PERHATIAN :

JIKALAU ADA FILEM BARU YANG DIPERTONTONKAN, SILA SHARE KE FACEBOOK ATAU TWITTER SEBELUM VIDEO INI DIDELETE..
JIKA ADA VIDEO YANG SUDAH DIPADAM SILA LAPORKAN DEKAT RUANGAN KOMEN.. NANTI NOLOVE GANTIKAN DENGAN YANG BARU.. JIKA ADA.. HIHIHIHI

Saturday, 6 August 2011

Posted by Perantau Sepi Nolove On 05:34 0 Komen Anda Di Sini
Share

Kertas Atas China menolak Laporan McAfee Hacking


Akhbar rasmi parti pemerintah komunis China telah menolak laporan keselamatan vendor McAfee bahawa kumpulan yang ditaja oleh negara itu di belakang cyberattack besar-besaran

china hackersThe artikel yang ditulis dalam harian Rakyat pada hari Jumaat adalah komen rasmi yang paling dekat kerajaan China telah mengeluarkan kira-kira serangan yang dilaporkan hacking, yang menjangkau 14 buah negara dan mencuri rahsia negara dan pelan perniagaan yang sensitif.

Walaupun laporan McAfee tidak menamakan kumpulan di sebalik serangan siber, pakar keselamatan mengesyaki ia datang dari China, sebahagiannya kerana pertubuhan-pertubuhan yang disasarkan. Antara kumpulan-kumpulan yang disasarkan termasuk Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, Agensi Anti-Doping Dunia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan syarikat-syarikat di Korea Selatan, AS, dan Taiwan.

Artikel harian Rakyat berkata, bagaimanapun, bahawa hanya pakar-pakar keselamatan bukti telah mengesyaki China adalah kerana sasaran kepentingan sama ada Beijing atau Moscow. Artikel itu juga menyatakan kritikan bahawa McAfee telah mengeluarkan laporan untuk menjual lebih banyak produk keselamatan.

"Sewenang-wenangnya yang menghubungkan China dan setiap serangan hacking adalah tidak bertanggungjawab," artikel tersebut.



 


China mempunyai rekod yang dinamakan negara asal untuk beberapa serangan berprofil tinggi yang lain hacking. Pada bulan Jun, Google berkata, ia telah mengganggu kempen phishing datang dari hacker Chinachina yang direka untuk mencuri e-mel pegawai-pegawai kerajaan, aktivis politik Cina dan anggota tentera.

Pada bulan Februari, McAfee telah menerbitkan satu lagi laporan yang berkata serangan hacking yang berasal dari China yang mencuri gigabait data dari sekurang-kurangnya lima syarikat minyak, gas dan petrokimia.

China, walau bagaimanapun, sebelum ini telah menafikan mengambil bahagian dalam apa-apa jenis serangan hacking. Pegawai-pegawai Kementerian Luar China berkata negara teguh menentang hacking dan bahawa negara ini juga telah menjadi mangsa serangan siber.


sumber : http://www.pcworld.com/

Posted by Perantau Sepi Nolove On 05:10 4 Komen Anda Di Sini
Share

Mr. Bean terlibat kemalangan


BAHAGIAN depan kereta Rowan Atkinson yang remuk.



CAMBRIDGE, Britain - Pelakon komedi terkenal, Rowan Atkinson hampir maut apabila kereta mewah yang bernilai £650,000 (RM3.19 juta) yang dipandunya terbabas, lapor sebuah akhbar semalam.
Pemegang watak Mr. Bean yang memandu kereta McLaren F1, 56, itu berpusing sebanyak tiga kali dan melanggar pokok dan papan tanda kelmarin dekat kampung Haddon, barat England.
Dia keluar dari kereta itu dengan mengalami kecederaan kecil. Keretanya turut terbakar dalam kejadian itu.
Atkinson dibawa ke sebuah hospital untuk menjalani pemeriksaan rutin.
Dia sebelum ini pernah terlibat dalam kemalangan pada tahun 1999 di Lancashire. - Agensi

Posted by Perantau Sepi Nolove On 00:47 3 Komen Anda Di Sini
Share

Contest Aidilfitri | Hosting, Domain, Duit Raya


Penaja : Cerita Mamat

Penaja : Syafiq Salim


caption : Sahabat ibarat pepasir ditepian pantai... Sahabat sejati adalah mutiara diantara pepasir tersebut.

Friday, 5 August 2011

Posted by Perantau Sepi Nolove On 06:09 2 Komen Anda Di Sini
Share

Gadis 'hamil' setiap kali selepas makan


[kiri]KERRI DOWDSWELL semasa dalam keadaan normal.
[kanan]PERUT Kerri Dowdswell membesar selepas dia makan.



CANNOCK, Britain - Perut seorang gadis, Kerri Dowdswell akan membesar seperti dia sedang hamil setiap kali selepas makan, lapor sebuah akhbar semalam.
Namun, perut gadis berusia 23 tahun itu akan kembali kepada keadaan normal beberapa jam selepas itu.
"Saya kerap kali ditanya bila akan bersalin dan ia agak tidak menyelesakan apabila berada dalam keadaan seperti ini," katanya yang berasal dari Cannock, Staffordshire.
Masalah tersebut membuatkan dia terpaksa memakai seluar untuk ibu bersalin setiap kali keluar makan.
Setakat ini, doktor-doktor masih bingung kerana mereka masih tidak mengetahui punca kejadian itu.
Kerri menghidap penyakit itu semasa dia mendapat haid buat kali pertama.
Menurut gadis itu, perutnya akan membesar dalam tempoh 15 minit semasa dia makan.
Namun, katanya, ada ketika perutnya mengambil masa selama beberapa jam selepas waktu makan untuk kelihatan seperti wanita hamil.
Kerri berkata, perutnya itu akan kembali normal beberapa jam selepas ia membesar. - Agensi

Posted by Perantau Sepi Nolove On 06:07 0 Komen Anda Di Sini
Share

Jutawan tawar wang demi anaknya


LAMAN Twitter yang mengandungi mesej tawaran Duncan Bannatyne.



GLASGOW - Seorang jutawan, Duncan Bannatyne mengejutkan para pengguna Twitter dengan menawarkan ganjaran £50,000 (RM243,888) kepada sesiapa yang dapat membongkar identiti dan mematahkan tangan seorang pengguna Twitter yang mengugut untuk mencederakan anak perempuannya, lapor sebuah akhbar semalam.
Jutawan berusia 62 tahun itu membuat tawaran tersebut kelmarin terhadap seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Yuri Vasilyev.
Tawaran itu dikeluarkan selepas Bannatyne menerima beberapa mesej ugutan daripada Vasilyev menerusi laman jaringan sosial berkenaan.
"Nama saya Yuri Vasilyev dan saya mahu wang £35,000 (RM170,772) sebagai insentif untuk menghalang kami daripada mencederakan anak perempuan kesayangan kamu, Hollie Bannatyne," kata kandungan mesej itu.
Duncan kemudian menarik balik tawarannya.
"Saya mungkin dipenjarakan kerana mengeluarkan ganjaran yang menyalahi undang-undang tetapi saya rela dipenjarakan demi membalas dendam terhadap pengguna Twitter ini," katanya.
Bannatyne yang juga seorang pengacara televisyen kemudian membuat tawaran baharu berjumlah £30,000 (RM146,443) kepada sesiapa yang memiliki maklumat sehingga pemeras ugut tersebut ditangkap. - Agensi

Posted by Perantau Sepi Nolove On 06:04 0 Komen Anda Di Sini
Share

10 jam matikan 'rantai bom'


MADELEINE PULVER baring di atas sebuah pengusung beroda di sebuah hospital
di Sydney kelmarin untuk diperiksa oleh doktor.



SYDNEY, Australia - Seorang lelaki bertopeng yang merantai bom palsu pada leher seorang gadis dan meninggalkan nota tebusan selepas dia menceroboh kediaman sebuah keluarga kaya di sini dipercayai cuba melakukan peras ugut, kata polis semalam.
Dalam senario mirip adegan filem cemas Hollywood, skuad pemusnah bom kelmarin mengambil masa 10 jam untuk mematikan bom yang dipasang pada leher gadis tersebut, Madeleine Pulver.
Madeleine, 18, tidak cedera manakala polis kemudian mendapati bom tersebut tidak mengandungi bahan letupan.
Seorang pegawai polis tempatan, Luke Moore berkata, satu nota peras ugut dilekatkan pada bom itu.
Dia bagaimanapun enggan mendedahkan kandungan mesej ugutan tersebut.
"Kami mengklasifikasikan kes ini sebagai percubaan memeras ugut yang serius," kata Moore.
Drama itu bermula tengah hari kelmarin di kawasan penempatan elit Mosman di sini apabila keluarga Madeleine menghubungi polis dengan menyatakan, anak perempuan mereka diserang dan terdapat alat ganjil yang dilekatkan pada mangsa.
Polis yang dibantu skuad pemusnah bom, beberapa detektif dan perunding tebusan kemudian bergegas ke lokasi kejadian.
Kediaman-kediaman sekitarnya dikosongkan, beberapa jalan berhampiran ditutup manakala petugas bomba dan perubatan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku.
Selepas Madeleine dibebaskan, dia memberitahu polis bahawa seorang lelaki bertopeng memecah masuk ke kediaman mereka dan menangkapnya semasa dia berada di dapur.
Remaja itu berkata, lelaki terbabit memaksa dia untuk tidak bergerak semasa memasang bom palsu itu pada lehernya.
Penyerang itu kemudian melarikan diri.
Madeleine kemudian dihantar ke sebuah hospital untuk diperiksa.
Bapa Madeleine merupakan Ketua Pegawai Eksekutif di sebuah syarikat teknologi maklumat.
- Agensi

Posted by Perantau Sepi Nolove On 06:02 0 Komen Anda Di Sini
Share

Mercun meletup dalam genggaman



NASRUDIN yang cedera tangan kiri akibat terkena mercun dirawat di HRPZ II, Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU - Ketika umat Islam baru empat hari menjalani ibadah puasa, sudah ada yang terpaksa melaksanakan ibadah itu di hospital dan meratapi tiga jari yang hilang gara-gara bermain mercun bola.
Selain putus tiga jari, mangsa, Nasrudin Mohd. Nazli, 19, turut mengalami luka di muka dan tangan kanan akibat letupan mercun tersebut dalam kejadian di Kampung Dewan Beta di sini malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, mangsa yang bermain mercun sambil membonceng sebuah motosikal dikatakan tidak sempat untuk melontar mercun tersebut dan ia meletup dalam genggamannya yang menyebabkan ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah tangan kirinya putus.
Nasrudin berkata, kejadian tersebut berlaku ketika dia dan rakannya menunggang motosikal di kawasan kampung berkenaan.
"Masa itu saya membonceng motosikal tersebut. Saya kemudiannya menghidup mercun bola itu dan tiba-tiba ia meletup di tangan kiri saya tanpa sempat melontarnya.
"Selepas bunyi letupan itu, tangan saya berlumuran darah dan jari sudah tiada. Kawan saya kemudiannya membawa saya pulang sebelum ke Klinik Ludang Paku untuk mendapatkan rawatan sebelum dihantar hospital untuk rawatan lanjut," katanya ketika ditemui di Wad Cempaka, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini semalam.
Nasrudin berkata, ekoran kejadian itu, dia sudah serik dan tidak mahu lagi bermain mercun selepas ini.

sumber : http://www.kosmo.com.my/

Posted by Perantau Sepi Nolove On 05:58 0 Komen Anda Di Sini
Share

Saksi lihat lelaki buang barang



SURESH semasa dibawa ke Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam.

SHAH ALAM – Seorang saksi perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain memberitahu Mahkamah Tinggi di sini semalam bahawa dia nampak empat orang lelaki membuang barang di beberapa lokasi di Banting pada September tahun lepas.
U. Suresh, 27, berkata, dia melihat perbuatan itu semasa lori yang dipandunya mengekori sebuah pacuan empat roda berwarna biru yang dinaiki oleh empat orang lelaki termasuk seorang lelaki warga Indonesia pada pagi 4 September tahun lepas.
Sebelum itu, saksi ke-29 pendakwaan tersebut berkata, seorang lelaki telah menahan lori yang dipandunya di simpang masuk menghala ke tempat kerjanya, iaitu sebuah ladang di Tanjung Sepat, Banting dan bertanyakan sama ada boleh menyewa lorinya.
Suresh, yang sedang menjalani hukuman penjara 20 tahun kerana melupuskan bahan bukti dalam kes pembunuhan tersebut, berkata lelaki terbabit memberitahu bahawa lori itu diperlukan untuk membuang barang sembahyang.
“Selepas bersetuju untuk menyewakan lori, ada seorang lelaki Indonesia turun dari jip (pacuan empat roda) itu dan naik lori saya serta duduk di bahagian tempat duduk sebelah pemandu. Lelaki Indonesia itu suruh saya mengekori jip itu.
“Jip itu kemudian bergerak dan berhenti di sebuah sungai yang saya tidak tahu nama. Pemandu jip tidak turun dari jip, saya nampak dua lelaki lagi turun dari jip dan buang satu karung warna putih ke dalam alur.
“Lepas buang mereka naik semula ke dalam jip dan sambung perjalanan,” katanya ketika disoal balas peguam Manjeet Singh Dhillon yang mewakili tertuduh pertama, N. Pathmanabhan pada perbicaraan hari ke-17.
Suresh memberi keterangan pada perbicaraan kes Pathmanabhan, 42, bekas peguam, dan tiga pekerja ladang, T. Thilaiyangan, 20; R. Matan, 21; dan R. Khatavarayan, 31; yang didakwa membunuh Sosilawati, 47; peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank, Noorhisham Mohamad, 38; dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.

Posted by Perantau Sepi Nolove On 05:55 0 Komen Anda Di Sini
Share

Isteri jumpa mayat suami tergantung


ANGGOTA polis mengangkat mayat Surendren yang ditemui mati tergantung di Jalan Bukit Lagi, Kangar semalam.



KANGAR - Seorang isteri yang pulang ke rumah selepas dua hari merajuk setelah bergaduh dengan suaminya tergamam apabila menemui mayat lelaki itu tergantung di tengah rumah di Jalan Bukit Lagi di sini semalam.
M. Rajasepery, 32, yang ingin mengambil pakaian di rumah terkejut apabila melihat mayat suaminya, P. Surendren, 29, terlentang di atas lantai dengan tali yang diguna untuk menggantung diri masih berada di lehernya pada pukul 1 petang.
Mengimbau semula kejadian itu, Rajasepery memberitahu, dia bertindak keluar dari rumah tersebut untuk menumpang di rumah saudara selepas mereka sering bergaduh dan dipukul suaminya sejak sebulan lalu.
Katanya, dia tidak tahu punca sebenar suaminya bertindak demikian.
"Mungkin dia (Surendren) tertekan selepas saya membuat laporan polis ekoran pergaduhan tersebut.
"Kami baru sebulan tinggal bersama kerana sebelum ini suami tinggal di Sungai Petani, Kedah di rumah isteri pertama.
"Kami baru sahaja berkahwin kerana perkahwinan suami dengan isteri pertama tidak dikurniakan anak. Suami bekerja di kedai tayar dan saya telah membuat dua laporan polis kerana saya sering dipukul," dakwanya di sini semalam.

sumber : http://www.kosmo.com.my/

Posted by Perantau Sepi Nolove On 05:51 0 Komen Anda Di Sini
Share

Cekik, balut, seret mayat wanita


ORANG RAMAI mengusung jenazah Rohani yang mati disyaki dibunuh tiga lelaki dalam kejadian di tingkat dua Blok F, Apartmen Permai Lakeview, Tambun, Ipoh semalam.



IPOH - Kebimbangan seorang Timbalan Pengarah (Kesihatan) Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak mengenai rumahnya yang dipecah masuk hingga mengakibatkannya kerugian RM15,000 sampai ke kemuncaknya apabila dia ditemui mati dicekik semalam.
Mayat Dr. Rohani Kasim, 38, yang masih bujang ditemui dibalut dengan selimut tebal dan ditinggalkan oleh tiga lelaki dipercayai jirannya di atas tangga di tingkat dua Blok F, Apartmen Permai Lakeview, Tambun dekat sini.
Difahamkan, tiga penjenayah terbabit bertindak meninggalkan mayat anak ketujuh daripada 10 beradik itu di situ pada pukul 3 pagi selepas terserempak dengan beberapa penghuni ketika mereka disyaki hendak mengangkat mayat tersebut untuk dilupuskan.
Mangsa sebelum ini menjawat jawatan Pendaftar Kolej Pertanian Malaysia, Sintok, Kedah. Dia kemudian dinaikkan pangkat ke jawatan sekarang dan berpindah ke situ bulan lalu.
Kakak mangsa, Ruzaina, 41, memberitahu, sebelum kejadian, adiknya ada mengadu yang dia bimbang mengenai keselamatan dirinya yang tinggal bersendirian di rumah baharu tersebut berikutan premis itu telah dipecah masuk kira-kira seminggu sebelum Ramadan.
"Ketika kami bertemu di kampung di Parit Haji Ali, Bagan Serai Isnin lalu, dia mengadu kerugian RM15,000 apabila barang kemasnya telah dilarikan penjenayah.
"Selain itu, dia juga tertekan berikutan pejabatnya diserbu ramai penternak lembu yang tidak berpuas hati dengan keputusan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak mengharamkan penyembelihan lembu betina baru-baru ini," ceritanya ketika ditemui di sini semalam.
Sementara itu, tukang kebun apartmen tersebut, Mohd. Faisal Mat Ghani, 28, berkata, dia bergegas ke blok tersebut sebaik terjaga dari tidur selepas terdengar bunyi riuh-rendah.

sumber : http://www.kosmo.com.my/

Thursday, 4 August 2011

Posted by Perantau Sepi Nolove On 20:09 0 Komen Anda Di Sini
Share

Budak Ke Penguin nie?

Cuba korang tengok, anak penguin mana lak yang tersesat nie..
hihihihihi..
Terbaik dari kilang la der..
Cute pulak nolove tengok.. hihihihihi

Posted by Perantau Sepi Nolove On 20:05 0 Komen Anda Di Sini
Share

Pamper Yang Paling Unic


Wow... terkejut nolove tengok..
Bankrap kilang pamper kalau macam nie.. hihihihi
 Jawab nya semua pakai kulit tembikai la..
Jangan ada semut dah la..
Kan nanya pulak budak kecik nie..

Posted by Perantau Sepi Nolove On 19:55 0 Komen Anda Di Sini
Share

Motor Yang Pelik





korang rasa motor nie pakai enjin tak?
tak pernah lagi nolove tengok motor yang macam nie..
buatan sendiri ke order dari jepun nie..
kalu buatan sendiri memang pakar pro la sape yang buat nie..

Posted by Perantau Sepi Nolove On 13:02 0 Komen Anda Di Sini
Share

WAYANG KULIT

Anda boring? Tiada apa yang nak dilakukan? Jom kita tengok video wayang kulit nie.. Laaaayyyyyaaaannnnnn................

video

Amacam? Best tak? Hihihihihi..

Cer komen sikit...

Posted by Perantau Sepi Nolove On 08:09 0 Komen Anda Di Sini
Share

MASALAH PANAS BADAN



RASA PANAS BADAN AKAN MENYERANG TERUTAMANYA PADA MUSIM PANAS. TEKAK TERASA KERING DAN PERIT. IANYA AMAT MENYEKSAKAN. PESAKIT MENJADI BINGUNG SERTA TERTANYA TANYA BAGAI MANA RUPA MENGATASINYA. CUBA AMALKAN BEBERAPA PETUA IINI APABILA MENGALAMINYA.

AIR ASAM JAWA:

cuba minum air asam jawa. sebaiknya, bancuhnya biar agak pekat iaitu sehingga terasa kemasamannya. bancuh menggunakan air panas. digalakkkan juga, sebelum anda masuk tidur, sapukan seluruh badan dengan air asam jawa kerana ia mampu menurunkan kadar panas badan.

MENTIMUN PENAWAR:

kikis sebiji timun dengan mengunakan garpu supaya berjurai jurai atau pun anda juga mengisarkan sehingga halus. buatlah ia sebagai bahan minuman dengan mencampurkannya dengan sedikit air bersama gula dan garam. kacau sehingga sebati dan simpan di dalam peti sejuk kemudian diminum setiap pagi, petang dan malam.

KEISTIMEWAAN DAUN ARUDA DAN BAWANG PUTIH:

dapatkan beberapa helai daun aruda juga 3 ulas bawang putih. ramas ramaskan daun aruda berulang kali sementara bawang putih pulak anda tumbuk dan rendamkan di dalam air panas mati. gaulkan kedua dua bahan ini dan sapukan dengan rapi ke seluruh badan. cara perawatannya dimulakan daripada atas iaitu dari rambut ke badan dan akhir sekali kedua-dua belah kaki. lakukan 2 kali sehari pada sebelah pagi dan malam.

KEGUNAAN DAUN PISANG NANGKA:

dapatkan dua pelepah daun pisang nangka. layukan kedua dua nya di atas api. letakkan satu daripadanya diatas lantai dan berbaring lah di atasnya. tekupkan sepelepah lagi ke atas badan. sebaiknya meliputi seluruh badan termasuk tangan dan kaki. ulangi perbuatan ini sebanyak 3 kali sehari sekiranya panas badan masih berkurangan. sewaktu melakukan petua ini, didapati badan akan berpeluh dan suhu badan mula menurun. buatlah setiap kali panas badan menyerang.

Posted by Perantau Sepi Nolove On 06:47 0 Komen Anda Di Sini
Share

Lelaki berkulit hitam jadi \Spider-Man\ baharu



WAJAH adiwira Spider-Man yang terbaharu, Miles Morales yang berkulit hitam.



PHILADELPHIA - Pihak pengurusan majalah Marvel Cormics mendedahkan bahawa adi wira Spider-Man terbaharu ialah lelaki berkulit hitam.
Lelaki itu yang menjadi adiwira itu dikatakan pemuda kacukan kulit hitam dan Latin.
Menurut pihak pengurusan komik tersebut, pemuda yang menjadi adiwira baharu itu ialah Miles Morales yang menggantikan Peter Parker yang telah meninggal dunia di tangan Green Goblin.
Dalam edisi komik itu yang terbaharu berjudul Ultimate Fallou, Morales menanggalkan kostum penyamarannya dan mendedahkan mukanya buat kali pertama.
Para peminat terpaksa menunggu sehingga satu pengumuman rasmi dibuat tentang bagaimana dia menjadi adiwira.
Namun, satu lagi kejutan akan berlaku apabila pihak pencipta watak berkenaan menyatakan pada masa depan Spider-Man mungkin seorang gay. - Agensi

sumber : http://www.kosmo.com.my/

Posted by Perantau Sepi Nolove On 06:43 0 Komen Anda Di Sini
Share

David Beckham ada kereta Ferrari baharu


 
KERETA baharu David Beckham, Ferrari 612 Scaglietti diletakkan di luar rumahnya di Los Angeles baru-baru ini.



LOS ANGELES - Bintang bola sepak England yang bermain untuk kelab LA Galaxy, David Beckham (gambar kecil) mempunyai koleksi kereta terbaharunya, lapor sebuah akhbar semalam.
Kereta baharu Beckham itu merupakan Ferrari 612 Scaglietti yang berharga AS$300,000 (RM894,294.01), berwarna hitam dan mempunyai nombor 7.
Nombor itu pernah digunakan oleh Beckham semasa dia mewakili kelab Manchester United.
Kereta baharu itu dilihat diletakkan di luar rumah Beckham di sini baru-baru ini.
Sejak dilancarkan pada 2004, kereta Ferrari itu mempunyai sistem navigasi satelit, alat pemain muzik MP3, mengenali suara pemilik dan teknologi wayarles.
Sebelum ini, Beckham memiliki satu koleksi kenderaan yang terdiri daripada sebuah kereta BMW, Lamborghini, Aston Martin, Porsche, Escalade, sebuah jip dan beberapa motosikal. - Agensi

Posted by Perantau Sepi Nolove On 06:32 0 Komen Anda Di Sini
Share

Disimbah asid sebelum tarawih



KECEDERAAN yang dialami Faizal Halim selepas disimbah cecair percayai asid ketika mendapatkan rawatan di HRPZ II di Kota Bharu semalam.



KOTA BHARU – “Ketika itu saya sedang membelek senaskhah akhbar di kedai runcit sebelum tiba-tiba bahagian kanan muka dan belakang badan saya terasa panas.”
Demikian cerita Faizal Halim Rustam, 37, yang mengalami cedera parah selepas disimbah sejenis cecair dipercayai asid dalam kejadian di hadapan sebuah kedai runcit di Taman Uda Murni, Pengkalan Chepa, dekat sini malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, mangsa dalam perjalanan ke sebuah masjid untuk menunaikan solat tarawih sebelum singgah di kedai runcit tersebut untuk membeli minuman.
Menurutnya, selepas membeli minuman, dia membelek-belek senaskhah akhbar seketika sebelum tiba-tiba muka dan badannya terasa panas dan pedih seolah-olah terbakar.
“Muka dan badan saya terasa seperti terbakar dan saya terus berlari ke sebuah klinik yang terletak kira-kira 30 meter dari kedai runcit tersebut untuk mendapatkan rawatan.
“Sebaik sampai ke klinik tersebut, kakitangannya kemudian menyapukan krim ke seluruh anggota badan serta muka saya.
“Memandangkan kecederaan dianggap serius, saya kemudian dihantar ke Kota Bharu Medical Centre (KBMC),” katanya ketika ditemui semalam.
Tambahnya, berikutan kecederaan pada bahagian mata yang agak serius setelah diperiksa oleh doktor di KBMC, beliau kemudian dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk mendapat rawatan lanjut.
Ketika ditanya mengenai punca kejadian tersebut, Faizal berkata, ia mungkin disebabkan oleh dengki namun, beliau enggan mengulas lanjut.
“Saya tidak nampak dan tidak tahu siapa yang melakukan perbuatan itu.
“Saya harap pihak polis dapat menjalankan siasatan dan menangkap suspek yang melakukan perbuatan ini kerana ketika kejadian, saya pasti terdapat beberapa orang lain yang menyaksikannya di kedai tersebut,” ujarnya.
Berikutan kejadian itu, satu laporan telah dibuat di Balai Polis Kota Bharu semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian itu.
“Sesiapa yang menyaksikan kejadian tersebut diharap tampil untuk membantu siasatan,” katanya.

sumber : http://www.kosmo.com.my/

Posted by Perantau Sepi Nolove On 06:30 0 Komen Anda Di Sini
Share

Atlet menembak kahwin lari






MELAKA - Seorang bapa merayu anaknya, seorang atlet menembak pelapis kebangsaan yang menghilangkan diri setelah kahwin lari tahun lalu supaya kembali ke pangkuan keluarga.
Azlan Maidin, 53, juga merayu anaknya, Nabila Ashazra, 20, (gambar) supaya meneruskan kembali latihan menembak di Majlis Sukan Negara di Kuala Lumpur demi masa depan.
Nabila adalah pemenang pingat emas acara Air Pistol di Kejohanan Menembak Asia Tenggara di Bangkok tahun lalu.
Dia bagaimanapun menghilangkan diri setelah dipercayai berkahwin dengan seorang lelaki berusia 44 tahun di Wilayah Pattani, Thailand pada 12 November tahun lalu.
Lebih menyedihkan keluarga atlet tersebut ialah lelaki berkenaan yang sudah mempunyai empat anak mengambil Nabila sebagai isteri ketiga.
Azlan menjelaskan, dia mula menyedari kehilangan Nabila setelah mendapat panggilan telefon daripada seorang wanita yang mendakwa sebagai isteri pertama lelaki tersebut pada 25 Julai lalu.
Menurutnya, dalam perbualan singkat itu, wanita tersebut mendakwa anak perempuannya itu kini berada di Kampung Kor, Lorong Kubur, Kota Bharu, Kelantan.
"Saya sangat risau kerana dia dikatakan berkahwin dengan seorang lelaki berusia 44 tahun dan sudah pun mempunyai dua isteri serta empat anak," katanya kepada pemberita di Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional (Pembela BN) Negeri Melaka, Ayer Keroh di sini semalam.

sumber : http://www.kosmo.com.my/

Posted by Perantau Sepi Nolove On 06:27 0 Komen Anda Di Sini
Share

Taktik kreatif seludup dadah



Datuk Tun Hisan (kiri) melihat ukiran kepala harimau yang di perbuat daripada dadah syabu yang di rampas di KLIA Selasa lalu. Juga ditunjukkan kepada wartawan ialah sebahagian ikan kering yang disumbat dadah yang dirampas di KLIA.



SHAH ALAM - Seimbas pandang, ia memang barang cenderamata berbentuk kepala harimau yang halus buatannya.
Namun tidak disangka, selepas diperiksa berkali-kali, replika kepala harimau belang itu rupa-rupanya diperbuat menggunakan 8.4 kilogram (kg) dadah jenis syabu.
Hampir 100 peratus replika cenderamata itu diperbuat dengan syabu yang menggunakan acuan berbentuk kepala harimau sebelum ia diwarnakan.
Demikian rahsia cenderamata yang dibawa seorang warga Iran berusia 26 tahun yang ditahan pada pukul 11 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang kelmarin.
Sebelum ditahan lelaki itu yang masuk sebagai pelancong berlepas dari Doha, Qatar.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, replika kepala harimau itu dibawa oleh suspek dengan memasukkannya ke dalam sebuah kotak.
"Apabila tiba di balai ketibaan, polis curiga melihat replika berbentuk kepala harimau di dalam kotak tersebut yang kononnya mahu dijadikan sebagai hadiah.
"Setelah diteliti beberapa kali, replika kepala harimau tersebut kemudian didapati bukan sekadar replika sebaliknya ia diperbuat daripada syabu bagi mengaburi pihak berkuasa," kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Selangor di sini semalam.

sumber : http://www.kosmo.com.my/

Posted by Perantau Sepi Nolove On 00:38 0 Komen Anda Di Sini
Share

JIKA DI BERI PELUANG,,SAYA AKAN MEMBUNUH PM NAJIB DAN TPM MUHYIDDIN


 Ini adalah bukti yang diambil dari facebook isu Politik semasa.(SK)
Seorang pengguna facebook yang bernama Shamila Grape menulis kalau diberi peluang, dia sanggup membunuh PM Datuk Seri Najib Tun Razak dan TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Haa ganas bukan?? 


sumber : http://asyrafasnawi.com/

Wednesday, 3 August 2011

Posted by Perantau Sepi Nolove On 22:07 0 Komen Anda Di Sini
Share

MASALAH SENGGUGUT


WANITA YANG MENGALAMI MASALAH SENGGUGUT BIASANYA SUKAR MENDAPAT ANAK. PETUA PETUA BERIKUT AMAT MUJARAB UNTUK ANDA AMALKAN. SELAMAT MENCUBA.

RAHSIA BAWANG MERAH

sediakan 3 ulas bawang merah dipotong halus dan campur dengan segelas air panas. kacau dan minum. kaedah ini dapat mengelakkan segugut daripada menyerang dan juga mengurangkan kesakitan.

AIR SARSI:

cara ini adalah yang paling mudah. cuma dapatkan segelas air saksi atau coca cola. minum dan bawa lah berehat. sedikit demi sedikit kesakitan yang dirasai akan hilang.

AIR HALIA:

bagi menghilangkan terus sakit senggugut, anda perlu minum air perahan halia selama sebulan. minum sebanyak 2 kali setiap hari. sekiranya tiada perubahan, cepat cepat rendamkan kaki ke dalam air suam yang dicampurkan dengan sedikit garam. amalkan sehingga rasa sakit hilang. jika tidak jemu mengamalkannya, pasti senggugut akan segera sembuh.

Posted by Perantau Sepi Nolove On 21:35 2 Komen Anda Di Sini
Share

Tertanya Tanya

Cuba anda semua tengok..
Apa kah ia?
Manusia ke patung?
Pelik bukan?
Nolove sendiri pun tertanya tanya apakah ia..
Hanya anda sahaja yang mampu menjawabnya..

Cer komen sikit....

Posted by Perantau Sepi Nolove On 13:17 0 Komen Anda Di Sini
Share

Khianat, 15 Motosikal 3 Kereta Dibakar


SEBAHAGIAN motosikal yang hangus di tempat letak kenderaan di Flat Seri Kota, Bandar Tun Razak, Cheras semalam.




18 kenderaan penghuni flat terbakar dipercayai dilempar bahan letupan

KUALA LUMPUR: Tiga kereta dan 15 motosikal bernilai lebih RM50,000 milik penghuni Flat Sri Kota, Jalan Tun Razak, di sini, terbakar dipercayai akibat perbuatan khianat, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, beberapa motosikal dikatakan terbakar dipercayai selepas dua pemuda melemparkan bahan letupan sebelum merebak ke kereta dan motosikal lain yang diletak di kawasan letak kenderaan di flat terbabit.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Suhaimi, 40-an, berkata kejadian disedari seorang penghuni flat yang kemudian memaklumkan kepada jiran lain dan menghubungi balai bomba.

Beliau berkata, seorang penduduk dikatakan sempat melihat dua pemuda berada di luar kawasan flat melemparkan bahan letupan mengenai motosikal sebelum terbakar dan merebak ke kenderaan lain.

“Akibat kebakaran itu, tiga kereta iaitu Proton Persona, Proton Savvy dan Perodua Kancil serta 15 motosikal terbakar,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh, berkata tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan sehingga kini pihaknya menerima satu laporan polis daripada mangsa.
“Polis tidak menolak kemungkinan ia perbuatan khianat dan dilakukan lebih daripada dua suspek, tetapi siasatan terperinci kejadian itu sedang dilakukan.

“Siasatan polis di lokasi kejadian tidak menemui sebarang bahan letupan digunakan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan,” katanya.

Posted by Perantau Sepi Nolove On 03:44 0 Komen Anda Di Sini
Share

Selamatkan Blogspot

Sekarang ni mesti ramai yang suka blogging. Betul tak cakap nenek ni? Hati-hati! Walaupun sekuriti Google tergolong dalam golongan payung besar, tak semestinya payung tu tak boleh ditembusi. Kali ni nenek nak bagi tips cmne nak tingkatkan sekuriti akaun cucu.

1. Password yang mantop!
Password yang mantop merangkumi aspek-aspek berikut:
- Tiada kaitan dengan hidup. Password yang ada kaitan dengan hidup cucu akan menyebabkan akaun cucu mudah untuk dibolos
- Password yang panjang. Kalau boleh buat password yang panjang lebar sampai orang pun semput nak baca password cucu. Nenek cadangkan panjang password cucu tu biarlah melebihi 10 characters.
- Gabungan huruf besar dan huruf kecil. Cantikkan password cucu dengan gabungan huruf besar dan huruf kecil!
- Gabungan huruf, simbol dan nombor. Cara begini dapat menyusahkan hidup orang yang ada niat nak pecah masuk akaun cucu.
Contoh password yang mantop: n3n3kNI$iBU74it. Tapi cmne nak hafal password yang panjang-panjang ni? Guna jela Notepad ke, handphone ke, paling teruk pun salin lah kat kertas.

2. 2-Step Verification
Cara ni dapat mengelakkan akaun cucu dilogin di komputer yang tidak dikenali. Tonton video ni untuk cara melakukan 2-Step Verification.

3. Menggunakan https
Untuk penggunaan internet yang lebih baik, gunakanlah https. Selepas login akaun gmail cucu, pergi ke Mail Settings. Klik pada tab General kemudian klik Always use https pada pilihan Browser connection.

4. Menggunakan password recovery
Sekiranya akaun cucu dibolos orang dan orang tu menukar password, cucu boleh recover balik akaun cucu. Maknanya password cucu akan kembali kepada asal sebelum ditukar oleh orang tersebut. Selepas login akaun gmail cucu, pergi ke Mail Settings. Klik pada tab Accounts and Import kemudian klik Change password recovery options pada pilihan Change account settings.

5. Memeriksa account activity
Kadang-kadang orang yang membolos akaun cucu akan memasuki akaun secara senyap. Berkemungkinan orang tersebut hanya membaca emel ataupun mendelete post cucu di blog. Jadi kalau ada rekod login daripada IP Address yang tidak dikenali, cepat-cepatlah ambil langkah keselamatan dengan menukar password dan mengikut langkah-langkah yang telah nenek bagi.

 sumber : sibutait

Tuesday, 2 August 2011

Posted by Perantau Sepi Nolove On 22:37 4 Komen Anda Di Sini
Share

[Esklusif] 10 Jawapan Khairul Fahmi Mengenai Keputusan Putus Tunang Dengan Elia

10 jawapan khairul fahmi

Selepas kita mendengar jawapan daripada Elia yang menyatakan tidak tahu menahu perihal putus tunang isu terus berbangkit kerana Apek telah menjawab 10 soalan daripada Murai.com secara jujur dan penuh keyakinan, sekali lagi siapa yang betul sebenarnya ini? Diharap mereka boleh menyelesaikan masalah ini secara aman. Jom baca 10 jawapan hari ini dari Apek @ Khairul Fahmi Che Mat:
1. Keputusan Nekad Putus Tunang
“Sebenarnya keputusan saya mahu putuskan tali pertunangan dengan Elia, bukanlah keputusan yang dibuat secara terburu-buru. Saya sendiri sudah pun berbincang dengan keluarga saya. Malah, saya sendiri ada menghubungi Elia untuk berbincangkan tentang keputusan penting ini.
Namun, Elia seakan tidak memberikan sebarang kata-kata sama ada mahu atau tidak. Dia memberikan tanda tanya kepada saya. Terpulanglah jikalau dia mengatakan saya tidak ada berbincang dengannya.
Insya Allah, dalam masa terdekat ini keluarga saya akan datang berjumpa dengan keluarga dia untuk mengesahkan perkara ini dengan lebih rasmi. Apapun, saya memohon maaf andaikata keputusan ini menyinggung hati banyak pihak. Saya merasakan ini adalah keputusan yang terbaik buat Elia, saya, keluarga dan sesiapa saja yang terlibat secara langsung atau tidak.
2. Tiada Kena Mengena Orang Ketiga
Sudah pun saya jelaskan sebelum ini, keputusan putus tunang tiada kena mengena dengan orang ketiga. Apatah lagi dengan wanita yang bernama Dahlia itu. Saya mengaku memang saya berkawan dengan Dahlia. Namun hubungan saya tidak lebih sebagai abang dan adik. Lagi pun, Dahlia adalah kawan sekampung saya. Umur dia baru saja 18 tahun. Saya pun rapat dengan famili Dahlia dan menganggap mereka sebagai keluarga angkat.
Minta maaf semua kerana saya tak boleh nak jelaskan lebih panjang tentang kes orang ketiga ini. Saya takut, jika makin saya buka mulut perkara yang tidak sepatutnya diketahui umum tersebar tanpa pengetahuan saya. Malah, saya tak mahu orang berprasangka buruk lagi terhadap kami berdua. Cukuplah sampai di sini saja. Saya tak mahu aibkan orang. Biarlah saya telan sendiri kepahitan yang menghantui diri saya ini. Apapun, saya berterima kasih kepada pihak yang mengambil berat tentang diri saya terutama sekali pihak media.”
3. Tuduhan Dirinya Sebagai Kaki Perempuan
“Sebaik saja saya mendengar dakwaan tentang saya ni kaki perempuan, saya nak tergelak dan tertanya-tanya bagaimana cerita sebegini boleh tersebar. Setiap hari, jadual saya sibuk dengan latihan bola sepak sehinggakan saya tiada masa untuk bersosial bersama dengan rakan-rakan rapat. Sampaikan saya tiada masa untuk pulang ke kampung. Malah, bila saya diberikan cuti, saya lebih gemar pulang ke kampung dan berehat bersama keluarga di Kelantan.
Tentang gambar-gambar saya dengan perempuan yang tersebar itu, saya hanya boleh cakap, ada antara wanita dalam gambar itu saya sendiri tak kenal siapa namanya melainkan dia adalah kawan saya. Saya cuma tahu wanita-wanita itu adalah peminat saya yang menyokong karier saya sebagai penjaga gol kebangsaan.
Saya boleh mengaku, adakala saya keluar dengan teman perempuan lain selain Elia tetapi waktu itu saya keluar beramai-ramai bersama kawan saya yang lain. Mungkin, jika ada orang ternampak saya keluar berdua saja kerana waktu itu kawan saya yang datang bersama pergi ke tempat lain. Jadi, ia secara kebetulan saja. Apapun, salah ke saya ni nak keluarga berbual dengan perempuan. Sebagai umat Islam, saya tahu batas pergaulan lelaki dan perempuan.
4. Isu facebook
Disebabkan terlalu sibuk, saya sendiri tiada masa untuk mengemas kini facebook saya. Untuk pengetahuan semua, sekarang ini facebook saya tidak lagi diaktifkan bukanlah kerana saya. Saya sendiri tak tahu akaun saya sudah tiada lagi. Apa yang saya tahu, akaun Facebook saya sudah pun dihacked.
Jadi, saya minta kepada semua penyokong saya, agar jangan terlalu mempercayai apa yang tertulis di ruangan facebook itu. Sekarang ini, saya masih belum berkesempatan untuk membuat akaun baru. Insya-Allah, bila masa sesuai, saya akan mewar-warkan pada semua tentang akaun facebook saya yang baru.
5. Tidak Menjawab Panggilan Telefon Dari Elia
Saya tidak pernah sekali pun mengelak panggilan telefon dari Elia. Mungkin jua, masa dia menelefon saya waktu itu, saya sedang sibuk dengan latihan dan perbincangan. Terus-terang, komitmen saya makin besar. Mungkin, apa yang Elia sampaikan itu adalah salah faham saja. Sebelum saya membuat keputusan menghubungi media Jumaat lalu (29 Julai 2011), saya memang ada menelefonnya.
6. Campurtangan Pihak Keluarga
Untuk memilih siapakah yang bakal menjadi suri dalam hidup kita perlulah menitik beratkan banyak perkara. Jadi, saya tidak boleh pentingkan diri sendiri. Sungguhpun saya dah berkahwin nanti, sebagai lelaki, tanggungjawab saya lebih besar pada keluarga.
Memang benar, apa yang berlaku sebelum ini ada melibatkan campurtangan dari kedua-dua belah pihak. Namun, biarlah saya seorang saja yang tahu. Sekali lagi, saya tak mahu mengaibkan orang lain. Saya hanya mampu melafazkan terima kasih kerana mereka sangat mengambil berat tentang saya.
7. Berpegang-tangan, berikan kasut dan kereta lama kepada Dahlia
Semua tuduhan ini adalah fitnah semata-mata. Saya tidak pernah membuat semua perkara ini. Malah, saya bukanlah kekasih baru Dahlia atau pun Sugar Daddy kepada Dahlia. Saya tidak pernah membelikannya kasut baru. Malah, saya sendiri tak ada pun memberikan kereta lama saya pada Dahlia. Kereta itu ada pada kakak saya dan kereta tersebut adalah kereta lama saya sebelum saya beli kereta baru. Kereta itu pun atas nama kakak saya bukan saya.
8. Sudah Lupa Diri
Sebagai hamba Allah, kita tak boleh lari dari melakukan kesilapan. Jika benar orang mendakwa dan lihat saya ni sudah lupa diri, saya minta maaf. Namun, sebagai manusia yang ada pendirian, saya rasa saya masih lagi Apex yang dulu. Insan dicipta tidak sempurna. Adakala manusia tidak sedar adakah perkara itu benar atau pun salah. Kadang-kala perkara itu benar bagi saya tetapi tidak bagi orang lain.
Apa yang saya tahu, saya bukan Apex yang dulu sebab kini ramai yang yang mual kenali diri saya. Saya tahu ini adalah tanggungjawab yang diberikan kepada saya. InsyaAllah, saya akan pikul tanggungjawab ini dengan sebaiknya. Namun, saya tahu bukan mudah nak puaskan hati semua orang. Apa yang saya boleh lakukan, hanya melakukan sesuatu yang boleh mengharumkan nama negara ke peringkat lebih tinggi.
9. Gila Glamor dan Cari Publisiti Murahan
Saya bukan gila glamor dan cari publisiti murahan. Apa yang saya peroleh sekarang ini adalah hasil penghormatan ikhlas dari anda semua. Saya tak pernah pun terhegeh-hegeh untuk cari populariti. Saya hanya laksanakan tugasan saya sebagai penjaga gol kebangsaan.
Keputusan putus tunang ini pun diberitahu media kerana saya tahu, media adalah orang terdekat yang boleh memberitahu kepada semua orang cerita sebenar saya. Saya mahu berlaku adil pada diri saya, keluarga saya, keluarga Elia dan semua penyokong saya.
10. Memohon Maaf
Saya masih belum berjaya lagi. Saya masih lagi berusaha untuk menjadi terbaik. Kalau boleh saya mahu cipta sejarah baru. Apapun, saya tidak akan lokek untuk meminta maaf andaikata perkara yang berbangkit ini datang dari kesilapan saya. Mungkin, waktu itu saya tak sedar apa yang saya katakan sebelum ini membuatkan hati orang lain terluka. Saya hanya mampu meminta maaf. Tak kisahlah sebesar zarah seseorang itu melakukan kesalahan, sebagai makhluk yang dicipta Allah, meminta maaf adalah jalan terbaik.Saya harap, semua dapat terima dengan segala penjelasan ini.
Selepas ini, saya mahu terus berbakti kepada negara dan mahu lebih fokus pada karier. Namun, saya tahu saya tak boleh lari dari berkongsi kisah peribadi saya. Insya-Allah, jika perlu saya akan berkongsi. Kepada pihak media yang lain, saya mohon maaf kerana tidak dapat memberikan kerjasama. Saya terharu dengan keprihatinan anda semua. Saya tahu, anda semua hanya melakukan tugasan anda. Kalau saya ditempat anda, mungkin jua saya melakukan perkara yang sama. Sekali lagi, saya minta maaf kepada semua dan terima kasih kerana menyokong saya tanpa putus.

Posted by Perantau Sepi Nolove On 02:10 4 Komen Anda Di Sini
Share

SOFTWARE ADOBE FREE VERSION 8.0





Assalamualaikum peminat setia, apa khabar? malam nie nolove nak kasi free satu software. ia itu software Adobe Photoshop version 8.0 free je.. nanti nolove akan bagi tau mcm mane nak buat ia jadi free untuk selama lamanya. x perlu bayar pape.. jangan risau..




                                Software Adobe Photoshop Download Here  version 8.0

 Mula mula,  download dulu software tersebut dekat link yang dibagi kat atas tu..Selepas itu cari file yang tajuk SETUP.exe. Kemudian install kan ..

Ia pasti akan minta nama ape semua. Anda taip je pape.. yang tu terpulang pada anda semua.. lepas tu ia akan mintak SERIAL NUMBER. Yang nie yang paling penting. Ia akan keluar 6 kotak untuk anda masukkan number kat sana. Dalam setiap kotak anda kena kena isi 4 number.. Anda kena isi number yang sy bagi nie kat kotak tersebut:

  1. kotak pertama  ::: 1234
  2. kotak kedua     ::: 5678
  3. kotak ketiga     ::: 9012
  4. kotak keempat ::: 3456
  5. kotak kelima    ::: 7890
  6. kotak keenam  ::: 1234
Anda mesti memasukkan SERIAL NUMBER tersebut ke dalam kotak kotak itu..

Selepas siap je korang bukak software tu, mesti ia akan keluar ia nya dalam tempoh percubaankan?

ada lagi yang perlu korang masukkan.. belum siap lagi.. jangan terburu buru. korang hanya boleh guna software nie dalam masa 30 hari je. Ada benda lagi yang korang perlu bikin...

Korang bukak balik software dari yang korang download tadi dan cari folder yang bertajuk  CRACK    dan korang perlu copy ke dua dua file tersebut.. Jikalau korang tak ikut cara nie, korang hanya akan dapat guna software tersebut dalam tempoh 30 hari je..

Dah  copy belum  kedua dua tadi? Jikalau dah jom ikut cara cara nak simpan kedua dua file nie dibawah :
  1. click pada START
  2. bukak MY COMPUTER
  3. bukak LOCAL DISK (C:)
  4. bukak PROGRAM FILES
  5. cari folder yang bernama  ADOBE,
  6. kemudian bukak folder ADOBE tersebut,
  7. pasti ia akan keluar satu lagi folder yang bernama PHOTOSHOP CS bukan?
  8. lepas tu bukak folder PHOTOSHOP CS,
  9.  lepas korang bukak je folder PHOTOSHOP CS nie.. ia akan keluar semua file mengenai software yang korang install tadi.. 
  10. dan yang last sekali, korang paste kan ke-dua dua file tu ke dalam tu. lepas tu siap.. software anda tidak lagi dalam tempoh percubaan.. 
contoh file file dari yang di atas yang korang perlu bukakkan ::  C:\Program Files\Adobe\Photoshop CS

jikalau ianya sama seperti contoh tersebut, korang sudah berjaya..

selamat mencuba

p/s : sorry nolove x pandai nak bikin pic tuk toturial korang. pape pon nolove doakan semoga korang berjaya.. dan satu lagi, software nie tiada  apa apa perisian virus pun. korang jangan takut..


 SEBARANG PERTANYAAN TENTANG DOWNLOAD SOFTWARE TERSEBUT, BOLEH HUBUNGI NOLOVE DI FACEBOOK ATAU PUN MESEJ SAHAJA PADA BLOG NOLOVE YANG USANG NIE.. :-P

Monday, 1 August 2011

Posted by Perantau Sepi Nolove On 18:42 0 Komen Anda Di Sini
Share

MASALAH CIRIT-BIRIT



CIRIT-BIRIT AKAN MENYERANG PADA BILA BILA MASA TANPA MENGIRA MANGSANYA. CIRIT-BIRIT BIASANYA MENYERANG SESEORANG DISEBABKAN MAKANAN ATAUPUN BOLEH DIKATAKAN MAKANAN YANG TIDAK SESUAI DENGAN PERUT. SEKIRANYANYA ANDA MENGHADAPI MASALAH INI, SILA AMALKAN SALAH SATU PETUA PETUA BERIKUT.



RAHSIA DAUN GAJUS:

sudah tentu anda mengenali pokok gajus. dapatkan daunnya yang lebih tua. rebuskan dengan sedikit air menjadi pekat dan berubah warnanya. minum air rebusan ini 3 kali sehari. rasanya agak pahit tetapi ia adalah penawar kepada cirit birit.

RAHSIA TEH PEKAT:

bancuh secawan teh pekat panas tanpa gula. minumlah seperti biasa. buatlah cara ini pada setiap kali anda mengalami cirit-birit.

KHASIAT DAUN JAMBU BATU:

dapatkan daun jambu batu yang nasih muda (pucuk). basuh dengan bersih dan tumbuk sehingga lumat. tapiskan dan jadikan airnya sebagai minuman. insya-allah cirit birit tidak akan menyerang lagi.

Posted by Perantau Sepi Nolove On 08:06 0 Komen Anda Di Sini
Share

Fuh! Aimie Harmelia Membalas Kenyataan Khairul Fahmi

                             
Jika semalam, Khairul Fahmi atau Apek telah menjelaskan keadaan sebenar hubungan mereka, hari ini berita baru melaporkan Aimie menafikan segala yang dikatakan oleh Apek semalam.


Apakah yang terjadi? Dan Aimie juga menyatakan hanya mengetahui isu apek memutuskan pertunangan mereka melalui Harian Metro semalam.
KUALA LUMPUR: “Saya langsung tidak tahu dia mahu putuskan pertunangan kami. Saya hanya mengetahuinya melalui akhbar (Metro Ahad) hari ini (semalam),” kata Aimie Harmelia Mohd Hashumi, 22, tunang penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat.
Aimie juga menyatakan memang wujud orang ketiga dalam hubungan mereka.
“Apabila diajak berbincang, pelbagai alasan diberikan malah saya pergi berjumpanya selepas perlawanan persahabatan skuad negara menentang Liverpool pertengahan bulan lalu untuk menyelesaikan masalah kami, namun ditolaknya,” katanya.
Mengenai kenyataan Khairul Fahmi pertunangan mereka berakhir bukan kerana orang ketiga, Elia menegaskan kenyataan itu hanya helah Khairul Fahmi untuk `menyelamatkan’ dirinya sedangkan banyak bukti menunjukkan dia ada hubungan dengan wanita lain.
“Pada saya punca sebenar masalah kami memang disebabkan orang ketiga dan saya mempunyai bukti kukuh mengenainya. Mungkin disebabkan itu dia enggan bertemu saya,” dakwanya.
Seterusnya, Aimie mengaku bersalah kerana menghebohkan masalah mereka dalam laman Facebook :
“Saya tidak henti-henti berdoa supaya Allah berikan petunjuk bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku antara kami. Tak sangka, tak lama selepas itu ada seorang wanita datang berjumpa saya dan mengaku ada hubungan istimewa dengan Khairul Fahmi,” katanya.
Menjawab satu soalan, Elia mengaku ada mengeluarkan kenyataan dalam laman sosial facebook mengenai tindakan Khairul Fahmi menengking ibunya (Elia).

“Mungkin tindakan itu salah saya, tapi selepas itu saya mendiamkan diri dan tidak keluarkan sebarang kenyataan lagi sebab ingin memberi masa kepadanya memulihkan keadaan. Tidak sangka pula dia sudah buat keputusan dan menghebahkan di akhbar tanpa berbincang terlebih dulu dengan saya,” katanya.
Dan seterusnya, Ibu Apek anggap ini adalah takdir . Dah la bergaduh, bulan puasa ni. Dah jadi macam artis dah pun korang dua ni. Jangan kahwin nanti jadi macam kebanyakan artis lain pula sudah la. Kahwin tak sampai setahun, cerai.

sumber : http://www.hmetro.com.my/

Posted by Perantau Sepi Nolove On 05:26 0 Komen Anda Di Sini
Share

Enggan jadi lelaki



KEDUA-DUA 'wanita' ini memberitahu penulis bahawa mereka sememangnya dilahirkan sebagai lelaki.



MAYA dan Tasha tiba dahulu di sebuah kafe di Mont Kiara, Kuala Lumpur untuk sesi temu bual dengan Jurnal baru-baru ini. Dari kejauhan, kecantikan seorang wanita memang menjadi milik mereka. Penampilan Maya dan Tasha tiada cacat celanya.
Kedua-duanya berambut lembut melepasi bahu, selain susuk tubuh ramping dan berkulit mulus.
Tutur kata dan suara Maya dan Tasha juga lembut lagi tersusun. Cuma Maya yang berfizikal lebih tinggi berbanding Tasha mempunyai suara yang sedikit serak.
Namun, di sebalik figura wanita itu, sebenarnya banyak rahsia yang tersimpan. Tanpa mendedahkan identiti, tiada siapa yang menyedari bahawa kedua-dua mereka sebenarnya dilahirkan sebagai seorang lelaki.
“Kami memang dilahirkan sebagai seorang lelaki. Namun, naluri kewanitaan yang mendesak kami untuk berubah menjadi seperti seorang wanita,” kata Tasha, 30.
Menyingkap sejarah lalu, Tasha yang kini bekerja sebagai jurujual di sebuah butik mekap berjenama antarabangsa memberitahu bahawa dia mempunyai naluri seperti seorang perempuan sejak kecil lagi.
Tidak pernah terikut-ikut dengan pengaruh lelaki lembut lain, Tasha yang tinggal bersama datuk dan neneknya sejak berusia tiga tahun mengaku bahawa dia memiliki sifat itu secara semula jadi.
“Saya tidak meniru sesiapa, sebaliknya saya sendiri yang gemar berperwatakan dan melakukan perkara yang gemar dilakukan oleh seorang perempuan.
“Saya juga berasa pelik mengapa saya suka melakukan perkara itu,” kata Tasha yang menjadi mangsa perceraian rumah tangga ketika berusia tiga tahun.
Biarpun berperwatakan lembut dan hatinya meronta untuk menjadi seorang wanita, Tasha kekal berpakaian lelaki sehingga dia meningkat dewasa.
Titik mula Tasha melakukan perubahan drastik dalam hidupnya ialah ketika dia bekerja di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.
Pil hormon
Melihat ramai rakan sekerja yang menukar penampilan daripada seorang lelaki kepada wanita, jiwanya yang sebelum ini terperangkap mula berani mengikut hati.
“Apabila melihat wanita cantik, jiwa saya meronta-ronta untuk menjadi seperti mereka. Saya tidak dapat menghalang perasaan itu.
“Setelah bertekad untuk berpenampilan sepenuhnya sebagai wanita, saya mula mengambil pil hormon wanita (estrogen),” katanya yang tidak pernah putus mengambil pil itu sejak enam tahun lalu.
Dia yang mendapatkan pil tersebut di farmasi pada harga sekitar RM11 untuk enam biji, mula menunjukkan perubahan fizikal dalam tempoh sebulan.
Di samping memperbanyakkan minum air soya, pinggul Tasha mula menunjukkan bentuk manakala buah dadanya membesar seakan-akan seorang wanita.
Tekstur rambut dan kulit Tasha turut berubah setelah dia mengambil pil yang mempunyai fungsi sebagai pil perancang jika diambil oleh seorang wanita tulen itu.
Bermulalah episod Tasha sebagai seorang wanita dari segi fizikal dan perasaan. Biarpun gembira dengan kehidupan barunya itu, Tasha bersedia untuk dicemuh.
“Ayah saya yang selama ini tidak pernah mengambil berat pada saya memukul saya kerana tidak suka dengan penampilan ini. Bahkan nenek juga sering dikeji orang kampung.
“Saya pernah bertanya pada nenek, adakah dia mahu melihat saya gembira begini ataupun rela membiarkan saya berkelakuan liar akibat seksaan perasaan,” kata Tasha yang mengaku mempunyai salasilah keluarga yang berperwatakan lembut.
Sahabatnya, Maya turut melalui jalan yang sama. Membuat keputusan untuk mengambil pil hormon ketika menuntut di sebuah universiti tempatan, Maya kini gembira dengan pilihannya itu.
Maruah
Namun, dia tetap berpakaian seperti lelaki ketika menghadiri kuliah. Ingin menangkis stigma masyarakat kepada golongan sepertinya, Maya nekad membuktikan bahawa golongan mak nyah bukan hanya hidup di lorong.
“Saya sekarang bekerja sebagai eksekutif di syarikat swasta. Bukan semua golongan mak nyah hidup di lorong-lorong gelap sebagai pelacur.
“Kami ada maruah. Masyarakat tidak sepatutnya menghentam kami kerana segelintir sahaja yang melakukan perkara keji itu,” ujar Maya yang turut menjadi mangsa perceraian ibu bapa.
Maya yang mendapat tentangan hebat daripada keluarganya setelah rahsia yang dijaganya terbongkar apabila ramai menyedari perubahan pada susuk tubuhnya itu nekad untuk menjadi seorang mak nyah yang berjaya, bijak dan disegani.
Dia kini membuktikan bahawa dia telah membela golongan sepertinya daripada terus dicemuh dan mengetepikan stigma kepada golongan mak nyah.
“Kami tidak pernah meminta untuk menjadi begini. Kalau boleh kami ingin menjadi seorang lelaki sejati.
“Biarlah masyarakat mencaci kami, asalkan kami bahagia dengan kehidupan begini kerana Tuhan sahaja tahu apa yang kami rasa.
“Apa yang penting bukan semua mak nyah akan menghabiskan sisa hidupnya di lorong-lorong,” kata Maya.
Maya dan Tasha bagaimanapun tidak merancang untuk menjalani pembedahan jantina. Penampilan mereka tidak menjadi penghalang untuk berjaya dalam bidang profesional selagi menjaga nama syarikat tempat mereka bekerja.
“Dicemuh menjadi perkara biasa. Tetapi kami tidak menghadapi masalah untuk hidup, cuma ada sedikit kekeliruan bila berurusan dengan beberapa pihak.
“Setelah dijelaskan, mereka memahami siapa kami,” kata Maya.

Posted by Perantau Sepi Nolove On 05:24 0 Komen Anda Di Sini
Share

Aksi kung fu isteri bilionair



PADA awal perkahwinannya dengan bilionair Rupert Murdoch, Wendi dikatakan hanya mahu mengaut kekayaan lelaki itu.



RAMAI yang beranggapan wanita cantik ini rela berkahwin dengan jutawan yang dua kali ganda daripada usianya disebabkan wang.
Namun, Wendi Deng membuktikan dia sanggup mempertahankan suaminya, Rupert Murdoch, dengan menyerang balas lelaki yang cuba melempar pai krim ke muka jutawan media itu dengan satu 'aksi kung fu' yang mengejutkan.
Kejadian itu berlaku semasa bos News Corporation itu memberi keterangan di hadapan Parlimen Britain, 19 Julai lalu, berhubung skandal penggodaman telefon yang membawa kepada penutupan sebuah akhbar tabloid miliknya, News of the World.
Sementara anak lelaki Rupert, James, yang duduk di sebelah bapanya sekadar memandang tindakan lelaki itu, dikenali sebagai Jonnie Marbles, Wendi yang duduk di barisan kedua di belakang suaminya melayangkan badannya sehingga mengenai wanita di hadapannya sebelum menampar muka si penyerang.
Wendi kemudian mengambil pinggan pai itu dan melumurkannya ke muka Jonnie. Semasa polis menangkap lelaki itu, Wendi sempat melepaskan beberapa tumbukan lagi sebelum mendapatkan Rupert dan membersihkan jaket suaminya.
Tindakan spontan Wendi itu segera menarik perhatian dunia. Ia dikatakan lambang cinta sejati, sikap pelindung seorang isteri, bahkan satu keistimewaan memiliki isteri berketurunan Cina.
Wendi, 42, sebelum ini dibayangi cerita yang kurang menyenangkan.
Kisah hidupnya bermula apabila satu pasangan Amerika membantunya berhijrah dari Guangzhou, China, ke Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) semasa Wendi berusia 19 tahun.
Dia tinggal bersama pasangan itu, tidur di bilik anak pasangan itu yang berusia lima tahun dan mengikuti pengajian di Universiti California.
Rupert
Segalanya berubah apabila si isteri mendapati Wendi menjalin hubungan sulit dengan suaminya. Pasangan itu bercerai dan Wendi berkahwin dengan lelaki itu, Jake Cherry yang pada masa itu berumur 31 tahun.
"Saya menyintai wanita itu," kata Jake kepada The Wall Street Journal." Tidak lama kemudian, mereka berdua juga bercerai.
Wendi menyambung pengajian peringkat sarjana di Universiti Yale selepas bercerai, sebelum bekerja di Star TV milik News Corporation. Di situ, dia bertemu Rupert dalam satu acara korporat di Hong Kong pada tahun 1997. Rupert telah pun berkahwin dengan Anna Torv selama lebih 30 tahun dan mempunyai tiga orang anak iaitu Elisabeth, kini 42, Lachlan, 40 dan James, 38.
Perceraian Rupert-Anna selesai selepas Anna dikatakan ditawarkan wang sebanyak lebih AS$1 bilion (RM3.1 bilion). 17 hari selepas bercerai, Rupert mengahwini Wendi di atas kapal layar Morning Glory dengan berlatarbelakangkan bangunan pencakar langit New York. Rupert berusia 68 manakala Wendi 30 tahun.
Mereka dikurniakan dua orang anak, Grace, 10, dan Chloe, 8. Tahun lalu, dua beradik itu dibaptiskan di tebing sebatang sungai di Jordan dengan kehadiran Permaisuri Rania dan ibu bapa pembaptisan mereka, selebriti Nicole Kidman dan Hugh Jackman.
Keluarga Rupert bukan semuanya mengalu-alukan perkahwinan itu. Ibu Rupert, Dame Elisabeth, 102, yang tinggal di Australia dilaporkan masih kecewa.
Semasa ditemu bual majalah New York mengenai kemungkinan Wendi dan dua anaknya akan menguasai empayar Rupert tahun lalu, Elisabeth berkata: "Saya harap ia tidak akan berlaku. Anak Rupert, James, lebih layak."
China
Dilahirkan di wilayah pesisiran pantai China pada tahun 1968, Wendi membesar semasa era berdarah dalam sejarah negaranya.
Ibu bapanya, ahli Parti Komunis China, pada mulanya memberikan dia nama Wenge, bermaksud 'revolusi budaya', sebagai refleksi situasi pada masa itu. Namun apabila keadaan semakin baik, namanya ditukar kepada Wendi (pencerahan budaya).
Bapanya, seorang pengurus kilang, dan ibunya, seorang jurutera, hanya memperoleh pendapatan sebanyak AS$43 (RM133) sebulan. Walaupun Wendi menggambarkan kehidupannya sangat miskin berdasarkan perkiraan hari ini, pada masa lalu mereka menikmati kehidupan kolar putih.
Di China, kebanyakan orang kaya jarang menunjuk-nunjuk kekayaan mereka kerana khuatir tindak balas negatif daripada rakyat. Tetapi Rupert dan Wendi secara terbuka membeli sebuah rumah tradisional yang besar berharga AS$4.4 juta (RM13.6 juta) pada tahun 2004, iaitu yang dianggap paling mahal di Beijing pada masa itu.
Ia mempunyai kolam renang bawah tanah, sebuah panggung mini dan sebuah bilik acara yang besar.
Di sebalik jurang usia yang memisahkan mereka, rakan-rakannya berkata Wendi dan Rupert mempunyai hubungan yang akrab.
Apabila Rupert menghadiri mesyuarat yang penting, Wendi akan bertanya orang yang duduk di sebelah Rupert secara berulang kali sama ada tali leher yang dipakai taikun itu lurus atau tidak. Kedua-duanya juga sangat meminati cerita trivia dalam akhbar.

Posted by Perantau Sepi Nolove On 05:20 0 Komen Anda Di Sini
Share

Telaga garam tidak pernah kering






URAT kasar di tangan sasa Tinus Beram, 46, timbul apabila dia mengangkut baldi berisi air masin yang ditimba dari telaga berhampiran.
Sebaik sahaja baldi mencecah tanah, Tinus dibantu isterinya, Ramina Tingang, 43, cermat mencurahkan air dari baldi ke dalam tong dram yang telah dibelah dua sekali gus menjadi periuk untuk menjerang air.
Menurut pasangan Kelabit ini, untuk menghasilkan garam bukit, air yang diambil daripada telaga air masin perlu dimasak dengan api sederhana besar selama sehari semalam.
Air masin yang sudah dimasak selama 24 jam mengalami proses pengkristalan di mana air tadi akan bertukar ke butiran garam halus. Pada fasa ini, proses bertambah rumit kerana air yang dimasak perlu sentiasa dipantau untuk mengelak kristal garam menjadi kering dan hangus.
"Api perlu dijaga dengan rapi, tidak boleh terlalu besar atau terlalu kecil. Ia juga perlu dimasak dalam tempoh yang ditetapkan kerana garam yang kurang masak akan menurun kualitinya.
"Kami percaya lebih lama ia dimasak, lebih bagus garam yang dihasilkan kerana ia cukup kering dan tahan lebih lama," ujar Tinus.
Pada jam-jam terakhir, air masin tadi akan bertukar menjadi kristal halus garam.

TELAGA air masin di Kelabit Highlands ini tidak pernah kering.


Ketika ini, garam terus dikacau sehingga airnya hampir kering. Selepas itu, ia dipindahkan ke bekas lain untuk disejukkan.
Setelah sejuk, dengan menggunakan sudu, garam dimasukkan ke dalam sebatang buluh berukuran 30 sentimeter (sm) dengan diameter 4sm.
Rentung


TERDAPAT enam tungku yang diperbuat daripada batu-bata di rumah garam Kampung Pa' Umor.



Selepas itu, buluh itu dilubangkan di ruas bawahnya menggunakan paku kecil supaya air lebihan masakan garam tadi dapat ditapis keluar.
Selesai garam ditoskan, buluh tersebut dibakar dengan bara api, kaedahnya tidak ubah seperti memasak lemang.
Bezanya di sini, lemang garam tersebut dibakar sehingga buluh tersebut rentung dan pecah.
"Kami bakar garam dalam buluh untuk mengering dan mengeraskan garam," kata Tinus.
Siap sahaja membakar, garam yang sudah mengeras seperti silinder dikeluarkan dari buluh dan dilayurkan pula di atas bara api selama 15 minit.
Jelas Tinus, proses tersebut dilakukan untuk mengeluarkan kesan hitam dari buluh yang rentung tadi.
Usai melayur, garam yang sudah keras seakan batu itu dibiarkan sejuk.


MENURUT Ramina, walaupun proses penghasilannya sukar, garam bukit Bario menjanjikan pulangan lumayan.



Sesudah itu, Ramina akan membelek batang-batang garam tersebut. Jika ada kesan hitam yang masih tertinggal, dia akan membersihkannya dengan mengikis menggunakan pisau.
"Garam yang putih bersih ini boleh dijual manakala yang hitam ini kami gunakan untuk masak sayur," kata Ramina.
Selepas sejuk, batang-batang garam tadi dibungkus menggunakan daun ilad yang bentuknya seperti daun pokok kipas lebar.
Daunnya yang masih hijau dikoyakkan selebar 20sm bagi membalut ketulan silinder garam.
Tidak kering

GARAM yang telah disejukkan dimasukkan ke dalam buluh.


Balutan tersebut dikemaskan lagi dengan ikatan daripada buluh yang telah diraut halus, tidak ubah seperti membalut lepat pulut.
Menurut seorang pengusaha garam bukit berpengalaman, Pintanaran Sorok, 60, kalau kena cara menyimpannya, garam bukit boleh tahan sehingga bertahun-tahun.
"Warnanya tidak berubah, ia tidak hapak malah kadar kemasinannya tetap sama seperti hari pertama ia disimpan," ujarnya yang telah menghasilkan garam bukit sejak lebih 40 tahun lalu.
Menyifatkan telaga air masin itu sebagai lubuk rezeki bagi masyarakat setempat, Pinataran yang juga berketurunan Kelabit memberitahu, air telaga tersebut tidak pernah kering.
"Penduduk juga percaya kalau tanah di kawasan ini digali, ia juga akan mengeluarkan air masin," katanya.
Di sebalik kerjaya sebagai pengusaha garam bukit, sebenarnya banyak tugas yang perlu dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas memasak garam.
Richard Peter, 37, yang sudah lebih 20 tahun membuat garam di Kampung Pa' Umor mengakui bukan mudah membuat garam bukit.
Kurang tidur

TINUS tekun membungkus ketulan garam dengan daun ilad.


"Kerjanya bukan sahaja banyak malah menuntut ketekunan, semangat kerja dan kekuatan fizikal serta mental yang tinggi.
"Dua minggu sebelum masuk ke rumah garam, kami perlu mencari kayu api di hutan dan membawanya ke mari dengan menggunakan kerbau.
"Kayu yang biasa digunakan ialah kayu laban dan kayu rhu hutan," jelas Richard.
Ketika air masin dimasak , lain pula cabarannya. Biasanya pengusaha garam akan duduk di sini selama dua minggu.
"Dalam tempoh itu, kami akan bawa keluarga tinggal bersama.
"Di sinilah kami bekerja, rehat, makan dan juga tidur," ujarnya sambil menunjukkan rumah yang hanya terdapat dua pelantar kayu dan enam tungku memasak di dalamnya.
"Dalam masa 24 jam, air perlu ditambah sebanyak tiga kali iaitu pada waktu pagi, petang dan tengah malam atau awal pagi.
"Selain air, nyalaan api juga perlu sentiasa dipastikan tidak terlalu kecil atau terlalu besar.
"Sumber makanan di sini juga terhad dan kami hanya makan sayuran yang dipetik sekitar kawasan rumah garam. Biasanya rebung dan umbut menjadi makanan kami," ceritanya yang masih mengekalkan cara menghasilkan garam bukit mengikut tradisi kaum Kelabit.

GARAM perlu ditoskan sehingga kering sebelum boleh dibakar.


Begitupun, dalam tempoh berkenaan, kira-kira 200 hingga 230 batang garam boleh dihasilkan.
Setiap sebatang dijual antara RM10 hingga RM15, bergantung pada saiznya. Ini bermakna, pembuat garam boleh memperoleh pendapatan lebih kurang RM2,000 hingga RM2,300 dalam tempoh tersebut.
Garam itu dijual di pasaran tempatan terutamaya warga Bario yang majoritinya orang Kelabit dan Penan.
Ada juga garam yang dijual hingga ke Miri dan Kuching, namun harganya meningkat dua ke tiga kali ganda.
Menjelaskan fenomena pembentukan telaga air masin di kawasan bukit, mantan Ketua Jabatan Geologi , Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Mohd. Ali Hasan berkata, ia mungkin berlaku disebabkan oleh kewujudan mineral garam asli yang terdapat di kawasan tersebut.
"Telaga air masin di kawasan tanah tinggi kaya dengan iodin dan banyak yang diproses menjadi garam bukit.
"Ia memang bagus untuk tubuh bahkan boleh dijadikan asas kepada pelbagai makanan kesihatan lain," katanya.

Posted by Perantau Sepi Nolove On 05:17 0 Komen Anda Di Sini
Share

Disakat penunggu hutan



PESAN Azfar, elakkan daripada melalui kawasan yang mempunyai kesan tapak kaki harimau. Binatang ini mempunyai bau hamis seakan kambing.


AZFAR kaki hutan. Gelaran yang melekat pada lelaki berusia 35 tahun ini diberi oleh rakan-rakan dan keluarganya yang faham tentang obsesi anak kelahiran Pekan, Pahang, ini terhadap penerokaan hutan.
Minat Azfar terhadap hutan terbit sejak usianya tujuh tahun. Bapa kepada tiga anak ini mengaku hubungannya dengan alam mulai rapat apabila bapanya, Abdullah Isa, 67, seorang guru, ditugaskan mengajar di Belaga, Sarawak, sekitar tahun 1980-an.
Berpengalaman meneroka hampir kesemua hutan tebal di Malaysia, terutamanya di Sarawak, Azfar turut mahir berburu. Jelasnya, teknik berburu yang diamalkannya kini banyak dipelajari daripada rakan-rakan Penan sewaktu menetap di Belaga dahulu.
“Saya masih minat berburu sampai sekarang. Cuma sekarang, saya tidak lagi memburu dengan anak panah, buluh atau senapang patah, sebaliknya memburu menggunakan kamera untuk mendekatkan lagi pelancong hutan dengan haiwan-haiwan di dalamnya,” katanya.
Biarpun mahir dengan selok-belok hutan, Azfar tidak mendabik dada dengan isi alam. Pemuda ini sedar, hutan bukan sahaja dihuni makhluk nyata tetapi juga makhluk ghaib.
“Kalau nak masuk hutan, ingatan supaya menjaga percakapan dan perbuatan memang tidak pernah saya lupakan.
“Walaupun bunyinya klise, namun itu ialah peraturan hutan yang perlu dipatuhi kerana ketika berada di dalam hutan, bukan hanya kita, pokok dan haiwan sahaja yang mendiami hutan, tetapi ada juga makhluk halus yang menjadikan hutan sebagai tempat tinggal,” katanya.
Menceritakan sedikit pengalamannya membawa pelancong meredah hutan pada waktu malam, Azfar akui dia pernah berdepan dengan pelbagai peristiwa mistik.
“Dulu, semasa saya masih baru dengan hutan, beberapa kali juga kumpulan yang saya bawa menerima gangguan. Ada yang kaki bengkak sampai tidak boleh jalan dan pernah juga ada yang hilang berjam-jam.
Pokok ara
“Kalau terlihat kelibat atau lintasan hitam itu dan kena sakat juga sudah biasa,” katanya yang nekad berguru dengan rakan-rakannya yang pandai hutan.
Menurut Azfar, sebelum masuk hutan, niat atau tujuan perlu baik. Katanya, jangan sekali-kali berfikir hendak buat maksiat atau merosakkannya.
“Cakap orang-orang lama ada betulnya. Jangan buang air dan buat khemah sembarangan.
“Sebagai pemandu arah, saya juga perlu pastikan tempat berhenti rehat betul-betul selamat dari ancaman binatang buas dan gangguan makhluk halus.
“Kalau kawasan itu lapang, tiada kesan tapak kaki Tok Penghulu (harimau) bukan bermakna tempat itu cukup selamat. Mungkin itu perkampungan orang bunian.
“Kalau nampak ada pokok yang besar seperti pokok ara, dongak ke langit dan perhatikan pokok dari pucuk hingga ke pangkal pokok.
“Jika nampak seperti ada ruang antara daun pokok besar dengan pokok-pokok kecil, cari kesan tapak kaki bintang di sekitar kawasan tersebut.
“Andainya ada, maknanya tempat itu selamat. Jika tidak ada, laluan tersebut adalah laluan jin dan seeloknya jangan berhenti atau berkhemah di situ,” katanya.
Sungguhpun mahir dengan hutan, Azfar akui, ilmu alam memang tidak pernah habis untuk dikaji. Berkongsi cerita tentang pengalaman sesat selama lebih 12 jam di dalam hutan di Temenggor, Perak bersama empat rakan tiga tahun lalu, dia semakin ghairah untuk mengkaji tentang isi alam.
“Kami merancang untuk memburu kijang malam itu. Sejak petang lagi, kami sudah membuat ran di perdu pokok berhampiran pokok jerai.
“Kami tunggu hingga tengah malam. Anehnya, kelibat seekor kijang pun kami tak jumpa sedangkan kami nampak banyak kesan tapak kaki kijang di kawasan tersebut.
“Esok malamnya selepas Isyak, kawan-kawan ajak saya menyuluh kijang. Kira-kira setengah jam berjalan, pandangan kami terarah pada warna hijau kebiruan, tidak jauh dari tempat kami bersembunyi. Sah ada pelanduk di depan kami.
“Bila tembakan saya tidak kena, kawan saya pula tembak. Yang peliknya, walaupun leher sudah berasap, pelanduk tersebut tidak tumbang, masih berdiri. Yang saya dengar ketika itu suara orang mengeruh. Pada tembakan kali ketiga, baru pelanduk tersebut jatuh.
“Selepas disembelih, kami terus masukkannya ke dalam guni. Sampai di khemah nanti, baru dilapah dan dibuang isi perutnya.
“Lebih kurang 15 minit berjalan, kami tidak berjumpa dengan pelanduk atau kijang. Pelik juga kerana kesan tapak kaki yang kami jumpa bukan main banyak lagi.
“Hampir sejam berjalan, kawan saya putuskan untuk kembali ke khemah kerana sudah letih. Bagaimanapun, kami tidak temui denai menuju ke khemah kami.
“Kami mencari ranting pokok yang kami patahkan untuk menanda jalan, tapi tidak jumpa. Laluan semakin semak, seperti tidak pernah dilalui orang sebelum ini,” katanya.
Berpusing

Enggan berputus asa, Azfar dan rakan-rakannya terus berjalan hinggalah menjelang Subuh.
“Kami bergilir pikul pelanduk. Boleh tahan juga beratnya. Kira-kira pukul 5.30 pagi, kami terjumpa dengan kubang gajah. Sah kami sesat kerana kami tidak melaluinya sebelum ini.
“Setengah jam kemudian berjalan, kami sampai ke kubang gajah semula. Rasanya kami berjalan lurus dan tidak melencong, tetapi rupa-rupanya kami berpusing di denai yang sama.
“Kawan saya kata, kami mungkin diganggu dengan penunggu hutan.
“Lebih kurang pukul 8.30 pagi, kami berjalan semula. Masing-masing mati akal, tak tahu nak buat apa. Pelanduk sudah perlu dilapah dan dibuang perutnya untuk elak busuk, tetapi kami semua sudah keletihan.
“Masa itu saya fikir, mungkin ada betulnya kami disakat makhluk yang menunggu di hutan ini. Kami akhirnya sepakat untuk tinggalkan sahaja pelanduk itu di situ.
“Saya jerit dalam hutan, aku minta maaf. Ini pulangkan semula kawan kau. Tolong buka jalan, kami nak pulang.
“Kami teruskan berjalan. Tak sampai 20 minit, kami terjumpa semula dengan ranting yang sengaja dipatahkan untuk menanda laluan. Tidak sampai setengah jam selepas itu, kami semua sudah sampai ke khemah,” cerita Azfar.
Walaupun berdepan dengan macam-macam perkara, Azfar tetap berpegang pada prinsip lagi jauh hutan itu diteroka, semakin indah pemandangan yang dapat dilihat dan pengalaman yang ditimba.

sumber : http://www.kosmo.com.my/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular