PERHATIAN :

JIKALAU ADA FILEM BARU YANG DIPERTONTONKAN, SILA SHARE KE FACEBOOK ATAU TWITTER SEBELUM VIDEO INI DIDELETE..
JIKA ADA VIDEO YANG SUDAH DIPADAM SILA LAPORKAN DEKAT RUANGAN KOMEN.. NANTI NOLOVE GANTIKAN DENGAN YANG BARU.. JIKA ADA.. HIHIHIHI

Saturday, 16 July 2011

Posted by Perantau Sepi Nolove On 11:08 0 Komen Anda Di Sini
Share

One-Click Shutdown

Follow thesedirections to create a one-click shutdown shortcut:

•Navigate to your Desktop.

•On the Desktop, right-click and go to New, then to Shortcut (in other words, create a new shortcut).

•You should now see a pop-up window instructing you to enter a command line path.
Enter one of these as the path: SHUTDOWN -s -t 01

•If the C: drive is not your local hard drive, then replace "C" with the correct letter of the hard drive.

•Click the "Next" button.

•Name the shortcut and click the "Finish" button.

Now whenever you want to shut down, just click on this shortcut and you're done.

Also, if you want to make life better and faster, you can right-click the new shortcut you just made, go to Properties, and type in X (or whatever letter) in the Shortcut Key box.

Posted by Perantau Sepi Nolove On 05:08 0 Komen Anda Di Sini
Share

Bagaimanakah cara membuat akaun Blogger?

Mendaftarkan diri sebagai seorang pemilik blog dengan menggunakan platform blogger tidaklah sesusah yang disangka.
Dengan mengikuti beberapa langkah ringkas berikut, anda sudah bergelar seorang blogger.



Sebelum memulakan pendaftaran untuk akaun blogspot, anda mestilah mempunyai akaun google dahulu. Akaun lain pun boleh, tetapi untuk jangka masa panjang, ada akaun google akan lebih memudahkan memandangkan blogger.com adalah produk dari google.

Jika anda sudah mempunyai akaun google, boleh sign dahulu atau klik disini.http://mail.google.com/mail/?hl=en&tab=im.

Jika anda masih belum mempunyai akaun google, sila daftarkan dahulu disini untuk memudahkan proses pendaftaran akaun blogspot.

Berikut adalah langkah-langkah yang diperlukan untuk mendaftar akaun blogspot.

1. Buka link www.blogger.com


2. Apabila paparan sudah keluar, klik pada 'create a blog'



3. Seterusnya masukkan maklumat yang dikehendaki kemudian klik 'continue'.





4. Kemudian masukkan blogname dan juga blog address

  • Blog name lebih merujuk kepada trademark sesebuah blog
  • Blog address adalah digunakan oleh pengunjung untuk membuka blog anda. Blog address antara perkara paling penting bagi sesebuah blog. Untuk memudahkan pemahaman, sila rujuk Tips Pemilihan URL Untuk Blog


5. Pilih template yang anda rasa sesuai, kemudian klik 'continue'

6. Siap. Anda sudah mempunyai akaun blogspot anda sendiri ada boleh mula untuk menaip entri pertama anda.:)

Friday, 15 July 2011

Posted by Perantau Sepi Nolove On 02:38 0 Komen Anda Di Sini
Share

Suami terkejut pelacur yang dilangganinya isterinya sendiri

WARSAW - Seorang lelaki hidung belang terperanjat di sebuah pelacuran kerana sang pelacur yang hendak disewa ternyata isterinya sendiri?

Seperti dikutip Reuters, lelaki tersebut benar-benar terkejut setelah membuka pintu bilik pelacuran. Bagaimana tidak, seorang wanita seksi yang tengah duduk di atas ranjang adalah isterinya sendiri.

"Saya sungguh tercengang! Saya berfikir saya sedang bermimpi," ujarnya kepada suratkhabar setempat.

Selama ini, lelaki itu tak pernah menyangka isterinya bekerja sebagai penjaja seks komersial. Sepengetahuan dia, isterinya bekerja sebagai kpekerja di salah satu kedai di pusat kota. "Isteri saya pernah minta izin kerja untuk mendapat penghasilan tambahan sebagai pekerja kedai," tuturnya.

Akibat insiden memalukan itu, pasangan yang telah 14 tahun menikah itu pun akhirnya memutuskan untuk bercerai. Kini, mereka pun menjalani hidup masing-masing. Tak ada yang tahu, apakah perceraian itu menciptakan hubungan baru sebagai pelanggan dan pelayan seks?

Posted by Perantau Sepi Nolove On 02:31 0 Komen Anda Di Sini
Share

Aneh... Lelaki Ini Sudah Berhubungan Seks Dengan 1000 Kereta

Kita sering mendengar macam-macam kelainan sex, namun bagaimana jika ada yang mengaku pernah berhubungan sex dengan 1000 buah kereta.

Edward Smith, yang tinggal dengan "pacarnya sekarang" - sebuah Volkswagen Beetle putih bernama Vanilla, berkeras bahawa dia tidak "sakit" dan tidak memiliki keinginan untuk mengubah cara hidupnya.

"Saya menghargai keindahan dan saya lebih dari mengagumi keindahan kereta sampai saya sedar itu adalah ekspresi cinta," katanya.

"Mungkin aku sedikit aneh tetapi ketika saya melihat filem seperti Herbie dan Knight Rider, di mana kereta menjadi memikat, karakter yang dapat dipeluk itu sungguh luar biasa.

"Aku seorang romantis. Aku menulis puisi tentang kereta, saya bernyanyi untuk mereka dan berbicara dengan mereka sama seperti kekasih. Aku tahu apa yang ada di hati saya dan saya tidak punya keinginan untuk berubah."

Dia menambahkan: "Saya tidak sakit dan saya tidak ingin melukai siapa pun,kereta hanya preferensi saya."

Mr Smith, 57, pertama kali berhubungan seks dengan kereta pada usia 15, dan dia mengatakan tidak pernah tertarik pada perempuan atau laki-laki.

Tapi tidak hanya dengan kereta namun juga "jenis" kendaraan lain. Dia mengatakan bahawa pengalaman seksual yang paling kuat adalah "bercinta" dengan helikopter TV Hit dari tahun 1980-an Airwolf.

Seperti halnya Vanilla, dia menghabiskan waktu secara teratur dengan kendaraan yang lain - sebuah 1973 GT Opal, bernama Cinnamon, dan 1993 Ford Ranger Splash, bernama Ginger.

Sebelum Vanilla, dia memiliki hubungan lima tahun dengan Victoria, sebuah VW Beetle 1969 yang dia beli dari keluarga Saksi-Saksi Yehuwa.

Tapi dia mengakui bahawa kereta-kereta yang telah "dinodainya" kebanyakan milik orang asing atau kereta showroom.

Hubungan terakhirnya dengan seorang wanita 12 tahun yang lalu - dan ia tidak boleh membawa dirinya puas, meskipun ia berhubungan seks dengan gadis di masa mudanya dulu.

Mr Smith, dari Washington di AS, menyimpan rahsia selama bertahun-tahun, tetapi setuju untuk diwawancara sebahagian dari dokumenteri channel Lima diacara "mechaphilia".

Berbicara tentang bagaimana ghairah sex yang tidak biasa ini muncul, Mr Smith mengatakan: "Ini adalah sesuatu yang tumbuh sebagai bahagian dari saya ketika saya masih kecil dan tidak dapat dijelaskan.

"Saya hanya mencintai kereta kecil awalnya, tetapi selama bertahun-tahun itu dorongan itu semakin kuat terutama ketika masa remaja.

"Ketika saya berumur 13 dan Corvette Stingray muncul, kereta itu sangat menarik dan saya benar-benar menginginkannya.

"Saya sendiri tidak menyedari diri saya sendiri, namun yang aku tahu bahawa aku tidak menyakiti siapapun dan tidak berniat melakukannya."

Dia menambahkan: "Ada saat-saat dimana ditempat asing dan melihat kereta diparking aku menjadi sangat ingin berhubungan seks.

"Ada kereta tertentu yang menarik saya dan saya akan menunggu sampai malam hari, merayap mendekati mereka dan hanya memeluk dan mencium mereka.

"Sejauh wanita pergi, mereka tidak pernah benar-benar tertarik kepada saya, Dan aku tidak gay.."
Mr Smith sekarang merupakan sebahagian dari komuniti global lebih dari 500 "pecinta kereta" disatukan oleh forum-forum internet.

Posted by Perantau Sepi Nolove On 02:21 0 Komen Anda Di Sini
Share

Suami bodoh paksa isteri jadi pelacur untuk bayar duit kereta

KUALA LUMPUR: Seorang suami durjana memaksa isterinya melacur semata-mata ingin mendapatkan wang untuk menjelaskan ansuran bulanan keretanya.

Kejadian kira-kira jam 11 pagi kelmarin, di Bukit Bintang, di sini, bukan kali pertama wanita berusia 25 tahun itu diperlakukan sedemikian, sebaliknya lebih sepuluh kali dalam tempoh hampir setahun lalu.

Suami yang berusia lewat 20-an dan tidak mempunyai pekerjaan tetap itu memaksa isterinya menjual tubuh apabila kesempitan wang dengan dia bertindak sebagai ‘bapa ayam’ untuk mencari pelanggan.

Tidak tahan dengan tindakan jijik suaminya, mangsa yang meloloskan diri daripada kawalan suaminya membuat laporan di Balai Polis Tun H S Lee, di sini, tengah hari kelmarin.


Sumber polis berkata, dalam laporannya mangsa memberitahu dia melarikan diri daripada suaminya selepas selesai melayan seorang pelanggan di sebuah hotel murah di Bukit Bintang.

sumber : myMetro

Posted by Perantau Sepi Nolove On 02:07 0 Komen Anda Di Sini
Share

Wah, Kereta Boleh Dipakai untuk Masak Nasi

Tokyo, Jepun- Pernah membayangkan kereta digunakan untuk memasak nasi? Jangan salah, hal itu sebentar lagi bakal menjadi kenyataan di tangan pengeluar kereta, Mitsubishi.

Idea baru dari Mitsubishi kali ini cukup aneh dan unik, dan ada-ada saja. Namun apa yang dilakukan pengeluar kereta ini sungguh menakjubkan.

Kereta yang boleh memasak nasi itu, seperti dilansir The Wall Street Journal, Rabu (13/7/2011) adalah kereta elektrik Mitsubishi i-MiEV. Untuk mendapatkan panas tinggi, bateri elektrik dimodifikasi sesuai keperluan.

Di dalam kereta ersedia adaptor AC yang boleh memberikan daya elektrik yang diperlukankan sebuah rice cooker, blender untuk jus atau bahkan microwave.

Sekadar informasi, idea ini tercetus akibat krisis elektrik yang dialami masyarakat Jepun selama musim panas ini akibat tsunami beberapa waktu lalu.

Hingga kini kereta Mitsubishi i-MiEV elektrik sebagai pengganti dapur tersebut sedang dalam tahap uji coba. Jika tidak ada halangan kereta ini bakal dillancarkan di akhir 2011 dan bakal menjadi kereta pertama yang boleh difungsikan untuk memasak dari bersumber energi alternatif.

Dengan itu Mitsubishi i-MiEV listrik tersebut senantiasa melayani masyarakat ketika bencana alam dan situasi darurat lainnya.

“Kini semakin banyak orang mencari kereta elektrik kerana beberapa alasan, baik itu alasan lingkungan mahupun untuk mengatasi tingginya permintaan atas energi bumi,” kata Presiden Mitsubishi Motors, Osamu Masuko.

Sumber :disini

Posted by Perantau Sepi Nolove On 01:38 0 Komen Anda Di Sini
Share

Suami Perkosa Kemudian Tembak Isteri dengan Senapang

TRIBUNNEWS.COM - Seorang lelaki dinyatakan bersalah di sebuah pengadilan di NSW, Australia, kerana cuba menyakiti kemudian memperkosa serta membunuh isterinya. Demikian dilapor Sydney Morning Herald, Khamis (14/7/2011).

Perempuan yang identitinya dirahsiakan ini menderita kekerasan fizik antara tahun 1977 dan 1997 termasuk ditembak, dicekik dengan kabel elektrik, dan memaksa sang isteri berhubungan seks setelah mengancam dengan pisau dan senapang.

Lelaki ini dinyatakan bersalah atas 17 dakwaan termasuk sejumlah kekerasan seksual dan pemaksaan seks serta tiga cubaan pembunuhan.

Dalam satu kesempatan, sang suami menarik rambut isteri keluar rumah dan menggunakan kabel untuk mencekiknya. Si perempuan berusaha lari namun ketika ia menghindari suami dia ditembak dengan senapang kaliber 22.

Si lelaki itu dinyatakan bersalah namun tiga dari 20 tuduhan dakwaan yang ditujukan kepadanya setelah sidang berlangsung selama sebulan di mana ia mewakili dirinya sendiri. Ia bersumpah akan melakukan rayuan setelah putusan dibacakan. Sang istri yang menjadi korban berteriak dari kerusi pengunjung. "Ia tidak dapat menyakiti kita sekarang," ujarnya. Si lelaki masih dalam tahanan untuk menunggu penjatuhan hukuman setelah dinyatakan bersalah.

Posted by Perantau Sepi Nolove On 00:42 0 Komen Anda Di Sini
Share

[ Mengerikan ] Daging Cincang Manusia : Tersedut Ke Dalam Kipas Kapal Terbang

Aku yakin korang mesti tak pernah tengok daging cincang manusia kan ? So, hari ni aku kan tunjuk pada korang tapi kau nak bagi amaran sikit..

Amaran
>>Gambar2 di bawah ini boleh membuatkan seseorang muntah hijau..Fikirkan sebelum tengok




Pendapat Aku : Macam mane la orang boleh termasuk dalam tu ye...
Pendapat Korang : ???

Wednesday, 13 July 2011

Posted by Perantau Sepi Nolove On 06:33 0 Komen Anda Di Sini
Share

~Nak Pikat Hati Bakal Mak Mertua?~

Nak jadi menantu yang disukai dan disayangi mertua?

1.  Tawan hatinya.
Selalunya ia bermula di awal pertemuan pertama.  Jika lulus pada pandangan pertama ini, selalunya hubungan akan jadi baik seterusnya.  Semasa menziarahi bakal mak mertua beli buah tangan untuknya.  Jangan kedekut sangat ya!.  Pasti dia tersenyum lebar dan rasa sangat dihargai.

2.  Bersikap mesra.
Ketika bertandang buat pertama kali ke rumah bakal mertua.  Jangan sombong sangat.  Bersikap mesra sedikit.  Tunjukkan senyuman anda yang manis itu.  Tunjukkan anda juga mempunyai sikap  mengambil berat.  Tentu bakal mertua anda tersenyum manis juga untuk anda.

3. Dapatkan nasihat meskipun sudah tahu.
Walau pun kita sudah tahu mengenai perangai pasangan anda.  Mintalah pandangan mertua juga terutama sekali dalam soal memasak atau ketika dalam mendepani perangai pasangan anda.  Mereka pasti dengan senang hati memberikan pandangan.


Anda sebenarnya berdepan dengan orang yang telah membesarkan pasangan anda sekarang. Perlakuan baik adalah gambaran bahawa anda sangat sayangkan anak mereka serta sanggup berkorban apa sahaja demi keluarga.  Jika sejak awal anda telah dilihat sebagai orang yang patuh, jujur, sedia menurut kata dan penyayang, tidak ada sebab mertua tidak sayang anda. ^_^

Tuesday, 12 July 2011

Posted by Perantau Sepi Nolove On 21:12 0 Komen Anda Di Sini
Share

Jodoh: Mencari atau Menunggu ???

Persoalannya, "Betulkah kita hanya menanti si bulan (si dia) yang bernama jodoh? Usaha tidak perlu ke?"

Yelah, lagi-lagi jodoh. Lagi-lagi isu jodoh.


Namun, setelah saya fikir-fikirkan kembali. Soal jodoh ini bukan suatu soal yang boleh diremeh-remehkan sebenarnya. Saya kira, hampir setiap dari manusia itu akan melalui satu tahap di mana mereka akan mula memikirkan tentang persoalan jodoh.



Justeru, silap dalam kefahaman terhadapnya mampu memberi kesan negatif yang cukup besar terhadap masyarakat. Gejala sosial yang menular dengan sungguh dahsyatnya pada masyarakat kita kini juga tidak dapat tidak, salah satu faktornya adalah kesilapan dalam memandang isu jodoh ini.


Jadi akhirnya, saya memilih untuk menulis tentang isu evergreen itu di sini.


Ramai yang keliru


Jika kita lihat pada masyarakat sekeliling kita hari ini, dapat kita simpulkan bahawa ramai yang keliru berkenaan persoalan jodoh.


Sejak di bangku sekolah lagi kita dapat melihat remaja-remaja kita ramai yang sudah mula 'mencari' jodoh mereka. Untuk mencari 'kecocokan', mereka mula kenal-mengenal. Surat-surat cinta, sms, dan berbagai cara lagi mereka gunakan untuk memastikan adakah si dia itu 'jodohku'?


Kemudian, gejala ini berlaku dengan semakin rancak apabila pelajar-pelajar mula masuk di universiti-universiti. Ramai yang tidak mahu kelepasan dalam 'berusaha' untuk jodoh mereka. Dengan kemudahan IT yang lebih canggih, sms, chatting, e-mail, dan facebook digunakan untuk mencari pasangan idaman mereka. Kemudiannya, ramai yang terjebak dengan gejala 'couple'.


Mereka hangat bercinta.


Namun, menurut apa yang saya lihat sendiri di hadapan mata ramai yang akhirnya 'clash' ataupun istilah lainnya 'break-up'. Yang berkekalan mungkin ada, namun bilangannya tidak banyak. Bahkan, tidak kurang juga mereka yang telah berkali-kali tukar pasangan, namun tetap jodoh mereka tidak diketemukan.


Janji-janji setia di waktu kehangatannya cinta, kebanyakannya hanya tinggal kata-kata yang menyakiti jiwa.


Namun, mengapa semua ini berlaku?


Usaha telah kita letakkan, namun mengapa masih si dia yang bernama jodoh tidak hadir-hadir dalam hidup kita?


Atau apakah selama ini kita silap dalam berusaha?

Jodoh – suatu ketentuan?


Sebelum saya heret permasalahan ini dengan lebih mendalam, suka saya sentuh dasar topik ini yakni perihal jodoh.


Jodoh, adakah ia suatu ketentuan?


"... Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." - \[Surah Ath-Thalaq, 65: 3]


Benar. Jodoh itu merupakan salah satu ketentuan dari Allah.


Malah, bagi orang Islam, meyakini Qadha' dan Qadar yang ditentukanNya merupakan suatu kewajipan. Beriman kepada Qadha' dan Qadar, merupakan salah satu dari rukun iman. Yakni bererti, tidak beriman kepadanya akan membawa kepada iman yang tidak sempurna.


Sebagaimana dalam sebuah hadis mahsyur berkenaan rukun Iman (saya hanya memetik sebahagian darinya),


Malaikat jibril yang pada ketika itu menyerupai seorang lelaki berkata, "Kemudian beritahukanlah padaku tentang Iman."


Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Iaitu hendaklah engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari penghabisan - kiamat - dan hendaklah engkau beriman pula kepada takdir(Qadha' dan Qadar), yang baik ataupun yang buruk -semuanya dari Allah jua."


Lelaki itu berkata: "Tuan benar." 


\[HR. Muslim]


Maka di sini perlu kita lihat bahawa soal jodoh dan pertemuan ini semuanya berada terletak pada ketentuan Allah. Tiada sesuatupun yang akan berlaku, melainkan dengan izinNya.


Berbalik pada persoalan awal kita, maka perlukah kita berusaha untuknya?


Usaha yang sebenarnya


Sudah menjadi sunnatullah (hukum alam, berdasarkan ketetapan Allah), bahawa dalam mendapatkan apa-apa sahaja di dalam dunia ini, kita perlu kepada sesuatu yang kita panggil 'usaha'.


Baik. Bagaimana untuk kita berusaha dalam soal jodoh ini? Adakah sejak sekarang, kita seharusnya sudah mula berusaha mencari?


Saya sependapat dengan Ustaz Hasrizal.


Dalam persoalan usaha ini, pertamanya, ada baiknya kita ukur kain di badan sendiri dahulu.


Jika dalam masa terdekat kita tahu yang kita belum bersedia untuk melangsungkan pernikahan (atas apa-apa sebab sekalipun), maka 'usaha mencari @ menawan' itu masih tidak perlu.


Masa terdekat itu kita boleh ambil dalam lingkungan setahun.


Ya, tidak perlu. Mengapa?


Kerana apabila kita sudah mula mencari, dalam keadaan diri langsung amat jauh dari persediaan untuk menikah itu sendiri, maka, banyak masalah bakal timbul. Percaya?


Setelah berkenal-kenalan, dan saling meminati mungkin, sudah menjadi lumrah kedua-dua insan itu pasti mahu mengikat diri mereka dengan 'pasangannya itu', dengan suatu ikatan atau perhubungan. Melalui ikatan itu mereka akan rasa saling memiliki dan punya masa depan bersama.


Namun, cuba katakan, apakah masih ada ikatan yang sah (halal) yang dapat ada antara dua orang bukan mahram, selain dari ikatan pernikahan?


Tiada.


Yang ada mungkin persaudaraan dalam Islam. Dan, itu tidak mengubah apa-apa, kerana ia tidak pula menghalalkan mereka untuk saling berhubungan.


Lalu, akhirnya kita dapat melihat ramai di antara mereka yang ber'couple' dan mengadakan janji setia untuk mengikat perhubungan mereka.


Dan tempoh masa yang masih panjang (dari masa pernikahan) tadi akan menarik mereka untuk membuat perkara-perkara lain pula. Zina hati jangan di cerita. Zina tangan (persentuhan) dan zina-zina lain juga dengan mudah dapat dilakukan apabila diri sudah tidak mampu lagi menahan syahwat.


"Mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia." - \[HR Bukhari dan Muslim]


Malah akhirnya, berdasarkan pemerhatian saya sendiri, tidak ramai di antara mereka yang dapat mempertahankan hubungan mereka. Perpisahan terjadi.


Itulah hasilnya apabila perhubungan yang diadakan hanya dilandaskan atas suka sama suka, tetapi tidak hadir bersamanya tanggungjawab. Dan kesilapan kita juga, yang kadang meletakkan ketepi kuasa Allah dalam persoalan jodoh. Na'udzubillahimindzalik.


Dan wahai hati-hati yang suci.. Jikalaupun ikatan yang dibina itu mampu berkekalan sekalipun, namun, apakah yang masih kita mahu berharap padaNya, jika usaha yang diletakkan pun tidak menepati kehendak syarak atau lebih jelasnya, bertentangan dengan kehendak Allah?


Justeru, di sini suka saya tekankan sekali lagi.


Jika kita tahu bahawa kita belum lagi merancang untuk memasuki gerbang pernikahan dalam tempoh terdekat ini, justeru, tidak perlulah pada usaha 'mencari jodoh'. Dikhuatiri, usaha itu hanya bakal mengundang perkara buruk kepada rumah tangga kita kelak.


Jodoh itu dalam ketentuanNya, maka, jika kita mahu berusaha pun, mengapa kita perlu mengambil usaha-usaha yang tidak Dia suka? Bukankah akhirnya, Dia juga yang menentukan segala?


Jika sudah mampu


Seperti yang saya katakan bagi mereka yang sudah merancang untuk melakukan pernikahan dalam masa terdekat, tidak salah untuk mereka mula 'berusaha untuk mencari' bakal pasangan mereka. Dan semestinya dalam tempoh ini, batas-batas pergaulan tetap perlu dijaga.


Sebaik-baiknya, kita ikuti sunnah. Baik di pihak lelaki maupun perempuan. Yakni jika sudah ada yang berkenan, gunakan orang tengah untuk mengenali latar belakang mereka, dan juga memanjangkan hasrat.


Dan jika merasakan tempoh untuk berkenal-kenalan itu diperlukan, maka ambillah jalan untuk bertunang. Walau tetap, ia tidak menghalalkan apa-apa, namun ia adalah ruang terbaik untuk mereka saling berkenal-kenalan sebelum bernikah.


Usaha yang perlu digerakkan - Men'jadi' & Mempersiapkan diri


Ok. Kalau kita ini agak-agaknya lambat lagi mahu bernikah, maka adakah ini bererti kita tidak perlu berusaha apa-apa?


Tidak juga sebenarnya. Usaha itu masih tetap ada.. tetapi dalam bentuk lain la.


Usaha yang perlu kita letakkan itu adalah lebih kepada 'MENJADI" daripada 'MENCARI'.


Ya. Kita pasti mahukan mereka yang soleh/ah untuk menjadi pasangan kita. Itu telah menjadi lumrah. Oleh itu, dalam kita mahu mendapatkan yang soleh, kita perlu JADI soleh terlebih dahulu. kan?


Iya. Kerana sesungguhnya, Allah akan menyediakan pasangan buat kita, sesuai dengan tahap keimanan diri kita juga.


Sebagaimana firmanNya dalam surah An-Nur, ayat ke-26,


"Perempuan-perempuan yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (surga)." - \[Surah An-Nur, 24: 26]


Makanya, mahukan pasangan yang baik, usahanya, menjadi baik terlebih dahulu. Ini lebih utama. Allah yang menetapkan jodoh kita, maka kita perlu yakin, inilah cara yang sebaik-baiknya.


Jika kita hanya limitkan definisi usaha kita hanya pada mencari, maka pada saya, kita sudah silap besar.


Mungkin... pasangan kita itu 'tampak' soleh, tetapi tetap, kita akan dapat pasangan sesuai dengan tahap iman kita juga. Baik akan dapat baik, inshaAllah. Jahat dapat jahat.


Kalau jalan yang diambil pun kurang bertepatan dengan syarak, maka tak perlulah kita nak mengharapkan sangat yang baik dan sentiasa menjaga diri.


Dan pada saya, usaha lain juga, yang tidak kurang utamanya, adalah mempersiapkan diri untuk menghadapi pernikahan.


Mengapa? Kerana membina masjid hakikatnya bukan takat sehari dua. Tidak cukup. Cuma, jika kita mahukan masjid yang bertahan sehari dua juga mungkinlah.


Oleh itu, persediaan dari sudut mental dan ilmu itu amat-amatlah perlu sejak sekarang lagi.


Sebagai lelaki, kita perlu melatih diri kita agar mampu memimpin, mampu hidup berdikari. Dan sudah tentu kemudiannya mampu menjadi qudwah atau contoh tauladan yang baik buat keluarga.


Sebagai wanita pula, persiapkanlah diri kalian dengan ilmu. Harapannya, dengan tarbiyyah (didik) dari tangan-tangan kalian, anak-anak itulah yang bakal menjadi pejuang-pejuang Islam suatu hari nanti, inshaAllah. Kalian perlu sedar, bahawa kalianlah pentarbiyyah utama generasi masa hadapan. Masa depan umat, hakikatnya, terletak di tangan-tangan kalian.


Dan tanggungjawab sebesar itu, seharusnya disertai dengan persiapan yang tidak kurang besarnya juga.


Latihan-latihan dan persiapan diri ini... mampukah dilakukan hanya sehari dua, atau cukupkah hanya sebulan sebelum pernikahan?


Sudah tentu tidak.


Maka ayuh, kita mula mempersiapkan diri kita mulai hari ini juga.


Jika redha Allah yang dicari...


Sudah nampak apa yang harus dilakukan?


Saya jadi teringat akan kisah saya masa sekolah dahulu. Melihat rakan-rakan ramai yang ber'couple', perasaan takut itu muncul, dikhuatiri nanti semua habis dikebas orang (haha.. ye ke?).


Oleh sebab itu saya juga tidak terlepas dalam usaha mencari jodoh ini, kononnya. Dan diringkaskan cerita, di waktu saya hampir saja mahu mengambil tindakan itu (ber'couple'), saya diberikanNya petunjuk (dalam bentuk ilmu dan kefahaman) bahawa rupanya pemahaman saya selama ini silap. Alhamdulillah.


Jika mahu diikutkan, tatkala petunjuk itu sampai, boleh sahaja saya untuk menidakkannya, dengan tetap meneruskan perancangan dan 'kehendak' saya. Namun, saya sedar, bukankah tindakan saya itu hanya suatu tindakan yang bodoh?


Allah sudah pun memberi petunjukNya, dan ditakuti, selepas ini, Dia tidak lagi ingin memberi petunjuk kepada saya, atas sebab saya tidak pandai menghargai petunjuk yang telah Dia berikan. Maka, bukankah pada hakikatnya saya hanya menzalimi diri saya sendiri?


Justeru, suka saya katakan, jika petunjuk Allah yang kita cari, jika redha Allah yang kita mahukan dalam rumah tangga kita nanti, maka berusahalah... dengan usaha yang sesuai dengan apa yang Allah izinkan.


Jika kita sibuk menggauli perempuan sana, perempuan sini, lelaki sana, lelaki sini, sedangkan, jodoh kita masih belum kita ketahui siapa, maka, pada pendapat peribadi saya, kita juga seakan-akan sudah berkhianat kepada bakal jodoh kita nanti. Benarkah? Ya, kerana kemesraan dan sebagainya itu, bukankah hanya layak untuk pasangan halal kita sahaja? Dan di pihak kita pun, kalau boleh, sudah tentu kita juga mahukan mereka yang soleh dan masih terperlihara juga bukan?


Kerana.. sudah menjadi lumrah manusia, akan lebih tertarik pada sesuatu yang terpelihara dan terjaga.


Dan sudah tentu, apa yang menjadi lebih besar lagi, adalah kerana kita seakan-akan menidakkan kuasa Allah ta'ala. Na'udzubillahimindzalik. Terkadang, kita lebih 'beriman' (percaya) kepada usaha kita, berbanding iman (kepercayaan) kita terhadap Qadha' dan Qadar yang ditentukan Allah.


Ya. Manusia itu digalakkan berusaha. Namun, usaha-usaha yang mengundang murkaNya, apakah itu akan dikiraNya sebagai usaha yang baik dalam isu jodoh ini? Jika kita mahukan pasangan yang tidak soleh, mungkin.. ia masih dapat dikira sebagai usaha.


Namun, bukan itu yang kita mahukan bukan?


Di sini, kita perlu yakin bahawa hakikatnya, setiap apa-apa yang berlaku itu, berada dalam kekuasaanNya. Gejala zina, buang anak dan sebagainya pada hari ini, atas kefahaman dan kepercayaan yang silap dalam hal ini juga.


Justeru, ayuh kita kembali meletakkan Al-Qur'an dan sunnah sebagai teras dalam hidup masyarakat kita.


Yakinlah, jalan yang Allah tentukan ini, bukan untuk menidakkan fitrah kita. Tidak. Sebaliknya, Allah mahu memeliharanya. Ianya, demi kebaikan kita juga.


Wahai hati-hati yang suci. . .


Katakanlah,


'Jika petunjukNya telah sampai, masihkah aku mahu menidakkannya?'


" ... Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." - \[Surah Ath-Thalaq, 65: 2-3]


Artikel iluvislam.com

Posted by Perantau Sepi Nolove On 20:54 0 Komen Anda Di Sini
Share

Sebab Kenapa perlu pilih cikgu sebagai isteri..

1. Hidup Berjadual.
 Bukan kata wanita yang mempunyai pekerjaan lain tidak mempunyai jadual, tapi kalau cikgu, jadualnya setiap hari sudah tetap dan ditetapkan. Sampai penempatan dia di sekolah pun sudah berjadual. Kalau kau tengok cikgu Kimia, hidup dia bukan sahaja berjadual, malah berkala. Macam Jadual Berkala Unsur (baca : Periodic Table) tu. Jadi kalau suami dia itu jurutera, memang senang nak kejut orang bangun pagi.


5.00 pagi : Bangun pagi, masak air, buat sarapan.
5.50 pagi : Mandi, persiapan diri, solat Subuh.
6.20 pagi : Bersiap nak keluar rumah, menuju ke tempat ke sekolah.
7.10 pagi : Sampai sekolah.
7.30 pagi : Mula kelas.
10.10 pagi : Rehat
10.30 pagi : Masuk kelas lagi.
2.00 petang : Balik rumah (kalau tiada kelas tambahan atau aktiviti sekolah)

Senang kan?
Jadi, kalau dah berkahwin, isteri itu akan mengatur hidup berkeluarga dengan lebih sempurna (insyaALLAH).
Pagi : Sarapan + kemas rumah + masak.
Tengah hari : Makan tengah hari + duduk dengan suami (buatlah apa kau nak)
Petang : Rehat + minum petang + sediakan makan malam
Malam : Buatlah apa-apa aktiviti yang perlu

2. Dedikasi, komited dan penuh komitmen.

Seorang guru yang hidupnya hanya berkisarkan sekolah dan tempat-tempat kerja biasanya akan penuh dengan sifat di atas. Bukan apa, ibu bapa penjaga sekarang kebanyakannya mengharapkan cikgu seratus peratus dan budak-budak pula biasanya akan menjadi besar kepala apabila dibiarkan. Maka cikgu kenalah beri perhatian pada murid secara berlebihan (janganlah sampai kau jatuh cinta dengan murid pula!) dalam memastikan duit gaji yang diterima itu halal digunakan dan dimakan.

Sekejap.
Pernah kau dengar orang lain salahkan jurutera, arkitek, juruterbang, doktor, peguam dan sebagainya bila berlaku keruntuhan akhlak dan gejala sosial?
Mana ada!
Semua nak salahkan cikgu.
Maka, cikgu mestilah kena komited.
Konsep yang sama
Jadi, kalau suami terabai di rumah, nak salahkan siapa?
Maka, si isteri akan komited untuk memastikan suami gembira, bahagia dan apa sahaja asalkan suaminya tersenyum girang dan tidak memikirkan untuk menambah cawangan lain. Eh? 
(sambil asah pensel dan pisau di tepi)
  
3. Tidak boleh menipu atau berpeleseran.
Nak bagi markah, ada skema jawapan.
Pakaian ke tempat kerja, ada etika.
Nak tanda kertas, ada garis panduan.
Sampai sekolah, isi waktu kedatangan.
Balik sekolah, kena tekan lagi nombor di komputer.
Yuran murid semua ada hitam putihnya - nak pungut duit pun ada surat kuasa.
Bila boleh nak menipunya?
Nak berpeleseran?
Jauh sekali.
Kena tangkap boleh kena buang kerja tahu?
Lepas tu masuk surat khabar dan segala media dengan tajuk, "GURU ......"
Gila kau.
Mana nak sempat lupakan suami begitu?
Hidup akan dalam lingkungan - sekolah, keluarga, suami, sekolah lagi, keluarga lagi, suami lagi.

4. Terapi melepaskan tekanan.
Semua kerja ada tekanan.
Budak yang tolong isi minyak di stesen minyak pun ada tekanan.
Makcik-makcik yang basuh pinggan dan masak di kedai makan pun tertekan 
Tak masuk lagi nak rebus daging dengan periuk bertekanan tinggi tu kan?
Tapi bagaimana nak menguruskan diri kalau tertekan?

Cikgu-cikgu biasanya akan dihantar menghadiri kursus atau bengkel pengurusan tekanan (baca : stress management workshop). Selalunya ada, cuma akhir-akhir ini sejak ekonomi semakin sempit, kursus semakin berkurangan dan beban kerja bertambah. Tapi itu bukan suatu masalah sebab banyak cara lagi boleh melampiaskan tekanan kerja ini.

Aktiviti luar seperti basikal lasak, memanjat gunung, berkayak dan sebagainya sudah lama diperkenalkan kepada guru-guru. Bahkan, boleh ajak pasangan bersama. Elok-elok dalam melepaskan tekanan, boleh bercuti dengan suami sekali kan?

Pukul budak-budak di sekolah?
Itu bukan satu benda yang mengasyikkan pun. Masuk penjara ada harapan.
Lebih baik buat sesuatu yang menyeronokkan untuk melepaskan tekanan.

5. Banyak cuti sekolah dan kerja cuma separuh hari.
Ini yang semua orang suka betul pada kerjaya guru.
Pengalaman peribadi, kawan-kawan aku yang bekerja atau bakal bekerja sebagai doktor, jurutera dan entah apa lagi jenis pekerjaan mahu aku carikan mereka pasangan yang bekerja sebagai seorang guru.
  
Bakal doktor : Aku dah nak balik Malaysia hujung tahun nanti, habis belajar.
Aku : Ya, bagus! Sila minta hospital yang dekat sini.
Bakal doktor : Carikan aku bakal isteri seorang.
Aku : Kau nak yang macam mana?
Bakal doktor : Aku nak yang kerja cikgu.
Aku : Eh? Kenapa tak nak doktor juga?
Bakal doktor : Susah. Nanti waktu kerja tak sama, nak cuti pun susah.
Aku : Ceh! Memilih. Habis tu kenapa nak cikgu?
Bakal doktor : Sebab senang dia nak uruskan keluarga. Sekolah separuh hari. Bila balik kerja, dia biasanya akan ada di rumah kan? Kalau cuti sekolah, setiap hari pun mesti ada di rumah. Tak payah pening fikir nak ambil cuti ke apa.
Aku : Amboi kau.
Bakal doktor : Tapi tak nak yang macam kau.
Aku : Kenapa?
Bakal doktor : Sebab kau nanti pergi berbasikal masa cuti sekolah. (ketawa)
Aku : Keji gila. Bukan sepanjang cuti aku berbasikal. (ketawa)

6. Penampilan.
Ini sengaja aku tambah sebab orang sana ada tulis pasal rupa.
Dari segi wajah dan sebagainya, aku tidak akan menilai manusia. Tapi kebanyakan guru-guru biasanya punya penampilan yang sedap mata memandang. Pergi sekolah mesti kena dengan gaya. Setiap hari ada berapa pasang mata yang akan memerhatikan langkah guru itu?

Masuk kelas itu, budak-budak tengok.
Masuk kelas sana, ada budak-budak lain pula tengok.
Budak-budak yang suka, akan puji - "Cikgu lawa gila hari ini!"
Sudahlah cukup dengan lawa, cantik, ada pula gila.
Haih!

Sebab itu cikgu-cikgu kalau dipuji, dia tidak akan cepat bangga diri. Sebab apa?

Setiap orang yang suka (biasanya budak-budak yang akil baligh kalau sekolah menengah dan budak-budak jujur dan telus macam sekolah rendah) - selalu puji cikgu. Jadi, bukan suatu masalah dan kau tidak akan nampak cikgu itu kembang-kembang segala bila dipuji cantik, menarik, tertarik, menawan dan macam kena sawan. Eh?
by HAnif KHair on Sunday, February 6, 2011 at 5:02am

p/s : tak lama lagi semua wanita bercita cita nak jadi cikgu la  nampaknya.. hihi  peace :-)

Posted by Perantau Sepi Nolove On 20:28 0 Komen Anda Di Sini
Share

penjara 3 tahun kepada sesiapa simpan gambar lucah

Pakcik ni kena penjara disebabkan simpan gambar lucah dalam HP and laptop.. Seorang guru dijatuhi hukuman penjara 16 tahun setelah didapati bersalah cuba merogol dan mencabul kehormatan anak muridnya yang ketika kejadian berusia 15 tahun serta memiliki gambar lucah dalam telefon bimbit dan komputer riba empat tahun lalu.





  • cikgu bahasa inggeris


  • penjara 16 tahun ( mencabul (5) +cuba nak rogol (8) +ada gambar lucah (3) )..

so, sapa2 simpan gmbar lucah boleh buang sebelum dipenjara..

SUMBER : BRO

Posted by Perantau Sepi Nolove On 20:19 0 Komen Anda Di Sini
Share

Tips untuk Jejaka: Hasilkan body sasa

Wah, Fahrin ahmad menjadi pilihan dalam post ini. Post ini bertujuan memberi sedikit-sebanyak ilmu kepada kaum lelaki untuk menghasilkan bentuk badan yang sasa. Hanya sasa je taw, bukan berotot macam orang pergi Gym. Seperti Fahrin, beliau begitu segak tapi xda la berotot mana pom kan. So, korang amalkan tips dibawah.

Secara phscology, lelaki akan kembali bersemangat jika mereka jumpe tips baru untuk mereka. Dan mereka akan lakukannya, walaupun tidak sampai seminggu.. hihi.. (gurau)
1. Side-to-Side Lunge

Berdiri tegak seperti ini sambil membuka langkah seluas bahu. Tangan dipinggang.






Then, turukan badan ke sebelah kiri dan kanan. Ulang cara ni sebanyak 2 kali dan 10 kali untuk per side per set. Faham x ayat tu? kiranya, untuk 1 set, 10 kanan dan 10 kiri. Lakukan dua set.

2. Inverted Push-Up




Bersedia dalam posisi seperti itu. Rapatkan sedekat mungkin tangan dengan kaki anda. Kalau rasa-rasa tak boleh, jauhkan sikit tangan dari kaki, ikut kemampuan masing-masing.





 Then, turunkan muka anda kebawah selama 10 kali untuk satu set. Lakukan push-up ini sebanyak 2 set. Kali pertama buat benda ni, merah muka-muka.. hahha



3. Close-Grip Push-Up


Bersedia dalam posisi macam tu, dua-dua tangan didekatkan. Tarik nafas dalam-dalam.




Then, turunkan badan sebanyak 10 kali dan ulangi sebanyak 2 set. Penat-penat.

4. Crunch




Bersedia dalam keadaan posisi seperti itu.




Naikkan sedikit sahaja kepala dan tahan selama beberapa saat. Then turun. Ulang sebanyak 15 kali untuk 2 set.

Sekian sahaja Latihan yang simple. Sekali tengak rasa macam malas nak buat sebab dah boring buat tapi tak tough-tough jugak kan. Jangan putus asa, kamu akan berpuas hati kalau anda lepas buat latihan no.2. Tunggu next traning dimasa hadapan. OK. Done!

"Selamat Mencuba"

Posted by Perantau Sepi Nolove On 20:02 0 Komen Anda Di Sini
Share

MakCik 70-an vs 6 perompak

 
SEBUAH skuter dinaiki tiga perompak terjatuh dekat sebuah kedai barang kemas  

NORTHAMPTON, Britain - Seorang wanita berusia dalam lingkungan 70-an berjaya menggagalkan percubaan sekumpulan enam lelaki untuk merompak sebuah kedai barang kemas dengan hanya menggunakan tas tangannya

  • Wanita itu yang namanya tidak didedahkan berlari ke arah kedai emas tersebut semasa beberapa pejalan kaki tidak menghiraukan dua perompak sedang memecahkan cermin kedai.
  • Tiga perompak lagi yang menunggang dua buah skuter dan sebuah motosikal menunggu di luar kedai berkenaan semasa rakan mereka memecahkan cermin kedai berkenaan.
  • Namun, wanita tua itu dengan penuh keberanian memukul semua perompak itu dengan tas tangannya menyebabkan mereka gagal mencuri lebih banyak barang kemas.
  • Wanita tua itu hanya bertindak berseorangan tanpa dibantu oleh beberapa orang yang berjalan dekat dengan kedai emas tersebut.
  • Keenam-enam perompak tersebut yang amat terkejut dengan tindakan nekad wanita berkenaan bertindak menghentikan rompakan dan cuba melarikan diri dengan segera.
  • Apa yang lebih melucukan lagi ialah sebuah skuter perompak itu terjatuh semasa wanita tersebut memukul mereka dengan tas tangan berulang kali.
  • Tiga perompak yang menunggang sebuah skuter yang terjatuh bergegas melarikan diri. Namun terdapat beberapa orang awam kemudian yang prihatin dengan kejadian tersebut bertindak menangkap salah seorang daripada perompak terbabit.
  • Selepas serangan itu, wanita tersebut dibawa ke sebuah kafe berhampiran untuk minum secawan kopi sebelum beberapa anggota polis mencatatkan maklumat daripadanya berhubung kejadian tersebut.

Posted by Perantau Sepi Nolove On 19:58 0 Komen Anda Di Sini
Share

Dadah dalam perut wanita berbogel

Macam-macam cara sekarang nak seludup dadah. Letak dalam perut biasa la juga dengar. Sampai berbogel ni, pelik juga mendengarnya. Berita penuh macam nie...

Tanda tanya mengenai penemuan seorang wanita warga Guinea dalam keadaan berbogel di depan sebuah restoran di Cheras dekat sini pada 7 Februari lalu terjawab apabila dia rupa-rupanya seorang penyeludup dadah.
Difahamkan, dia berbogel selepas mengalami gangguan mental apabila salah satu daripada 65 kapsul syabu yang ditelan pecah dalam perut.
Wanita berusia 22 tahun tersebut ditemui dalam keadaan sedemikian pada pukul 1.10 petang oleh orang ramai yang memaklumkan kejadian itu kepada polis.
Ketika ditahan, pihak polis hanya mengesyaki suspek mengalami masalah mental.
Selepas diperiksa di Hospital Kuala Lumpur, doktor mendapati ada imej mencurigakan di dalam perut wanita tersebut.
“Selepas ia dikeluarkan, kita mendapati sebanyak 65 kapsul syabu seberat 927 gram bernilai RM180,000 berada di dalam perutnya. Salah satu daripada kapsul itu didapati telah pecah.

Posted by Perantau Sepi Nolove On 19:50 0 Komen Anda Di Sini
Share

Saat menilai tahap Cinta anda

Menyentuh soal cinta, jangan pula anda lupa melakukan perubahan kepada diri dengan meletakkan keazaman yang tinggi dalam hal-hal melibatkan dunia percintaan.
Ikuti tip-tip yang disenaraikan di bawah:

1. Lupakan masa lalu
Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran. Tetapi, jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin.
Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasangan bertukar gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ke tahun. Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas putih yang siap dicorak.

2. Temui ramai orang
Bekerja di bawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran dengan kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali. Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda ke arah dunia persahabatan yang lebih bermakna.
Keluarlah dari zon selesa anda. Sekiranya selama ini anda kerap ke pusat gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada tahun ini, bangunlah pada awal pagi dan lakukan rutin harian dengan melaksanakan segala tugasan yang lebih menyihatkan. Lebih berkesan, ikuti kursus atau motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri di kalangan lelaki dan wanita.

3. Ubah penampilan
Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya penampilan lama. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang lebih semata-mata untuk mengubah stail rambut terkini. Kunjungi salon dan bawalah contoh model rambut daripada majalah sekiranya perlu mendapat keterangan.
Demikian pula dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori. Pilih baju berwarna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol pada setiap masa.
4. Jangan terburu-buru
Menemui cinta baru mungkin mendatangkan kesan positif. Tetapi, jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga. Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan hubungan yang baru dibina itu. Hindari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk memantapkan hati anda dan pasangan.
5. Jangan terlalu memilih
Setiap orang pasti ada kekurangannya, jadi apabila anda begitu obses akan kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru. Sekurang-kurangnya selidik dulu kelebihan yang ada pada dirinya.
6. Buat keputusan
Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan. Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri dan jangan takut katakan 'tidak'.

Posted by Perantau Sepi Nolove On 19:43 0 Komen Anda Di Sini
Share

dipukul kerana jual anak

Seorang bapa di China mengadakan lelongan hamba zaman moden selepas dia merantai anak lelakinya di sebatang tiang lampu dan mengambil bidaan daripada beberapa orang yang tidak dikenali di Wuhan.

  • Akibat kemiskinan, bapa tersebut, Yong Tsui mahu melepaskan tanggungjawab memelihara anaknya yang berusia lapan tahun itu dengan menjualnya.
  • Dia meletakkan sebuah meja kecil lengkap dengan dengan sekeping kertas yang menyatakan umur, nama dan keupayaan kanak-kanak itu untuk melakukan kerja berat.
  • Kejadian yang berlaku di tengah China itu menyebabkan sekumpulan lelaki naik berang dan memukulnya.
  • Budak itu yang dikenali sebagai Fai, kemudian diletakkan di bawah jagaan polis.
  • Bapa budak itu memberitahu polis bahawa ibu anaknya itu mati tiga tahun lalu dan dia tidak mampu untuk membesarkannya.

Posted by Perantau Sepi Nolove On 19:31 0 Komen Anda Di Sini
Share

Lagenda Budak Serigala (LBS) di Bangkok


Inilah rupa LBS di Bangkok. Bukan Lagenda Budak Setan ye, jangan salah faham. Umur budak ni 11 tahun dan dilahirkan di Thailand. Budak ni digelar "Perempuan Serigala" sebab banyak bulu dibadannya. Oh lupa, nama budak ni Supatra Sasuphan a.k.a Lagenda Budak Serigala.

Agak-agak perempuan ni diejek or femes? Budak ni sangat famous di mata dunia sebab budak ni dapat masuk Guinness Book of Records. Hahaha. Mula-mula tak percaya jugak, lepas tanya pakcik korang yang kaya tu, google. Ini membuktikan pasai budak ni.

Malas gua nak klik satu-satu page tu sebab tenet sini lembab..huhu.. Tapi cukup lah google tnjuk macam tu..hihi.. Kanak-kanak itu merupakan antara 50 penghidap penyakit ganjil dikenali sebagai Sindrom Ambras yang menyebabkan tubuhnya dipenuhi bulu.

Dia memiliki bulu lebat yang tumbuh di seluruh wajah, telinga, tangan kaki dan belakangnya. [ Ayat skema sebab copy dari paper]..hihi

Posted by Perantau Sepi Nolove On 19:24 1 Komen Anda Di Sini
Share

Anjing Bunuh Wanita dengan Seks

Assalamualaikum~ ini bukan citer lucah tapi citer anjing. hahhha. macam ni citer dia, seorang wanita didapati mati akibat allergic. allergic? tadi cakap seks dengan anjing.

betul la. allergic dengan aksi anjing tu. hahha. sumber citer ni perli kes ni, dia cakap, " ingat allergic mcm makan kacang ker?" hahhha.
Tengok la wajah anjing yang tak bersalah tu. memang dia tak bersalah pom, sebab tuan dia yang paksa dia buat seks dengan perempuan tu. dunia-dunia.

Lastly, tuan anjing tu yang kena penjara dan telah memecah record baru yang tak pernah dibuat orang. hahhhaha.

sumber: AOL

Posted by Perantau Sepi Nolove On 02:01 0 Komen Anda Di Sini
Share

DIALOG 2 HANTU

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,
“Apsal kau ni asyik menggigil je?”
“Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais…seju...k!!” Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.
“Ooo..kesian… aku dulu mati sebab heart attack.” Kata Hantu A ramah.
“Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang.” Balas Hantu B.
“Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya…” jawab Hantu A sayu.
“Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih..”
“Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang.”
“So, ko dapatla tangkap diorang?” tanya Hantu B penuh minat.
“Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak…” kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.
Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,
“Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular