The Seekers Team yang menjejaki misteri istana tua yang terbiar di Perak, Istana Billah. Filem nie tidak mempunyai pengarah.




Kumpulan yang terdiri daripada Sara Ali, Nadzirah Ahmad Nadzri, Nor Zafirah Abd Rahim, Mustaqim Mohamed Zaki dan Amar Asyraf itu akhirnya menyedari bahawa mereka tidak bersendirian di tempat itu, bahkan ditemani oleh penunggu sejak hari pertama tiba.


Aktiviti paranormal yang berlaku di Istana Billah bukan saja menjadi buah mulut orang kampung tetapi turut diakui sendiri oleh kru Warkah Terakhir yang pernah menjalani penggambaran di sana sebelum ini.


Ditayangkan selama 90 minit, filem ini adalah cantuman daripada pita rakaman terakhir yang membuat kajian aktiviti paranormal di istana itu.


Kajian lima pelajar itu akan dipaparkan sebagai sebuah dokumentari berdasarkan jurnal video yang diperoleh mereka sendiri. Cantuman rakaman sepanjang 15 hari itulah yang difilemkan bagi mencari jawapan terhadap kejadian yang mengerikan.

Sinopsis

Penunggu Istana adalah sebuah dokumentari yang mengikuti sebuah kumpulan paranormal iaitu “The Seekers Team” yang cuba menjejaki misteri yang terdapat di dalam Istana Bilah, istana tua yang terbiar di Perak. Pada Feb 2009, krew sebuah TV produksi yang menjalani penggambaran untuk siri drama ‘Warkah Terakhir’ telah mengalami satu pengalaman yang ngeri dan dasyat. Mendengar cerita ini, kumpulan Seekers membuat keputusan untuk kembali ke tempat misteri tersebut bagi menyiasat perkara sebenarnya yang telah berlaku dan bekerjasama dengan Wan Hasliza (pengarah ‘Warkah Terakhir’). Mereka bermalam di istana yang sunyi dan menyeramkan itu selama 7 hari berturut-turut dengan harapan dapat menemui bukti-bukti kewujudan kuasa misteri. Segala tindakbalas atau perkara yang berlaku semasa penyiasatan ini dirakamkan sendiri oleh Wan Hasliza. Sesetengah kejadian yang berlaku boleh diklasifikasikan sebagai gangguan biasa seperti keadaan istana yang sudah begitu usang menghasilkan gema yang menyeramkan atau bunyi angin melalui atap bumbung yang sudah rosak. Tetapi mereka akhirnya menyedari bahawa mereka tidak berseorangan malah ditemani oleh ‘penghuni-penghuni’ yang telah menetap di istana itu – sejak hari pertama lagi mereka di situ. Melalui temubual, kamera-kamera yang digunakan dalam penyiasatan dan alat-alat khas yang lain, terdapat imej-imej yang ganjil dan menyeramkan telah ditemui disebalik misteri tinggalan istana lama ini.






1 Komen Anda Di Sini:

bos...kenapa filem penunggu istana xleh tengok...bleh boh yg baru x

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular