PERHATIAN :

JIKALAU ADA FILEM BARU YANG DIPERTONTONKAN, SILA SHARE KE FACEBOOK ATAU TWITTER SEBELUM VIDEO INI DIDELETE..
JIKA ADA VIDEO YANG SUDAH DIPADAM SILA LAPORKAN DEKAT RUANGAN KOMEN.. NANTI NOLOVE GANTIKAN DENGAN YANG BARU.. JIKA ADA.. HIHIHIHI

Friday, 28 October 2011

Puasa Zulhijjah

Posted by Perantau Sepi Nolove On 03:26 0 Komen Anda Di Sini
Share



Bulan Zulhijjah, khususnya sepuluh hari awalnya adalah merupakan peluang kedua selepas Ramadhan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredhaan, keampunan dan pahala amalan.

Disebutkan oleh Nabi SAW :

"Sebaik-baik hari di dunia adalah sepuluh hari itu"
(Riwayat al-Bazzar ; Albani : Sohih).

Allah SWT pula berfirman :

وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ

"Demi Fajar dan hari-hari yang sepuluh" ( Al-Fajr : 1).

Majoriti ulama menyatakan hari sepuluh itu merujuk kepada hari pertama hingga sepuluh Zulhijjah dan bukannya sepuluh terakhir Ramadhan. (Zad Al-Ma'ad, Ibn Qayyim).

Ia juga disebut oleh Nabi SAW dalam hadith lain :

"Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya memperbanyakkan amalan dari sepuluh hari ini" (Riwayat Al-Bukhari).

Barang siapa berpuasa dalam bulan Zulhijjah mendapat 9 kelebihannya

Hari 1, Penerimaan taubat nabi Adam , Allah mengampunkan nabi Adam.

Hari 2, Bacalah ,Lailahaillah subhanaka innikuntum minalzalimin dan satu surah Al lkhlas sebanyak 3/7 kali .

Hari 3, Dimakbulkan Doanya.

Hari 4, Tarikh nabi Isa dilahirkan Tuhan dan menghapuskan kemelaratan hidup dan dikumpulkan dengan orang soleh.

Hari 5, Mendapat 2 kelepasan iaitu lepas dari sifat munafik dan lepas dari seksa kubur.

Hari 6, Allah taala tilik belas kasihan kepadanya.

Hari7, Allah taala menyeru para malaikat membuka 30 pintu kemudahan dan menutup pintu neraka jahanam.

Hari 8, Melepaskan Nabi Ibrahim, dan mendapatkan anaknya Nabi Ismail.


Hari 9, Turunlah ayat terakhir sekali, firman allah yang bermaksud, pAda hari ini Aku telah sempurnakan kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan atas kamu nikmatmu dan Aku telah reda Islam itu sebagai ugama buat kamu. Tahulah nabi 81 hari akan meninggal dunia.

Hari 10, Puasa sampai Imam baca Kutbah baru berbuka. Hadis dari Umar (r.a) yang bermaksud, Barang siapa berpuasa pada hari arafah, diampunkan baginya dosa yang terdahulu dan kemudian.

HARI :-

1. Hari yang ke-9 dalam bulan Zulhijjah bagi orang yang tidak berwuquf di Arafah. (Hari Arafah)
2, Disunatkan juga berpuasa pada hari ke 8 Zulhijjah

3. Bahkan adalah disunatkan berpuasa lapan hari iaitu dari hari yang pertama bulan Zulhijjah hingga ke hari yang ke lapan.

4. Sepuluh hari yang pertama pada bulan Zulhijjah
(1 hingga 9 Zulhijjah , dan 14 Zulhijjah)

FHADILAT :-

1. Kelebihan berpuasa pada hari itu menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang sebagaimana diriwayatkan daripada Abu Qatadah Al-Anshari berkata:
Maksudnya: “Dan ditanya (Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam) tentang berpuasa di hari Arafah? Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadits riwayat Muslim)

2. Hadits yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, daripada Nabi S.A.W bersabda:

Maksudnya: “Tidak ada hari-hari yang lebih dicintai oleh Allah untuk dilakukan ibadah kepadaNya daripada sepuluh hari di bulan Zulhijjah, dimana satu hari berpuasa daripadanya (sebanding) dengan puasa satu tahun dan mendirikan ibadah satu malam daripadanya (sebanding) dengan mendirikan ibadah pada lailatulqadar.” (Hadits riwayat Tirmidzi)

3. “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W adalah melakukan puasa sembilan hari di awal bulan Zulhijjah, di hari ‘Asyura’ dan tiga hari di setiap bulan iaitu hari Isnin yang pertama dan dua hari Khamis yang berikutnya.” (Hadits riwayat An-Nasa’i)

“Barangsiapa yang berpuasa sehari pada jalan Allah nescaya Allah akan menjauhkan mukanya dari api neraka (sejauh perjalanan) 70 tahun.”
(Hadits riwayat Bukhari)


by: Jom Berdakwah Di FB

0 Komen Anda Di Sini:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular