PERHATIAN :

JIKALAU ADA FILEM BARU YANG DIPERTONTONKAN, SILA SHARE KE FACEBOOK ATAU TWITTER SEBELUM VIDEO INI DIDELETE..
JIKA ADA VIDEO YANG SUDAH DIPADAM SILA LAPORKAN DEKAT RUANGAN KOMEN.. NANTI NOLOVE GANTIKAN DENGAN YANG BARU.. JIKA ADA.. HIHIHIHI

Wednesday, 28 December 2011

Cerpen - Putera Impian

Posted by Perantau Sepi Nolove On 01:33 1 Komen Anda Di Sini
Share



Kringggggg…………………………………………….

Pap!!. Balqis menekan punat jam locengnya. Dia memandang sekilas jamnya yang menunjukkan pukul 6 pg.
‘Malasnya nak bangun……hai..kenapa lah mesti ada keja? Takde keja kan bagus…xde la aku nak bangun pagi-pagi yang sejuk macam ni’. Ngomelnya sendirian sambil melipat selimut dan mengemas katil. Tuala yang disangkut di capai dan segera berlalu ke dalam bilik air. Beberapa saat kemudian terdengar bunyi jeritan.

“Arrghhhhh!!!! Sejuknya air ni!”

Nur Balqis Qaisara nama diberi. Bekerja sebagai seorang guru disebuah sekolah rendah. Orangnya kadang-kadang lemah lembut, kadang-kadang kasar, adakalanya seorang yang lucu, garang,tegas dan adakalanya juga seorang yang gila-gila. Belom mempunyai buah hati tetapi menyimpan impian untuk berkahwin dengan putera raja. Apa? Putera raja?hehehe

“Selamat pagi cikgu”. Ucap murid-murid tahun 1 ala-ala tone dalam ‘upin dan ipin’. Sejak kartun ‘upin dan ipin’ diperkenalkan, serta merta tone itu ditukar. Terpengaruh la katakan. Apa-apa pun Balqis tetap seronok dengan telatah murid-murid tahun 1 Bestari yang diletakkan dibawah tanggungnya.

“Selamat pagi semua….sehat anak-anak cikgu hari ini?” soal Balqis sambil tersenyum.

Itulah rutin hariannya. Menyambut kedatangan murid-murid yang dikenali sebagai anak-anaknya dengan hati yang penuh keihlasan. Nur Balqis Qaisara a.k.a Cikgu Balqis memang menjadi kesayangan murid-murid disini kerna telatah dia yang pandai mengambil hati murid-murid disitu. Bagila dia kelas tahun 6 pun, dia tetap menjadi guru paling ‘best’ di situ. Baginya, layanan yang paling penting sebelum memulakan pembelajaran.Ambil hati budak-budak adalah yang paling utama baginya.


Minggu hadapan….

“sedapnya sambal sotong ni mak……mak buat ke?” Balqis menyuapkan nasi ke mulutnya sambil memandang emaknya.
“abis, takkan pakmat tempe langgar motokar plak?” jawabnya yang disambut dengan ketawa Balqis. Hajah Amina memang pandai berseloroh. Mak paling ‘sporting’ dalam dunia ni.
“Mak ni…kalu tak buat lawak tak boleh ke…memang la bukan pakmat tempe..kan ke dia dah kena langgar…mak mak”
Ketawa mereka dua beranak bersambung lagi sebelum Haji Ramli masuk menjengah.
“hai dua beranak ni, kalu gelak sampai bergegar rumah ni, ingatkan bumi bergegar tadi” selamba meletakkan punggung di sebelah isterinya.
“Mak ni bah, asyik buat lawak je….abah pi mana tadi?”
“abah kan pi melawat pakmat tempe tadi”ujarnya tanpa menghiraukan jegilan anaknya. Beberapa saat kemudian,ketawa mereka tiga beranak kedengaran hingga ke hujung kampong.

Itulah keluarga Nur Balqis Qaisara….Dia, emak dan abah. Mereka tiga beranak memang rapat dan paling bahagia. Walapupun hidup takle sesenang puteri raja..rumah tak sebesar istana…tapi mereka senang begitu.Biarlah hidup sederhana asalkan jangan papa perdana. Jadi perdana menteri takpa. hehehe

Minggu hadapan lagi.
“Balqis, abah kau ada benda nak cakap”
Balqis menoleh pada abahnya. ‘abah nak cakap, tapi kenapa emak plak yang cakap?’
“isy, kamu ni…aku plak yang kena. Kamu la cakap..kamu emaknya” abah menolak pada emak plak.
“abg la..abgkan abahnya”giliran emak plak menolak terkena abah.
Balqis pening.
“kamu la….kamu cakap lagi senang…”
“abg la….getleman sikit” sekali lagi emak menolak.
Balqis menggeleng kepala.

“biar Balqis ja la yang cakap. Dari tadi abah ngan emak asyk tolak-tolak ja” Balqis bersuara. Terpaku 2 pasang mata emak dan abahnya.
“cakap apa?” Emak dan abah bersuara serentak.
Balqis tunduk.serta merta pipinya menjadi merah. ‘nak cakap tak? Nak ke tak?nak ke tak?’ sambil kaki menguis-nguis permaidani di hadapan.
“kamu nak cakap apa Balqis?”Tanya abah sekali lagi.
“Nak kawen”. Serentak emak dan abah berkata..
“apa?”
“sapa calonnya?keja apa?nama apa?orang mana?bila kamu kenai?kenapa tak bawak jumpa mak abah?” tudia soalan dari emaknya yang bertalu-talu.
“isy kamu ni…tak sempat si Balqis ni nak amik pen nak tulis, banyak benor soalannya. Bapa markah semua ni?” gurauan abah disambut dengan gelak si anak tapi satu cubitan oleh si emak.
“adus!”. abah mengaduh.
“Ha buat lawak lagi,kan dah kena”. emak geram.
“hehehe….ha Balqis..jawabla soalan mak kamu ni” abah beralih pada si anak.
Sekali lagi Balqis menunduk. Dia taktahu nak jawab.
“hm…hm…..tapi…..”dia menjawab itu sahaja.
“ha….lagi sikit..nak terkeluar dah tu….sikit lagi Balqis…cakap slow-slow…” abah membuat lawak dan sekali lagi pahanya dicubit. Dia hanya tersengih.
“cakap la Qis…siapa?” Emak mengambil alih tempat si abah. Tidak sabar menunggu jawapan si anak.
“tapi Balqis takde calon lagi emak…abah…hehe…tapi Balqis nak kawen.” Balqis memandang abahnya yang menggaru-garu kepala tanda tak gatai. Emak plak mengangkat kening. ‘apa ke pelik budak ni?’tanyanya dalam hati.
“ramai kawan-kawan Balqis yang da kawen..Balqis pun nak kawen jugak…..”ujarnya meleret.meminta kefahaman dari emak dan abah.
“rumit jugak masalah anak kita ni abg…..nak kawen tapi takde calon..sian kan?” emak membuat ayat kesian.
“tu la… emaknya ada ‘solution’ ke?”
“isy..saya plak”.
Lama Balqis memandang emak dan abah yang membuat lagat macam tengah pikir sesuatu. ‘entah apa-apa la mak ngan abah ni’
“la….awat plak kita nak riso dan memikir ni….. kan ke kita dah ada calon..” tiba-tiba abah bersuara yang macam menjerit sikit.
“Sapa bah?” Balqis ‘excited’. Emak mengangguk-angguk sambil tersenyum.
“tunggu……” abah berlalu sambil mengenyitkan mata sebelah.
“ha? Emak?” Balqis bingung.
“Bak kata abah kamu…tunggu…….hehe” Emak pun cepat-cepat mengekor abah meninggalkan Balqis yang terkulat-kulat disitu.

‘Tunggu tu apa maksudnya?’ dia menggaru-garu kepala yang sedikit gatal. Lambat-lambat dia pun berlalu….meninggalkan persoalan tanpa jawapan.

Beberapa minggu yang berlalu…

“Cikgu….Cikgu Balqis”
Balqis menoleh ke belakang. Dia ternampak seseorang yang memanggilnya dari belakang.
“kamu ka yang paggil cikgu, Amin?”
Amin mengangguk laju. Dia tersengih.
“eh, kenapa kamu tersengih macam lala tak busuk plak ni?”
Lagi la Amin tergelak terus mendengar loyar buruk si guru.
“nah”
Balqis memandang. Sekeping kertas disuakan pada dia.
“Apa ni?”
“Abg saya bagi…ambil la cikgu..cepat la….saya nak balik ni..”
Mahu tak mahu Balqis terpaksa mengambilnya. Dia memandang Amin yang berlari meninggalkannya. Lama..dia memandang kertas itu.. 012-xxxxxxx. No tepon? Isy abg si Amin ni..tak gentleman lansung.

Esoknya…..

“Cikgu…oo cikgu…”
“Ha..kenapa Amin?”
Amin yang berdiri di tepi meja guru itu tersengih.
“isy…tak abis-abis dengan sengih kamu” dia mengerutkan dahi. Murid tahun 6 ini memang gemar menunjukkn giginya. Ingat iklan colgate ka apa…
“abg saya Tanya pg tadi..masa saya tengah nak makan sandwish mak saya buat….”dia berhenti disitu.
“Tanya apa?” Balqis mengangkat kening. Menunggu butir selanjutnya dari mulut comel si amin.
“belom sempat saya makan sandwish yang kedua….abg saya Tanya…kenapa cikgu tak msg atau tepon dia semalam… dia suh saya Tanya cikgu kat sekolah hari ni, ni saya Tanya ni”
Balqis tergelak. Panjang sungguh ayat si amin ni..lawak ke benor muridnya ni…sapa la guru BM ni? Hehe…
“cikgu, saya Tanya cikgu, cikgu gelak plak”
Balqis tersentak. Terlupa plak. “oohh….kena msg ka?kena tepon ka?” dia Tanya amin balik.
“la…dah dia bg no tepon…kena la cikgu..apa la cikgu ni…”
“hehe…" Balqis gelak lagi…. "cikgu malu la…patot laki mula dulu..”
“takpa la cikgu….bak kata Cikgu Yati….timba cari perigi takpa….apa maksud dia tah cikgu?”
Balqis menampar dahinya. “nanti kamu Tanya cikgu Yati ya..hehe…cikgu ajar Math kan? Kira-kira cikgu tau la…”Balqis member alasan..padahal dia malu..
“Ala cikgu ni…..ha..lupa….abg suruh saya mintak no tepon cikgu.”
“kenapa?”
“mestila nak tepon..nak kaco..nak ngorat cikgu…”
“isy kamu ni….” Balqis tersenyum. budak-budak sekarang..maju sungguh.
“sapa abg kamu tu?” dia mencuba menjerat muridnya itu.
“Nama dia abg ngah…” pendek ja jawapannya.
Balqis tak dapat menahan gelak. “cikgu layan putera ja….gtau kat abg kamu….kalau dia putera baru cikgu layan”
Ujar Balqis sambil mengenyitkan mata dan berlalu meninggalkan Amin yang ternganga. Putera?

Malamnya ketika menonton tv…..

“kamu tak tido lagi Balqis?” Abah mengheyak punggu di sebelah Balqis.
“Tak ngantok lagi bah…tengok la cita dulu…”
“nah ni” Balqis memandang tangan abah yang menghulurkan sesuatu.
“surat apa lak ni bah?”
“ambil la dulu…..abah ngntok dah ni…” Abah member alasan.
Balqis mengambil jua… selepas dia menghantar abah ke bilik melalui pandangan, dia membuka kertas yang dihulurkan tadi. Eh? 012-xxxxxxx. No.tepon?


Sebelom melelapkan mata….

Balqis tercari-cari kertas yang diberikan Amin tempoh hari..mana diletakknya…lupa lak. Puas dia mnggeledah beg tangan, buku-buku muridnya tak jumpa juga…
‘mesti esok Amin Tanya lagi’ Balqis mencari-cari lagi…tetap tak jumpa..
Sejam dia mencari..dia mula give up. Dia membaringkan tubuh di tilam empuk itu.
Kemudian dia teringat kertas yang diberi oleh abahnya tadi. Dia mengambil dan memandang. Lama…tiba-tiba hatinya berdebar.. ‘macam pernah tengok no.ni…tapi dimana ya?’ puas Balqis mengerahkan otaknya….lambat laun dia terlena dengan kertas itu ditangan.

2 minggu yang berlalu dengan cepat.

“ Hai cikgu…nak balik dah ka?”
“takla…..saja ja tengok keta ni…kot hilang plak” sengaja dia menjawab begitu. Bukan tak Nampak..kan ke aku tengah sibuk dok mengemas barang dalam kereta ni… dia menoleh pada si suara itu.

Terpana. Terkejut. Terpegun. Terkaku. Ter…ter….dan banyak ter lagi. Hensemnya! Jerit dia dalam hati.

“cikgu Balqis” Balqis tersedar. Dia cepat cepat cover malu dengan melemparkan senyuman paling manis.
“ni la abg ngah saya” tanpa membuang masa, amin memperkenalkan abgnya. Balqis memandang. Pemuda itu tersengih. La….macam adiknya juga. Mat sengih.
“saya Ikhmal” pemuda yang bernama Ikhmal itu memperkenalkan dirinya…dia tersenyum memandang gadis itu.
“saya Nur Balqis Qaisara bt Haji Ramli”. lancar ja mulutnya menuturkan nama penuhnya. Isy, cubit jugak mulut ni. Balqis memarahi mulutnya.
“hensem tak abg saya cikgu?macam saya tak?hehe” Amin membuat lawak.
Balqis pura-pura gelak..
“Patotnya kamu tu macam abg…bukan abg macam kamu..Amin Amin..”Ikhmal menggelengkan kepalanya..
“er…kenapa cikgu tak msg atau tepon saya?”
Balqis mencari alasan… “hm…sorry la….saya letak dalam kocek baju kertas yang encik Ikhmal bg….tp terlupa lak…terbasuh sekali ngn kertas tu..apa lagi..hancur la..” dia membuat nada sedih.
“yeke….takpe la….takde jodoh….”Ikhmal juga sedih.. “jom Amin, kita balik.” Dengan selamba dan tanpa menunggu jawapan dari Balqis, pemuda itu berlalu sambil menarik tangan adiknya,Amin.
Balqis termangu seorang di keretanya. Peristiwa apa ni? Dah nak melepas ke aku?

Hari berganti hari….entah hari ke berapa….

“Takde apa-apa perkembangan ka Balqis?”
Balqis mengangkat muka memandang abahnya yang sedap menghirup tea.
“Perkembangan apa bah?” Balqis tak paham.
“Haisy kamu ni…kan ke tak bapa lama dulu abah kamu ada bagi no.tepon…apa kamu dah tepon tau kenai-kenai ka ngn pemilik dia?” emak plak menyampuk.
Balqis baru teringat. Entah mana dia letak no tepon tu? Abis la….. dia mencari-cari idea.
“hm…Balqis ada msg dia bah..tapi dia tak ‘reply’ pun” nah….dia tipu.tpu sunat…
“eh…takkan tak betul no.nya abah?”emak memandang abah..
“takkan plak….meh sini no.nya Balqis, abah ‘try’”
Gulp. Apa lagi alasan ni…. “malam ni Balqis cuba ag bah…kot-kot la dia reply” ujar Balqis dan cepat-cepat berlalu, menyalami kedua orang tuanya…ingin menyelamatkan diri.

Malam itu…..

“ha…jumpa pun” rupanya bawah katil, kertas yang abah bg tu…isy isy…
Serta merta Balqis menaip msg… apa yg nak taip?
‘hai’ isy tak sopan lak.
‘boleh ngorat tak?’ yang ni lagi gelojoh.
‘awak…..dah tido belom?’ yg ni sesuai ke?
Balqis mencemikkan bibirnya….dia bukan pernah bercntan cintun sebelum ni.. masalah betul.

‘assalamualaikum…..maaf kaco..dah tido ke?’ lambat-lambat dia terpaksa membuat ayat skema.
Send ke 012-xxxxxxx.

5 minit berlalu….isy, takkan dia tak sedar ada msg kot. Balqis mengomel sendirian.
2 minit lagi…bunyi ‘tit tin tin’ nada msg. ha…cepat dia membuka msg.

‘waalaikumsalam…tau pun kaco..tengok jam pukul berapa’
Apa? Serta merta Balqis melihat jam locengnya. Pukul 1 pgi. Adeh! Apasal la dia tak tengok jam tadi….adus…malu betul.
‘sorry…..esok plak eh saya msg..selamat malam’
Send.
Perlahan Balqis menyembamkan kepalanya di atas bantal. Pipinya terasa panas. Menanggung malu yang sangat. Mesti pemilik no tu kata macam-macam…isy…..isy. anak dara apa ni? Dalam hati, dia takmo msg buat kali ke2.muktamad.

Malam keeseokkannya……..

Balqis baru berkira-kira hendak tido…walaupun kurang mengantok…tapi dia akan mengira bulu kambing untuk melenakan matanya….

Tiba-tiba…’tit tit tit’ isy sapa plak yang hantar msg memalam buta ni…rungutnya.

“Assalamualaikum…saya farid…kenapa baru semalam msg saya? Baru berani ke?ke awak malu?”
012-xxxxxxx.

Eh….pandai lak dia ni ngata aku… semalam bukan main ag. Nak kena ni.
‘waalaikumsalam…saya lupa nama…bukan apa..saya dh lupa letak mana no awak.tu baru msg sbb baru jumpa’
Send.
Hehe…padan muka.

‘tit tit tit’

‘hai..lupa nama….hehe…saya terus terang eh? Kita kawen nak?’
Ha?? What?? Balqis terbangun. Dia membaca msg itu beberapa kali. Betul la ni…dia mecubit plak pipinya.adus! betul tak mimpi. Dia ajak aku kawen? Biar betul? Beraninya dia? Hisy….dia ingat aku ni apa ke..senang-senang je ajak kawen.nanti dia.

‘awak putera ke? Saya nak kawen ngan putera tau.PUTERA.’
Send.
Nah…hahaha……biar terkejut dan termalu lelaki itu. Lelaki la kan. Betul la nama pun farid.
‘tit tit tit’

‘belom cuba belom tau.esok saya suruh mak saya masuk meminang awak. Gudnite.’

Ha? Meminang? Apa ni? Dia tipu kot…….. Lama Balqis memikirkan kejadian itu..lantas dia pun tertido dalam tanda soal di kepala.

Berminggu-minggu kemudian….

Semakin hari Balqis semakin bingung. Jiwa kacau. Fikiran plak menerawang tah ke mana. Seminggu yang lepas…memang…si farid tu betol-betol mengotakankan katanya..meminang! ya…dia dah pun masuk meminang..dan emak dan abah dah setuju..sekarang dah tentunya dia tunang si farid tu… entah cmna rupa la taktau…. Sejak tu farid tak pernah msg dia lagi… menambahkan lagi bingung dia….farid…….dimna kamu?

“Cikgu…abg saya nak jumpa cikgu”
Lamunan Balqis hilang. Dia melihat Amin yang tersengih. Tanpa perasaan yang ‘betul’ dia menganggukkan kepalanya.
“Cikgu nampak bingung” Ikhmal cuba bertanya.
“ha’ah….”
“kenapa? Boleh saya tahu?”
‘baiknya dia…..’ tanpa sedar dia memandang muka Ikhmal lama…wajah hensem itu manarik perhatiannya..Amin entah hilang kemana.
Lama..baru dia menjawab. “saya akan berkawen” ujarnya diiring hembusan nafas kecil.
Ikhmal agak terkejut. “jadi sekarang cikgu tunang orang?”
Balqis hanya mengangguk.
“maafkan saya..saya taktahu…tak baik saya menganggu tunang orang..saya pergi dulu…Assalamualaikum” lelaki itu terus berlalu meninggalkan Balqis yangterpinga-pinga.

‘Ikhmal.....walaupun kau bukan putera....tapi aku macam sukakan kau’ hanya itu yang terkeluar dari pelusuk hatinya.

Sebulan sebelum kenduri.......

“Balqis, td farid ada datang...dia hantar borang kebenaran kawen. Kamu ambil la...isi mana yang patot dalam borang kamu....nanti hantar sekali” abah memberi arahan.

Dengan hati yang tak bapa tenteram...Balqis gagahkan jua mengambilnya...sambil duduk dia membuka helaian demi helaian.

Nama lelaki : Tengku Farid Ikhmal bin Tengku Sazali.
Umur :26 tahun

Ha? Tengku? Thats mean...........Balqis pengsan!


Hari nikah....penuh debaran.

“Tengku Farid Ikhmal bin Tengku Sazali” suara tok kadi.
“ya saya” suara Farid. Farid la..walau tak pernah dengar sora tapi dah tu nama dia kan..
“Aku nikahkan dikau dengan Nur Balqis Qaisara bt Ramli dengan mas kawennya RM 900.00 tunai...”
“Aku terima nikahnya Nur Balqis Qaisara bt Ramli dengan mas kawennya RM 900.00 tunai..”
Lama...
“sah”
“sah”
“Alhamdulillah...”
Serentak itu air mata Balqis mengenai pipi.... beberapa minit kemudian,
“Nur Balqis Qaisara”
Balqis mengangkat muka. Hah? Ikhmal? Serentak dia memandang kelibat Amin yang tersengih di sebalik dinding.

Putera impian..ya itu la angan Balqis sejak kecil.. mungkin kerna cerita dongeng yang selalu abah cerita..sedikit sebanyak mempengaruhi angannya.. dan ya... dia mengahwini seorang putera..Tengku Farid Ikhmal bin Tengku Sazali...abang ngah kepada Tengku Amin Hakim bin Tengku Sazali yang sebelum ini dia lansung tak sedar muridnya keturunan tengku..berdarah raja..isy-isy....dan farid adalah orang yang sama dengan Ikhmal dan pastinya no tepon yang abah bagi dengan Ikhmal bagi adalah sama... Balqis tergelak... kalau sudah jodoh.....
“ma...nak pok”
Balqis mematikan lamunannya...dia memandang anak kecilnya yang berusia setahun 4 bulan..Nur Iman Maisara..permata hati dia dan ikhmal..anak itu senyum sebelum berlari ke arah pintu...di situ abahnya terjengul dan....tersengih.. Balqis tergelak.

1 Komen Anda Di Sini:

suke jln citer dye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular