PERHATIAN :

JIKALAU ADA FILEM BARU YANG DIPERTONTONKAN, SILA SHARE KE FACEBOOK ATAU TWITTER SEBELUM VIDEO INI DIDELETE..
JIKA ADA VIDEO YANG SUDAH DIPADAM SILA LAPORKAN DEKAT RUANGAN KOMEN.. NANTI NOLOVE GANTIKAN DENGAN YANG BARU.. JIKA ADA.. HIHIHIHI

Tuesday, 27 December 2011

Cerpen - Cinta Blogspot

Posted by Perantau Sepi Nolove On 23:41 0 Komen Anda Di Sini
Share



“Assalamualaikum!”

Jijah masuk ke dalam bilik asrama setelah penat pulang dari kelas matematik kejuruteraan tadi, sungguh dia terasa nak berlari laju ke katil dan melompat terus tidur. Tapi ada sesuatu menarik perhatian dia iaitu salamnya tidak dijawab. Dia menjengah rakan sebiliknya Ain, ada di meja belajar tapi tengah kaku macam patung depan laptop! Kenapa pula dengan Ain ni?

Perlahan-lahan dia menghampiri dan mencuit bahu ain, apa lagi reaksi yang boleh ditunjukkan oleh orang yang sedang mengelamun? Tentulah menjerit! Jijah hanya gelak sakan dan duduk di katilnya.

“ Apasal kau mengelamun ni? Aku bagi salam pun tak dengar” kata jijah dalam gelak yang masih ditahan-tahan.

“ Gila, kalau aku lemah jantung tadi, boleh mati tau tak!”

“ Kau tak jawab pun, kenapa kau mengelamun? Macam nak tembus laptop tu kau pandang.”

“Aku risaulah wei, kawan aku ajak aku pergi reunion sekolah rendah aku minggu depan.”

Ain memusingkan badannya menghadap jijah yang sudah terbaring di katil.

“ Apa yang kau risaukan? Pergi sajalah.. best tu jumpa kawan-kawan.”


“ Alah, kau tak pahamlah beb.. aku ada sejarah tak best masa sekolah dulu, seganlah aku nak jumpa dorang lagi.”

“ Apa sejarah kau tu, tak pernah cerita dengan aku pun.”

“ Ish, adalah! Dah lah, aku tetap tak nak pergi, baik aku tidur.”

Ain berbaring di katilnya, kedua tangannya diletakkan mengalas kepala. Belum rasa mengantuk lagi tapi berharap dapat tidur sekejap untuk lupakan kenangan yang tak pernah dia lupakan.
Kenangan! Ya, kenangan di zaman sekolah yang membuatkan dia tak ingin berjumpa dengan rakan-rakan sekolah rendahnya dahulu. Kenangan seboleh-boleh ingin dilupakan.


***********************************

Sekolah rendah jaya -1996

Ain masuk ke dalam kelas yang penuh dengan kanak-kanak seusianya, 7 tahun. Hari ini dia hari pertama bersekolah, berjauhan dengan ibu bapa tersayang dan paling menggerunkannya ialah bersama-sama dengan sekumpulan orang yang asing baginya.

Terasa macam mereka semua di dalam kelas tu adalah makhluk asing dan hanya dia sajalah manusia di situ. Dia akan dikurung bersama-sama makhluk asing yang bila-bila masa sahaja akan memakannya! Otaknya menterjemahkan apa yang dilihatnya ke dalam bentuk imiginasi yang direkanya sendiri. Hebat imiginasinya! Matanya dilarikan ke luar tingkap, mencari ayahnya tapi tiada. Mesti ayahnya telah pulang dan dia sendirian.

Dia ditempatkankan di satu meja berbentuk bulatan yang dikelilingi oleh 6 murid. Dia tak sedar sebenarnya semua murid disekelilingnya seperti dia. Ketakutan! Melainkan seorang budak lelaki di sebelahnya, budak itu kelihatan ceria! Tersengih-sengih sendirian dan melambai-lambai pada ibubapanya diluar.

Ain tak mengendahkan budak lelaki yang cerita itu, saat ini apa yang dipikirkannya hanyalah rumah dan botol susu! Ain memang manja,walaupun dia sudah berusia tujuh tahun, tapi dia tetap suka minum menggunakan botol susu. Minum susu,perkara wajib dia lakukan sebelum tidur.

“Oi, kenapa kau diam je? Takut ye. Hahahaha.”

Ain menoleh pada orang yang menegurnya tadi. Oh, budak yang terlebih ceria ni rupanya yang menegurnya. Tapi apa dia kisah, dia tak suka ke sekolah ini, dia dipaksa!

“ Sombonglah kau ni. Aku tak nak kawan dengan kau..wek!” budak lelaki tu menjelirkan lidah mengejek ain.

“Awak, cuba perkenalkan diri pada kawan-kawan”

Cikgu kelas ain menunjuk ke arah budak lelaki di sebelah ain, nampaknya kelas telah dimulakan.

“ Nama saya Muhammad Fahie bin Fahmi. Umur saya 7tahun.” Budak lelaki itu pantas menjawab apabila ditanya, tiada langsung riak ketakutan di mukanya.

“ Awak yang disebelah Fahie, nama awak siapa?”

Ain memandang wanita yang sedang memandangnya itu. Mati dia perlu menjawab soalan dari guru kelas ini. Mahu atau tidak, dia perlu menjawabnya. Terasa lemah sungguh kakinya ingin berdiri. Mak, tolong selamatkan ain!
Ain mengigil, takut bila semua mata memandang ke arahnya. Dia kaku dan tak semena-mena dia terkencing! Basah kain sekolahnya dengan air kencing dan kemudian dia terdengar suara budak lelaki tadi.

“ Eee, dia kencing! Cikgu dia kencing dalam kelas!” kuat pekikan dari Fahie yang kemudiannya sakan mengetawakan dirinya. Ain jadi kaku dan dia menangis sekuat-kuatnya! Dia tak nak berada di sini! Dia nak balik!

***************************


Ain terjaga dari tidur dan terus duduk, peluh di dahi dilap dengan telapak tangan. Dia bermimpi buruk tadi, mungkin kerana terlalu pikirkan kisah silamnya.

“Macam mana aku boleh mimpi hal dulu? Damn! Ni mesti sebab aku banyak pikir ni.” Ain bermonolog sendiri.

Jam ditangan dipandang. Huh, baru sejam rupanya dia melelapkan mata tapi mimpinya tadi seakan lama. Sungguh dia termimpikan kenangan dia terkencing dalam kelas semasa darjah satu dulu, kejadian yang dia susah lupakan sampai sekarang. Dia pun tak tahu kenapa hanya kenangan itu bergitu kuat di ingatannya sedangkan hal-hal lain semasa di sekolah rendah, samar-samar saja di ingatannya.
Masakan dia boleh lupa akan kejadian memalukan itu, sampai sekarang dia tetap ingat namun harapnya kawan-kawan lain telah lupakan hal itu. Terutama Fahie! Ya, fahie. Lelaki itu sudah banyak merosakkan zaman kanak-kanaknya di sekolah rendah dahulu. Sehingga ain darjah enam, fahie tetap tak henti-henti mengajuknya.

“ Cing!” Nama yang diberikan Fahie untuk mengejeknya! Cing, singkatan bagi perkataan kencing! Fahie suka memalukan dirinya di depan kawan-kawan lain, sengaja mengungkit-ungkit hal memalukan itu. Sungguh dia benci!

Inilah penyebab kenapa Ain tak ingin hadir majlis reunion pelajar sekolah rendahnya. Hanya kerana satu sebab, Fahie! Terngiang-ngiang lagi ditelinganya ejekan Fahie.

“Ain tak malu, kencing dalam seluar..ain tak malu~”

0 Komen Anda Di Sini:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular