PERHATIAN :

JIKALAU ADA FILEM BARU YANG DIPERTONTONKAN, SILA SHARE KE FACEBOOK ATAU TWITTER SEBELUM VIDEO INI DIDELETE..
JIKA ADA VIDEO YANG SUDAH DIPADAM SILA LAPORKAN DEKAT RUANGAN KOMEN.. NANTI NOLOVE GANTIKAN DENGAN YANG BARU.. JIKA ADA.. HIHIHIHI

Friday, 9 September 2011

Saman Facebook Kerana Anak

Posted by Perantau Sepi Nolove On 13:13 0 Komen Anda Di Sini
Share

ANAK PEREMPUAN BERUMUR 12 TAHUN MEMUATKAN GAMBAR LUCAHNYA DI FACEBOOK
Seorang lelaki memfailkan saman terhadap laman web Facebook selepas anak perempuannya berumur 12 tahun boleh memuatkan gambar lucahnya sendiri di laman web itu, lapor saluran BBC.


GAMBAR HIASAN SEMATA-MATA
Saman itu mempersoalkan sama ada Facebook yang mengharamkan mereka berumur 13 tahun ke bawah menggunakannya, mengambil pendekatan yang mencukupi untuk mengesahkan umur penggunanya.
Peguam lelaki itu, Hilary Carmichael berkata, berdasarkan pandangannya, Facebook tidak sesuai untuk mereka yang berumur 18 tahun ke bawah, tetapi syarikat itu tidak mengambil pendekatan mencukupi untuk menghalang mereka dibawah umur 13 tahun menggunakan laman web tersebut.

‘‘Pemeriksaan umur seperti meminta nombor pasport merupakan pendekatan

 mudah untuk dilaksanakan oleh Facebook,’’ ujarnya.
Menurut Carmichael, gambar kanak-kanak tersebut sangat lucah di mana kanak-kanak itu berada dalam gaya provokatif selain disolek tebal menjadikannya kelihatan lebih tua daripada 12 tahun.
Kanak-kanak perempuan itu juga dilaporkan memberikan maklumat kediaman dan sekolahnya dalam laman web tersebut.
Saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Belfast tersebut mendakwa Facebook cuai.
Ia juga mendakwa laman web yang berpangkalan di California, Amerika Syarikat (AS), Palo Alto mewujudkan risiko ancaman seksual dan fizikal kepada kanak-kanak perempuan tersebut.
Jika akaun itu tidak dipadamkan oleh Facebook, saman tersebut menyatakan satu aplikasi akan diwujudkan bagi menghalang Facebook beroperasi di Ireland Utara, kata Charmichael dalam laman webnya. – Agensi

0 Komen Anda Di Sini:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular