PERHATIAN :

JIKALAU ADA FILEM BARU YANG DIPERTONTONKAN, SILA SHARE KE FACEBOOK ATAU TWITTER SEBELUM VIDEO INI DIDELETE..
JIKA ADA VIDEO YANG SUDAH DIPADAM SILA LAPORKAN DEKAT RUANGAN KOMEN.. NANTI NOLOVE GANTIKAN DENGAN YANG BARU.. JIKA ADA.. HIHIHIHI

Friday, 10 February 2012

Posted by Perantau Sepi Nolove On 01:11 0 Komen Anda Di Sini
Share

Bomoh Tangkap Penanggal Hidup

Penanggalan merujuk kepada sejenis makhluk halus, dari golongan jin atau syaitan yang dipelihara oleh seseorang, biasanya wanita, bagi tujuan memelihara harta dan memudaratkan musuh.

Ini video yang diakatakan seorang bomoh telah berjaya menangkap penanggal




Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka. Hantu penanggalan dipercayai diberi makan darah daripada ibu yang mengandung yang baru melahirkan anak oleh tuannya.

Hantu penanggalan dikatakan membolehkan tuannya mampu menjelma sebagai sejenis makhluk berkepala dengan urat perut yang bercahaya dan terbang mencari mangsa. Penanggalan akan terbang kerumah yang dikenal pasti mempunyai wanita yang bari bersalin dan kemudiannya akan mengambil peluang untuk menyerang dan menghisap darah mangsa apabila mangsa leka.

Cara menghalang gangguan Penanggalan dikatakan dengan cara meletakkan daun berduri, seperti daun mengkuang, di bawah rumah ibu yang baru bersalin. Ini dikatakan kerana hantu Penanggalan takut menghampiri rumah yang berduri kerana bimbangkan tali perut mereka tersangkut pada duri tersebut.

Mereka yang memelihara Penanggalan dikatakan mampu menanggalkan kepala dan urat perut mereka dan terbang mencari wanita bersalin bagi memberi makan kepada Penanggalan. Selepas mereka makan, dikatakan pengamal Penanggalan akan merendam urat perut mereka kedalam tempayan yang berisi cuka bagi mengecutkan perut sebelum masuk kembali kedalam badan asal mereka.

Salah satu cara yang dikatakan paling berkesan bagi mengenal pasti pemilik Penanggalan adalah dengan memusingkan jasad tanpa kepala yang ditinggalkan ketika mereka keluar mencari mangsa. Ini kerana apabila mereka kembali, kepala tersebut akan bercantum songsang dengan jasad mereka menyebabkan kepala mereka bercantum kearah kebelakang. Kepala menghadap kebelakang tubuh.


Sumber : http://malaysiatopbloggers.blogspot.com/

Posted by Perantau Sepi Nolove On 00:53 0 Komen Anda Di Sini
Share

Sumpahan Kum Kum Full Movie



 Sinopsis
Cerita bermula apabila Mila yang memiliki wajah berjerawat, malu dengan keadaan rupanya lalu berjumpa dengan seorang dukun bagi mendapatkan rawatan susuk. Pantang laranganya adalah Mila tidak boleh melihat cermin selama 44 hari. Di tempat kerjanya, Mila yang dahulunya langsung tidak dipandang oleh lelaki, mula menjadi siulan ramai. Mila tidak sabar untuk melihat wajah barunya dan dia melihat cermin. Wajah Mila bertukar menjadi hodoh dan Mila pergi berjumpa dukun yang sama untuk memulihkan wajahnya.
Setelah dipujuk dan dirayu, akhirnya dukun iaitu Mak Tom, memberitahu Mila bahawa satu-satunya cara untuk memulihkan wajahnya adalah dengan meminum darah 9 gadis sunti. Mila mengekori Shima ke tandas dan membunuhnya serta meminum darahnya. Shima adalah anak kepada Mak Tom. Mak Tom bertekad untuk membalas dendam terhadap kematian anaknya dan memanggil Mila dengan mengatakan kononnya ada cara lain untuk mencantikkan kembali wajahnya. Mak Tom melibas Mila dengan cangkul dan memasukkan tubuh Mila yang nyawa-nyawa ikan ke dalam lubang yang telah digalinya. Sebelum ditimbus, Mila sempat menyumpah yang dia akan membunuh anak-anak sunti keturunan Mak Tom. Mak Tom mempunyai seorang cucu, Tini dan Mak Tom bimbang Tini akan menjadi mangsa dendam Mila maka Mak Tom sentiasa bersikap dingin terhadap Tini. Hantu Mila(hantu kum-kum) sering merayau dan menggangu orang kampung.
Pada suatu hari, Mak Tom meninggal dan wajahnya berulat dan dipenuhi lipas dan serangga. Rahsia Mak Tom terbongkar apabila Adi, anak lelaki Mak Tom pergi berjumpa Mak Leh, ibu saudaranya, untuk mendapatkan penjelasan tentang hantu Mak Tom dan hantu Shima yang menganggunya. Adi menyuruh isterinya, Nurul, membawa anak mereka pulang ke KL. Di KL, hantu Mila mengekori Tini dan Nurul sehingga dirumah. Nurul mendapat panggilan dari Adi menyuruhnya mengunci semua pintu dan tingkap. Malangnya, Mila sudah berada didalam rumah dan sedang bermain dengan Tini. Nurul mengunci dirinya dan Tini di dalam bilik.
Di kampung, orang kampung sedang mengadakan upacara pengebumian mayat Mila. Adi bergegas pulang ke rumahnya di KL dan ketika tiba, Adi mendapati Tini berada di dalam bilik bersama hantu Mila dan sedang menjerit ketakutan. Adi berjaya membuka pintu dan mendapati hantu Mila sedang mengendong anaknya yang pengsan. Sebelum sempat hantu Mila menggigit leher Tini, hantu Mila menggelupur kerana pada ketika itu, di kampung, orang ramai sudah selesai mengebumikan mayat Mila dan sedang membaca Yassin. Di kubur Mila, kelihatan sorang wanita berjubah dan berhijab sedang berdiri tunduk melihat batu nisan.





Part 1



Part 2



Part 3



Part 4



Part 5



Part 6

Tuesday, 7 February 2012

Posted by Perantau Sepi Nolove On 21:45 0 Komen Anda Di Sini
Share

Jom Belajar Programming Database Secara Percuma


Programming Database



Assalamualaikum semua..

Hari nie nolove nak ajak korang Belajar Programming Database Secara Percuma tanpa mengunakan modal sedikit pun.. Tak percaya ke? hha hha hha.. Biasa kita dengar kalau nak BelajarProgramming Database kena lah bayarkan? Ini tidak.. Free je.. Tak perlu bayar sedikit pun.. Korang nak belajar yang macam mana? Semua ada.. Seperti contohnya gambar dibawah :



Gambar diatas menunjukan beberapa program yang korang boleh belajar.. Korang pilih je yang mana korang minta atau pun suka.. Korang clik je dekat Program yang korang minat tu.. Tapi Sebelum tu korang kene register dulu..


Diorang letak 3 akaun, Akaun Google, Facebook dan He.net .. Korang boleh pilih.. Yang paling terbaiknya semua video pasal Programming Database untuk buat rujukkan disediakan didalam youtube.. Jadi korang mudah la faham..

Kalau korang nak tahu lebih lanjut lagi korang godeh la sendiri ya.. hha hha hha

Nie link nya kalau korang nak masuk belajar gak.. http://code.he.net/register.php

P/s : Selamat Belajar.. Peace :-p

Sunday, 5 February 2012

Posted by Perantau Sepi Nolove On 19:24 1 Komen Anda Di Sini
Share

Hafalan Shalat Delisa Full Movie



Sinopsis Film :
Kisah Berawal dari Sebuah desa kecil bernama lhok Nga di pantai Aceh hidup gadis kecil mungil yang periang Delisa (Chantiq Schagerl) namanya. Ia merupakan anak bungsu dari 4 bersaudara
3 kakanya yaitu Fatimah (Ghina Salsabila), dan si kembar Aisyah (Reska Tania Apriadi) dan Zahra (Riska Tania Apriadi).Ibunya bernama Ummi (Nirina Zubir) Ayahnya bertugas di sebuah kapal tanker perusahaan minyak Internasional.

26 Desember 2004, Delisa bersama Ummi sedang bersiap menuju ujian praktek shalat ketika tiba-tiba terjadi gempa. Gempa yang cukup membuat ibu dan kakak-kakak Delisa ketakutan. Tiba-tiba tsunami menghantam, menggulung desa kecil mereka, menggulung sekolah mereka, dan menggulung tubuh kecil Delisa serta ratusan ribu lainnya di Aceh serta berbagai pelosok pantai di Asia Tenggara

Alhamdulillah Delisa berhasil diselamatkan oleh prajurit tentara bernama Smith, setelah berhari hari pingsan di sebuah bukit. ia mengalami luka parah dibagian kakinya akibat dari luka itu kaki sebelah kanannya harus diamputasi, Walaupun demikian dia tetap tegar, akhirnya Abi usman berhasil menemukanya, dan bisa berkumpul lagi dengan ayahnya, tapi umminya belum ketahuan kabarnya, kemudian dia mendapat kabar bahwa ke 3 kakaknya telah pergi dahulu meninggalkanya tapi dia tetap tabah dan sabar.

Dia bangkit dari keterpurukan tidak mau berlarut-larut dalam kesedihan karena kehilangan keluarganya, ia sadar ia tidak sendirian masih banyak warga aceh lainnya yang mengalami hal yang lebih tragis darinya, dia (delisa) telah mejadi malaikat kecil yang mebawa tawa dan ceria di tengah kesedihan, walaupun terasa berat, delisa telah belajar merasakan kepedihan yang ia rasakan menjadi keuatan dan semangat untuk tetaptahan. Ia berusaha iklas, mengajarkan sesuatu tanpa mengharapkan imbalan, balasan dan belas kasih..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular