PERHATIAN :

JIKALAU ADA FILEM BARU YANG DIPERTONTONKAN, SILA SHARE KE FACEBOOK ATAU TWITTER SEBELUM VIDEO INI DIDELETE..
JIKA ADA VIDEO YANG SUDAH DIPADAM SILA LAPORKAN DEKAT RUANGAN KOMEN.. NANTI NOLOVE GANTIKAN DENGAN YANG BARU.. JIKA ADA.. HIHIHIHI

Friday, 13 January 2012

Seri Dewi Malam Full Movie

Posted by Perantau Sepi Nolove On 01:03 1 Komen Anda Di Sini
Share



Sinopsis:

Filem ini mengisahkan pergolakan jiwa tiga manusia yang terperangkap dalam cinta tiga segi yang memerlukan pengorbanan. Azri tidak pernah menduga, kunjungan ke sebuah menara pemandangan ketika berbulan madu bersama isterinya yang tercinta Seri, telah menimbulkan petaka, di mana Seri mendapat kecelakaan hingga menyebabkan dia berada dalam keadaan koma yang teruk. Kecederaan yang dialami Seri sebenarnya tidak memberi harapan untuk Seri meneruskan hidup ini.
Namun, kasih seorang suami tidak terbatas. Azri sanggup berbuat apa saja untuk menyelamatkan Seri. Ketika itu muncul seorang gadis buta, Dewi kakak kepada seorang pemuda bernama Izad yang bekerja di hospital tempat Seri dirawat. Pengurus hospital, Encik Hanif mencadangkan agar tidak memanjang penderitaan Seri dengan 'melepaskannya pergi'. Azri tidak bersetuju dan dia mahu Seri terus dirawat, hinggalah suatu hari, dia mendapat tahu tentang Dewi, gadis buta yang mempunyai kuasa berkomunikasi secara ghaib. Melalui adik Dewi, Izad, Dewi telah dibawa bertemu dengan Seri di wad.
Dewi dan Seri berkomunikasi secara ghaib dan ini memberi keyakinan Azri untuk memulihkan Seri dengan membawa Seri keluar dari hospital itu. Azri membawa Seri, Dewi dan Izad ke tempat penginapannya di sebuah pulau. Mereka disambut oleh Bu Risna yang penuh curiga dengan kehadiran Dewi. Di kediaman itulah terlerainya beberapa perkara yang boleh menimbulkan ketegangan dan sesuatu yang tidak terduga antara perhubungan zahir dan batin dilema tiga insan tersebut. Antaranya pergolakan perasaan, kerana Azri akhirnya jatuh cinta pada Dewi, gadis buta yang mempunyai keistimewaan psikik yang luar biasa itu.
 

1 Komen Anda Di Sini:

mane nak cari cerita seri dewi malam,waris jari hantu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular