PERHATIAN :

JIKALAU ADA FILEM BARU YANG DIPERTONTONKAN, SILA SHARE KE FACEBOOK ATAU TWITTER SEBELUM VIDEO INI DIDELETE..
JIKA ADA VIDEO YANG SUDAH DIPADAM SILA LAPORKAN DEKAT RUANGAN KOMEN.. NANTI NOLOVE GANTIKAN DENGAN YANG BARU.. JIKA ADA.. HIHIHIHI

Friday, 23 September 2011

Suami Lihat Isteri Dirogol Di Depan Mata

Posted by Perantau Sepi Nolove On 17:40 0 Komen Anda Di Sini
Share



HULU LANGAT 17 Julai
Seorang lelaki terkejut apabila mendapati isterinya menjadi mangsa rogol seorang remaja berusia 19 tahun di butik pengantin milik mereka di Taman Rinching, Kajang dekat sini hari ini.
Kejadian berlaku kira-kira 11.30 pagi ketika suami mangsa dikatakan baru memasuki butik pengantin tersebut selepas membuka pintu yang dikunci dari dalam oleh suspek.
Bagaimanapun, tanpa diduga suami mangsa melihat suspek sedang menindih isterinya yang dalam keadaan bogel dalam butik berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, sebelum kejadian, suspek dikatakan menyamar sebagai pelanggan untuk menempah pakaian pengantin di butik mangsa.
Suspek kemudian bertindak mengunci pintu sebelum mengacukan pisau ke arah mangsa yang berusia 29 tahun itu.
Mangsa yang dalam ketakutan diarahkan supaya menanggal pakaian sebelum suspek bertindak merogolnya, katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di sini hari ini.
Tambahnya, suami mangsa yang berang dengan tindakan suspek tersebut kemudian bertindak menangkapnya sebelum diserahkan kepada pihak polis.
Katanya, suspek yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan bagi kesalahan merogol.

0 Komen Anda Di Sini:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular