PERHATIAN :

JIKALAU ADA FILEM BARU YANG DIPERTONTONKAN, SILA SHARE KE FACEBOOK ATAU TWITTER SEBELUM VIDEO INI DIDELETE..
JIKA ADA VIDEO YANG SUDAH DIPADAM SILA LAPORKAN DEKAT RUANGAN KOMEN.. NANTI NOLOVE GANTIKAN DENGAN YANG BARU.. JIKA ADA.. HIHIHIHI

Saturday, 9 July 2011

Posted by Perantau Sepi Nolove On 23:52 0 Komen Anda Di Sini
Share

CARA MELUPAKAN BEKAS KEKASIH

 Bukan senang nk melupakan kekasih lama yg amat disayangi tapi sampai bila nak mgenang org yg dah pergi meninggalkan kita tanpa menoleh walaupun seketika. Memang senang nak cakap, nak buat memang payah sekali. But why not we try, utk melupakannya & menerima cinta baru yg mungkin lebih baik dari dulu. Kalau tak cuba mana taukan?


So, hari ni sy nak berkongsi tip untuk melupakan bekas kekasih yang satu ketika dahulu dialah insan yang paling disanjungi. Berikut adalah beberapa tuntunan yang perlu dilakukan apabila hati kamu masih tidak aman.

Anda bersedia melupakannya bila…

Menghapus kenangan bersama si dia
Setiap perkara yang dilakukan akan membuatkan kamu mengingatinya kembali. Singkirkan dia daripada lamunan dirimu dan simpan foto-foto kamu berdua mahupun hadiah-hadiah pemberiannya di satu tempat yang lebih jauh dari jangkauan dan pandangan mata.
Jangan lupa padamkan nombor telefon bimbitnya daripada genggam kamu. Termasuklah juga khidmat pesanan ringkas (SMS) dan pesanan suara darinya.

Jangan menyeksa diri

Bila ada benda-benda atau sesuatu yang tidak dapat disingkirkan dari ingatan, mahu tidak mahu akan membuat kamu teringat kembali kepadanya. Misalnya lagu kenangan anda berdua disiarkan kembali dicorong radio, jangan sampai membuat kamu tergilakannya kembali dan berasa sedih meratapi nasib yang menimpa. Ia kerana, hal itu tidak kena pada tempatnya.

Si dia punya pengganti
Apabila mengetahui si dia sudah mempunyai pengganti, sememangnya wajar untuk kamu melahirkan perasaan cemburu. Perlu disedari, kamu terpaksa merasakan bahagia yang dicari telah lepas dari genggaman si dia dan sudah tiba masanya untuk kamu melakukan perkara yang sama.

Berhenti membandingkan
Sikap kamu yang suka membanding dengan teman lain sepatutnya disingkirkan. Jangan sesekali membandingkan sikap, perangai atau tingkah laku teman baru dengan bekas kekasih.

Hal ini terjadi apabila kamu belum bersedia untuk menjalinkan hubungan bersama, kamu akan menggunakan pelbagai macam alasan.

Kehidupan berbeza
Kebiasaannya, kamu akan menghabiskan cuti hujung minggu bersama, tetapi kini anda terpaksa keseorangan.

Bagaimana saya dapat menjalani hari tersebut tanpa seseorang di sisi? Sebenarnya perasaan cemas tersebut akan hilang dengan sendirinya. Kamu harus menyedari bahawa sememangnya sudah ditakdirkan kamu hidup bersendirian dan harus menikmati hujung minggu dengan sebaik-baiknya.

Cara terbaik melupakan si dia:

* Ingat hal-hal yang buruk tentang dirinya
Pada umumnya, wanita cenderung mengingati setiap perkara yang dilakukan bekas kekasihnya. Untuk melupakannya, kamu harus mengingati setiap perkara buruk yang ada pada dirinya.

Misalnya, dia seringkali mengutuk diri kamu, membandingkan penampilan kamu dengan rakan-rakan, mengeluarkan suara yang tinggi atau tiada ketepatan masa.

* Rakan pendengar setia
Walaupun pelbagai langkah telah dilakukan untuk melupakan dirinya, namun ingatan terhadapnya sentiasa bermain difikiran. Luahkan masalah kamu itu kepada rakan-rakan yang boleh dipercayai dan jangan sesekali menyimpannya di dalam hati. Takut nanti anda pula yang merana. Dengan cara sebegitu, ia sedikit sebanyak dapat menghilangkan kehadiran si dia dari fikiran kamu.

* Cipta fantasi
Kita selalu memikirkan bahawa perpisahan itu tidak akan berlaku sekiranya pasangan memahami hati budi dan bertolak ansur. Masalahnya kini, kamu sudahpun memutuskan hubungan cinta dan tiada gunanya lagi untuk berbicara tentang diri si dia. Lebih baik kamu mencari pengganti dan ceritakan hal ini kepada teman-teman lain. Siapa tahu mereka mungkin mempunyai kenalan yang mirip seperti yang kamu gambarkan?

Posted by Perantau Sepi Nolove On 22:42 0 Komen Anda Di Sini
Share

ceritaku

Dahulu aku ada teman wanita. Cantik, manis, cute dan lebih lagi la. Aku kenal ngan dia tika aku tingkatan 3. Dia tingkatan 1. Tapi x sama skolah. Dia skolah agama kat kg aku. Aku sekolah menengah biasa nie. Kira kira cinta budak budak la. Tapi aku memang syg giler kat dia. Sejahat jahat aku kat wanita lain, aku x pernah buat pape kat kat awek aku tu. Senang citer aku letak name dia sila la. Selama aku bercinta ngan dia, 3 kali je aku pegang tangan dia. Betape syg nya aku kat dia nk buat dia jadi bini aku. Time aku keja kat jb dulu, leh katakan x de duit simpan seey.... Gaji aku habis buat beli topup. Sbb aku takut sila kesunyian. Hehehe.. Padahal aku yg x tenang kalu dia x dapat msj or dengar suara dia.. Dan siap beli tepon lagi kat dia. Tuk dia pakai.. Biasa la demi cinta aku sanggup lakukan ape saje janji aku x kehilangan dia. Siap aku bertumbuk ngan org kg seberang kerana kacau awek aku tu. Huhuhu.. Tapi syg hubungan kami x kekal sbb dia ada boy lain, dia yg minta putus. Aku x tau mane silap aku kat dia. 5 tahun kami bercinta. X sangka dia boleh mintak putus mcm tu je.. Aku jatuh cinta dgn dia sbb senyuman dan suara dia. Aku suka sangat dgr suara dia. Lembut abis seey.. Time yg paling aku suka dgr suara dia, time lepas dia bangun dari tidur. Alahai.. Aku nk ckap mcm mane pon aku x tau. Tapi memang manis sangat. Sampai sekarang aku x leh nk lupakan dia. Ada suatu ari aku kemalangan ngan kawan aku sendiri. Motor aku hancur. Kalu korang tgk motor aku korang leh ckap aku memang dah x de dah kat dunia nie. Hancur terus. Seluruh badan aku luka teruk seey.. Yg paling dalam skali luka aku kat lutut.. Kalu x silap aku ada batu masuk kat dalam lutut aku tu. Muka lak nk sama mcm zombi sudah. X nampak muka langsung kat sebelah kanan. Nk makan pon susah sbb mulut x leh nk bukak. Tapi time time mcm tu pon nafsu merokok ada lagi.. Hahahaha.. Mintak rokok daun ngan bapak aku. Tapi nenek aku marah. Di suruh nya kawan aku p beli rokok dunhill.. Hahahaha.. Aku pon x tau nape. Ramai org datang melawat aku.Dia org semua sangka aku dh x de dah. Sebenar nya yg boleh jadi kemalangan tu sbb kawan aku jugak. Salah dia. Tika aku tgh laju nk potong dia dia leh main zip zat lak kat atas jalan raya tu. Padahal dia dh tahu dah aku tgh memecut laju. Fah...am faham la. Darah muda. Lau x merempit x sah.. Hahahaha.. Siap awek aku datang melawat aku kat rumah dah tlg suapkan aku ubat lagi. Huhuhu.. Tapi pertama kali dia tgk wajah aku berlumur darah dia terkejut beruk seey sampai nk pitam.. Huhuhu.. Siap maki maki aku lagi, x nk aku merempit lagi.. Tapi tu lah pertama kali dia jejak kaki dia kat rumah aku. Aku happy sangat.. Dalam hati aku berbisik mcm nie. Ari ari kemalangan pon x pe janji org yg aku syg ada kat sebelah aku.. Hahahaha. Tapi mak bapak dia x tau dia datang umah aku tu.. Hahahaha.. Kalu tau mesti x dibaginya.. Hahaha.. Tapi selepas aku putus dgn dia, aku rasakan hidup aku x bermakna lagi. Aku pon x tau nape. Korang bayangkan la, tika tu aku berkerja kat jb. Dan awek aku tpn mintak putus.. Dalam masa tu jugak terus aku mintak berhenti. Terus aku kemas paka...ian aku dan balik kg. Dah 2 tahun aku keja kat sana. Dan bos kat tempat keja aku siap anggap aku anak angkat dia lagi. Bukan sorang bos je tau. Tapi 4 org bos.. 2 laki laki dan 2 perempuan. Berbangsa cina. Bayang kan la. Semua bos aku ambik berat kat aku. Dan x kasi aku berhenti. Tapi aku bernekad jugak. Sampai naik keta api x beli tiket. Nk beli mcm mane, tiket dah abis. Naik pakai lompat je lah. Huhuhu.. Demi cinta aku lakukan semua itu. Tapi org yg aku cinta tu x fikirkan aku. Pergorbanan aku yg aku lakukan.. Aku pon x sangka.. Tapi selepas aku putus ngan dia, aku hidup aku terus hancur. Sbb aku x leh terima keputusan yg dia mintak tu. Aku terus hanyut dalam dunia ku yg x berteman. Sampaikan aku siap terjebak dalam dunia yg boleh memusnahkan aku sendiri. Aku terlalu sygkan dia. Aku x sanggup kehilangan dia. Kawan awek aku bagitau aku sbb apa sila berubah. Iaitu termakan h...asukan kawan yg dia sendiri yg pentingkan diri sendiri. Kira kira nk jodohkan awek aku ngan org kg dia la. Sampaikan awek curang ngan aku dan mintak putus ngan aku. Aku x sangka dalam dunia nie ada jugak org yg mcm tu. Mungkin kawan dia cemburu kot. Tapi entah la. Aku susah nk ckap sbb aku pon x tau kenapa kawan awek aku tu boleh bikin mcm tu kat aku. Padahal dah heboh dah kat kg awek aku, kg member awek aku, kg aku, sekolah awek aku dan jugak sekolah aku. Semua org tahu aku bercinta ngan awek aku tu.. Setiap budak laki yg kacau awek aku, awek aku bagi tau aku dan aku aku akan pergi berjumpa dgn budak laki tu. X kisah la budak laki tu nk guna cara yg mcm mane pon. Aku x takut. Walaupun permulaan tu hanya aku sorang diri je yg pergi jumpa budak lelaki tu. Sebenarnya belakang aku ada backup lagi. Jadi aku x kisah dan x takut pon.Aku x kisah ada backup ke x de ke, bagi aku selagi awek aku x mintak putus dia tetap hak aku. Dan aku ada hak jikalau org lain nak buat jahat ngan awek aku. Nk berkawan biar bertempat la. Jgn la asyik fikir benda kotor je. Sedang kan aku se...ndiri pon 3 kali je pegang tangan dia. Org lain lak nk lebih lebih. Sorry ar. Dia tu awek aku. Dan aku nk jadikan dia wife aku. Tu ayat yg aku keluarkan bila ada org ganggu awek aku. Tapi sekarang sudah x de pape lagi. Dan kami dah x berhubung lagi. Tapi no dia tetap ada kat aku. Maseh aku simpan. Dan x pernah terpadam pon. Tapi sebelum aku putus ngan awek aku. Member aku pon bercinta ngan sepupu awek aku tu.. Huhuhu.. Kira kira lau ada je rahsia yg disimpan oleh awek aku, aku jugak boleh tahu. Sbb sepupu awek aku bagi tau. Mane x nya. Awek aku dan sepupu dia duk 1 kg. Jiran sebelah rumah lagi.. Hahahaha.. Pernah sekali awek aku mintak putus ngan aku. Aku mintak lah pendapat member aku yg bercinta dgn sepupu awek aku tu. Dia ckap ape. Ko tinggal je awek ko tu. Ko cari je awek lain. Ko tau x ada budak perempuan yg suka kat ko. Cantik lagi, dah la anak org kaya. Ada ke patut member aku ckap mcm tu. Memang x patut kan. Aku bukan memilih cantik ke atau anak org kaya. Aku pilih perangai. Dan aku terpikat ngan awek aku tu sebab senyuman dia dan suara dia. Aku x kira la miskin ke ape, bagi aku dia lah org yg aku nk jadikan wife. Tapi hajat x tercapai. Huhuhuhu.. 5 tahun bercinta dgn sila. Sila mintak putus sbb ada boy lain. Walaupun berat hati nk melepaskan. Tapi terpaksa lepas la, lagi pon aku x de ikatan pape dgn awek aku tu lagi. Tapi sekarang member aku lak mengadu, perkara sama terjadi kat dia. Tapi x seteruk apa yg aku alami tika bercinta dulu. Dia mintak la pendapat aku. Jadi aku bagi la sbb dia je member rapat aku. Aku bagi tau dia. Kalu ko bergaduh ngan awek ko, ko jgn layan buat sementara waktu sbb kalu ko layan dia lagi walaupon dia yg buat perangai, ko akan alami perkara yg sama mcm aku. Jadi ko beli je sim card yg baru ko test dia time ko x layan dia.Kira kira menyamar la. Dan jangan ko dedahkan diri ko sape. Nanti aku ajar ko mcm mane nk bikin dia x cam suara ko dan msj. Jadi aku ajar la. Lepas 2 ari dia menyamar, ampeh seey.. Terus dia g tau sape diri dia. Member aku ckap ape kat aku.... X sampai ati.. Hahahaha.. Aku ckap ape. Lantak ko lah. Aku leh bagi cara dgn mcm tu je. X de kekerasan, dan boleh tahu awek ko tu jenis yg mcm mane. Nanti ko jugak yg tahu nya. Dan nilai lah sendiri.. Lepas pada tu aku x tahu la ape jadi. Dia x mintak lagi pendapat aku atau mengadu kat aku. Aku x kisah pon. Aku ajar dia pon sbb aku x nk member aku jadi mcm aku. Tadi aku ada bagi tau kan yg lepas aku putus cinta dgn awek aku, aku terus terjebak dgn dunia yg boleh memusnahkan aku. Tapi x lama la. Aku sedar jalan yg aku pilih nie jalan hitam. Terlalu hitam. Siap aku jadi tauke lagi.. Hahahaha.. Faham faham lah ya. Aku terjebak dalam perkara yg mcm nie pon, sebab aku jugak yg tersilap pilih jalan. Terlalu ikut perangai member aku yg satu lagi. Tapi sekarang aku insaf. Aku x bikin lagi perkara tu. Memang hidup senang dan ape yg kita nk senang je dapat. Sebab ada duit dan ada barang.. Kita x perlu cari org. Tapi org yg cari kita. Sbb perlukan kan barang. Tapi barang yg aku main dan aku jual tu sebenarnya x ketagih cam mak gian lain. Cuma atas nafsu sendiri je. Ada barang ke, x de ke sama je. X de rasa pape pon. Cuma kalu diturutkan nafsu, memang hancur. Ada sepuluh barang pon. Sepuluh abis. Tapi keburukkan dia. Otak jadi rosak. Kerana terlampau berfikir dan x boleh nk tampung ape yg kita fikir. Fikiran akan jadi kusut. Dan siap ada bayangan yg terasa cam polis tgh kepung kita kat rumah la. Dan mcm mcm lagi la. Padahal x wujud pon. Aku tersedar yg aku pilih jalan nie pon aku x tau nape. Tapi sebelum aku sedar tu. Aku dah try mcm mcm. Syabu, kk. Dan mcm mcm lagi. Cuma yg pakai jarum je aku x pernah cuba. Sbb aku takut jarum.. Huhuhu.. Tapi sekarang aku x jual or main lagi benda tu. Walau pon aku berkawan dgn org yg seperti tu. Aku x terjebak lagi. Aku insaf. Huhuhu.. Walau mcm mane sekali pon aku kenangan nie x dapat aku lupakan. Terutama sekali kenangan dgn awek aku yg bernama sila. Tapi ada ari tu, kalu x silap la, kisah aku ada terkeluar dalam radio thr. Tapi aku x tau la siape yg tepon kat radio tu.... Tapi aku leh agak tu memang kisah aku walaupon tiada nama yg dikeluarkan. Dan hanya ALLAH s.w.t je yg tahu ape yg tersemat dalam hatiku ini. Dan aku nk kau tahu yg aku maseh lagi menagih cinta mu. Dan aku x kisah mcm mane sekali pun dirimu, tetap aku terima. Kerana engkau lah cinta pertamaku. Sebelum aku akhiri cerita ku. Aku nk nasihat la kat korang yg jadi kawan aku. Jangan la pilih jalan hitam. Sbb tiada gunanya pon. Idup pon x terteram. Aku faham kenapa ada yg nk pilih jalan hitam, sbb kehilangan org yg kita syg, keluarga x beri tumpuan kat kita, nk cari ketenangan dan sebagainya. Tapi x tenang la. Asyik berkejar ngan polis je. Hidup x aman. Tiada masa depan. Kalu korang terlepas sekali pon, korang jugak yg rosak. Aku nasihatkan agar jauhkan la benda tu. Yg paling menyedihkan la, korang akan kehilangan kepercayaan keluarga anda dan kawan kawan anda. Percaya atau tidak ini lah hakikatnya.. Mula mula mungkin anda x perasan. Tapi bila dah lama. Nanti korang akan tau lah mcm mane. Aku mintak sangat mane mane yg ada ikut jalan hitam, agar kembali jalan yg terang. Berubah la. Itu je pesanan dan harapan pada yg memilih jalan hitam.. Aku lupa nk gtau satu perkara lagi. Member aku ada bagi tau aku yg awek aku tu dh ada org yg masuk mintak. Selebih nya aku x nk tau lagi. Sampai terkeluar air mata aku bila aku mendengar berita nie. Dan hatiku pon sebak nk tuliskan cerita nie kat korang. Aku harap korang akan jadikan cerita nie sebagai tauladan la k. Jgn ada yg terikut lagi dgn jalan yg aku pilih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular