PERHATIAN :

JIKALAU ADA FILEM BARU YANG DIPERTONTONKAN, SILA SHARE KE FACEBOOK ATAU TWITTER SEBELUM VIDEO INI DIDELETE..
JIKA ADA VIDEO YANG SUDAH DIPADAM SILA LAPORKAN DEKAT RUANGAN KOMEN.. NANTI NOLOVE GANTIKAN DENGAN YANG BARU.. JIKA ADA.. HIHIHIHI

Saturday, 13 July 2013

Tasik Skeleton di Penuhi 500 Tengkorak di India

Posted by Perantau Sepi Nolove On 04:42 0 Komen Anda Di Sini
Share

Uttarakhand - Di dunia, banyak sekali destinasi yang sangat terkenal dengan misterinya. Begitu juga dengan Tasik Skeleton di Uttarakhand, India. Tasik ini terkenal dengan penemuan 500 tengkoraknya yang begitu misteri.




Pada tahun 1942, seorang penjaga hutan di Uttarakhand, India menemukan hal yang sangat misteri di Tasik Skeleton. Tasik ini berada pada ketinggian 16.000 mdpl. Lembah kecil ini mempunyai air yang berasal dari cecair ais Himalaya.


Saat air masih membeku, tasik ini memang terlihat biasa-biasa saja. Tapi setelah ais mula cair, terlihat sesuatu yang sangat aneh. Ada banyak tengkorak di tasik ini. Jumlahnya  ada sekitar 500 tengkorak.Saat ditemukan, tengkorak tersebut terlihat berselerak. Ada yang di tengah, di dasar, dan di tepi tasik. Banyak orang yang beranggapan bahawa telah terjadi pembunuhan beramai-ramai di sini.Andaian lain kemudian muncul, bahawa tengkorak tersebut adalah para tentera Jepun yang meninggal kerana ingin menyusup ke wilayah India. Lalu Inggeris menugaskan pasukan untuk mengintip kebenaran dan asal-usul tengkorak tersebut.


 Saintis berkata, tulang, daging, dan rambut yang masih melekat di tengkorak menandakan bahawa ternyata tengkorak tersebut bukanlah para tentera Jepun yang meninggal.


Bertahun-tahun, banyak orang yang bertanya-tanya tentang misteri tengkorak tersebut termasuk para traveler. Tapi kemudian, titik terang mulai terlihat setelah pada tahun 2004 para saintis datang untuk meneliti.


Ternyata, 500-an tengkorak tersebut ada 2 jenis. Hal itu dibuktikan dari ujian DNA yang dilakukan para saintis. Jenis yang pertama adalah manusia dengan badan yang cukup tinggi. Akhirnya diketahui mereka adalah para traveler yang ingin berziarah ke India melalui jalur Himalaya. Jenis yang kedua adalah warga tempatan, terlihat dari postur tubuhnya yang tidak terlalu tinggi.


Anehnya, semua tengkorak yang dijumpai ternyata mati dengan cara yang sama. Ada luka bekas pukulan di kepala dan bahu mereka. Luka tersebut bukan dari senjata, tapi dari sesuatu yang berbentuk bulat.


 Lalu, apakah mereka dibunuh oleh sekumpulan orang?
 Jawapannya adalah tidak. Ternyata, mereka mati kerana tertimbun bola ais. Secara mengejutkan, bola-bola ais berukuran besar bergolek dari puncak gunung. Traveler dan penduduk asli di Tasik Skeleton kemudian menyelamatkan diri mereka di lembah ini. Kerana tidak adanya penghalang, akhirnya mereka tertimbun hidup-hidup di sini.


Tetapi, kisah seram tersebut ternyata tidak menyurutkan para traveler untuk datang kembali. Selain kerana misterinya, Tasik Skeleton juga menjadi tempat kegemaran pelancong yang ingin mendaki gunung di kawasan Uttarakhand. Kawasan ini dikenali mempunyai pemandangan yang indah. Di beberapa tempat juga terdapat salji abadi. Anda berani?.sumber



0 Komen Anda Di Sini:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular